KUALA LUMPUR: Sebanyak 532,317 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun atau 15 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.
Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 1,435,586 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 40.4 peratus, telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,879,410 individu atau 92.5 peratus telah lengkap divaksin, manakala 2,980,286 atau 95.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Untuk populasi dewasa pula, seramai 15,991,811 individu atau 68 peratus telah menerima dos penggalak, 22,962,624 atau 97.6 peratus telah melengkapkan dos kedua, manakala 23,239,599 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sebanyak 60,923 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 11,308 dos pertama, 44,100 dos kedua dan 5,515 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,808,665.
Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 16 kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam dengan Pulau Pinang merekodkan jumlah tertinggi iaitu empat kes diikuti Kedah dan Perak masing-masing tiga kes, Johor dan Selangor masing-masing mencatatkan dua kes manakala satu kes masing-masing di Sabah dan Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 21 2022

Nur Qaseh Qaireen Nazri ditemani ibu, Norli Desa, dan kakak, Nur Aqieela Qaireen, ketika mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 menerusi PICKids semasa tinjauan di sebuah klinik swasta di Kuala Nerus, 16 Apr 2022. --fotoBERNAMA

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Singapura perkenal vaksin COVID-19 terkini mulai 28 Okt
Vaksin COVID-19 terkini ini memberikan tindak balas imun yang lebih kuat terhadap strain terkini dan yang akan datang berbanding versi terdahulu.

COVID-19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes yang melangkaui keraguan munasabah terhadap Muhammad Zaki.

Dr Roland nafi takut-takutkan rakyat Malaysia untuk ambil vaksin Pfizer
Pengasas The KL Sky Clinic Dr Roland Victor, menafikan bahawa beliau menakut-nakutkan rakyat Malaysia atau sesiapa daripada mengambil vaksin Pfizer Comirnaty.

AstraZeneca tarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, berbulan selepas sedar ada kesan sampingan
Vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di EU selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik "kebenaran pemasarannya."

KKM beri jaminan dedah data AEFI vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
KKM memberi jaminan akan mendedahkan semua data berhubung kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) yang berpunca daripada vaksin COVID-19 pada satu waktu yang akan ditetapkan.

Kesan sampingan vaksin: KKM akan dapatkan penjelasan AstraZeneca
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan penjelasan daripada firma farmaseutikal AstraZeneca berhubung kesan sampingan vaksin COVID-19 seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.

KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.

COVID-19: Bekalan stok vaksin sedia ada mencukupi
Bekalan vaksin COVID-19 sedia ada mencukupi untuk masyarakat awam yang ingin mengambil dos penggalak terutama golongan berisiko tinggi dan komorbid.

8.5 juta dos vaksin COVID-19 telah luput - PAC
PAC mendedahkan masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin COVID-19 bernilai RM505 juta telah luput sejak 1 Jun tahun ini.

COVID-19: England kenal pasti 34 kes varian bermutasi tinggi
Daripada 34 kes itu, lima pesakit dimasukkan ke hospital dan tiada kematian dikaitkan dengan varian baharu yang muncul.