UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[LAPOR LANGSUNG] DIARI LOCKDOWN: 'Jangan taksub dengan idola, kenali diri dan terus terokai diri sendiri'

Cikgu Muhammad Nazmi Rosli, seorang guru di SK Luagan, Lawas menggunakan waktu cuti persekolahan ini untuk menyediakan silibus baharu.

Astro Awani
Di sebalik kebaikan, manusia masih ada sisi kelemahannya yang tidak dilihat semua. - Sumber foto Cikgu Muhammad Nazmi

Lockdown #Day55: 'Jangan taksub dengan idola, kenali diri dan terus terokai diri sendiri'

Sun Jul 25 2021

Lockdown hari ke-55 dan entri terakhir kisah Cikgu Muhammad Nazmi, di mana kali ini beliau berkongsi pandangan mengenai idola.

Selalu dikaitkan dengan tokoh, pemimpin mahupun agamawan atau cendiakawan.

Tetapi, di sebalik kebaikan, manusia masih ada sisi kelemahannya yang tidak dilihat semua. Sudah tentu, jangan taksub atau terlalu terikut-ikut, takut kecewa jika idola itu tidak seperti yang kita dambakan.

Ini kisah terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi:

--------------------------

Idola ?

“Ni dia cikgu-cikgu power abad ini..” kata salah seorang pensyarah IPG saya. “Follow dorang ni, cari idea untuk praktikum.”

Tahun 2015. Praktikum belum start lagi, jadi belum tau sangat kehidupan sebagai pendidik sangat.

Jadi kami pun follow lah cikgu-cikgu ikonik ni. Alhamdulillah banyak belajar dari dorang. Mudah praktikum jadinya.

2016 start follow dorang ni sungguh-sungguh.

2017 dah mula mengajar dah semakin follow dekat.

Sorang member ni gilakan sorang cikgu ikon ni. Siap simpan kata-kata hikmah cikgu ikon ni jadi penanda buku buat motivasi nak duduki ujian. Pelbagai program cikgu-cikgu ikon ni dia ikut.

Saya pun sama. Hehehe. Ada guru yang diidolakan. Selain minat rapper Barat, saya minat cikgu sorang ni. Time disuruh berucap saya petik kata-kata beliau. Sungguh sangat memberi inspirasi. Tak dinafikan usaha beliau sangat memberi inspirasi. Dahsyat.

Lompat 2018, alhamdulillah dah terkenal sikit-sikit, dapatlah join satu program yang ada beliau sekali. Program biasa saja. Kalau tolak program tu pun takde hal juga sebenarnya, tapi disebabkan beliau ada sekali maka saya pun join ikut. (At the same time lawat ex juga, sebab dulu PJJ dengan orang Semenanjung.. hehe)

MasyaAllah, nervous time program sebab beliau ada. Balik-balik try duduk sebaris dengan beliau sebab nak berborak dengan beliau. Member yang sekali wakil Sarawak pun dok fed up sebab dari tadi nak cari cikgu ni. Hehehe.

Tapi apa kata orang, never look behind a hero’s cape. Turned out beliau ni seorang 'jerk'. Jerk yang sangat-sangat. Sepanjang program tiga hari tu, beliau ni balik-balik kenakan saya. Hehe. Yelah, yang paling budak kat program tu kan.

Ada je cara dia nak kenakan. Time program, time makan rehat. Paling teruk dia malukan kami depan peserta perempuan. Adui. Haha. Dia tegur pasal pemakaian kami kalau tak silap. Hehe. Adui.

Time tu baru setahun kerja. Duit mana banyak. Pakai je la apa yang ada time IPG dulu. Hari ke-3 program member pun kecewa tengok orang yang aku idolakan ni begini sebenarnya.

Balik dari program aku taknak lah mendekati mana-mana idola aku. 2019 dan forward dapat lagi berkenalan dengan lebih ramai guru-guru dan pegawai yang ikonik dan agak terkenal di kalangan warga pendidik.

Aku tetapkan azam. Boleh admire dan contohi kerja-kerja baik, perkongsian dan motivasi dorang, tapi jangan dekati sangat. Nanti tak seindah yang kita sangka. Sedih karang.

Bila berkenalan dengan guru yang aku idolakan, aku tak save number dorang, aku taknak tengok status dorang, taknak tahu kehidupan peribadi diorang. Takut hampa.

Haaa... nak kaitkan dengan apa yang berlaku sekarang. Aku bukan nak label siapa-siapa pentaksub sekarang, tapi aku nak korang faham, idola korang pun manusia biasa.

Confirm pernah buat silap. Kebaikan diorang korang ambil jadi inspirasi dan yang kurang baik korang ambil jadi pengajaran dan doakan dia kembali ke jalan betul.

Ingat, ujian orang salah adalah kesilapan dia, tapi ujian orang betul adalah ego, riak, takbur dan sombong. So tak kira siapa betul siapa salah, masing-masing ada ujiannya.

Pengajarannya, berpada bila idolakan orang. Takut hati kecil kita kecewa. Yang kat media lain, yang dunia sebenar lain.

Saya tak salahkan cikgu idola saya tu. sebab mungkin perangai dia memang macam tu, diterima oleh circle dia, saya je yang tak dapat terima. Saya je yang belum tengok dunia belakang tabir.

Kepada yang follow kedua-dua ustaz, jangan lah bertelagah. Dua-dua orang baik, dua-dua buat lebih banyak dari kita yang bersembunyi di balik komen pedas kat socmed ni. Entah kenapa kita rasa kita layak kritik diorang. Ambil pengajaran dan pedoman dari dua pihak. Jangan jadi fanatik.

Orang alim kita bagitau, apa yang berlaku sekarang adalah gambaran fitnah akhir zaman nanti, yang buat kita semua confuse.

Fitnah yang buat kita terperangkap antara 4 dinding kita lantas bingung tak tahu. Bahkan apa yang berlaku sekarang nak gambarkan orang yang dekat dengan Allah pun boleh terkesan dengan fitnah akhir zaman nanti.

Dahsyat akhir zaman nanti. Ni baru gambaran. Belum fitnah lagi.

So, sebagai hamba biasa jangan keruhkan keadaan pecah belahkan kita. Jangan idolize orang sangat. Orang alim bagitau akhir zaman elakkan terikut dengan debat-debat; bukan takat mulut ke mulut, tapi tu ha, banjir kat komen section, kat Twitter.

Doakan diorang. Doakan kita semua.

Entry akhir saya. Pelbagai yang saya lihat sewaktu pandemik ini. Saya betul-betul harap kita sama-sama boleh go through ujian ini.

Tadah tangan. Doa. Malaysia.



-------------------------



Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.

Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Lockdown #Day54: 'Cikgu ketika pandemik, bukan setakat mengajar ...'

Sat Jul 24 2021

Sejak negara dilanda pandemik, bukan setakat mengajar, tetapi Cikgu Muhammad Nazmi juga tidak ketinggalan menyalurkan sumbangan demi meringankan beban masyarakat.

Macam- macam situasi dihadapi masyarakat setempat, tetapi itu lumrah seorang insan bergelar pendidik.

Ini perkongsian terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi: 

--------------------------

“Teacher datang lagi?”

Kali ini bukan setakat bawa laporan PBD sahaja, tetapi ada sekali dititipkan sedikit beras, teh, makanan tin dan lain-lain.

Tidak ketinggalan juga sedikit coklat. Isteri berpesan bawa untuk budak-budak.

Kelebihan menjadi guru ini adalah kita mengenali ramai orang.

Keluarga pelajar juga turut dikenali. 

Ada yang anak-anak masih kecil dan tidak biasa meminta-minta untuk bantuan. 

Kebiasaannya, saya juga cuba untuk bertanyakan kepada mereka jika ada apa-apa keperluan yang tidak mencukupi. 

Ada juga saat pelajar tertekan kerana tidak cukup makanan. 


-------------------------



Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.

Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Sat Jul 24 2021

Lockdown #Day53:'Bosan dah Sir, bilalah sekolah nak buka?'

Fri Jul 23 2021

Lockdown hari ke lima puluh tiga, Cikgu Muhammad Nazmi berkongsi kesukaran yang ditempuhi setiap insan bergelar Cikgu.

Bukan mudah, meskipun pandemik merencatkan sedikit proses pengajaran dan pembelajaran.

Namun, idea demi idea terus dilakar cikgu demi murid mereka.

Ini perkongsian terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi.

----------------------

“Siap sudah, Sir”

“Bila sekolah buka, Sir?”

“Boring Sir di rumah..”

Teacher boleh bagi macam-macam aktiviti, online atau offline. Tapi kalau masih rasa boring juga tak tau lah.

Ya guru-guru seluruh Malaysia sekarang ni bertungkus lumus nak bantu para pelajar.

Nak urus pelajar lemah, nak urus juga pelajar pandai. Pelajar lemah dibagi 3 aktiviti kadang-kadang seminggu pun tak siap, pelajar pandai pula sejam selepas ambil modul di sekolah, semua boleh siap dah.

“Bosanlah cikgu..”

Kadang-kadang habis idea buntu fikiran apa lagi nak dihidang kepada para pelajar dalam masa pandemik ni.

Idea banyak, tapi pandemik jadi penghalang utama.

Tiap malam doa agar cepat-cepat diangkat ujian ini. Bukan apa. Kesian para pelajar.

Nak handle pelajar pandai pun satu cabaran.

Kelam kabut cikgu dibuatnya. Mereka ni advanced jauh di depan.

Kalau cikgunya tak alert, macam-macam jadinya.

Ada yang merajuk, ada dah malas nak bagi kerjasama, ada yang pandai memberontak.

Macam-macamlah kerenah diorang. Cikgu guna pedagogi berbeza dalam kelas.

Pelajar lemah lain dihidang, pelajar pandai lain pula dihidang.

Betul-betul mencabar.

Tapi guru, kita layan, sabar, bagi yang terbaik.

Ni gambar saya bantu PdPR adik saya di rumah pula.


----------------------------------

Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.

Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman

Fri Jul 23 2021

Lockdown #Day52: ‘Hayati pakaian tradisional kita'

Thu Jul 22 2021

Cikgu Muhammad Nazmi mementingkan khazanah negara, kerana itu baginya amat penting untuk mengetengah dan menghargai pakaian tradisional dihargai.

Semua itu perlu diterapkan dari rumah agar anak-anak mengenali asal-usul mereka.

Ini perkongsian terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi.

Terkenang menyambut Hari Sarawak di sekolah dahulu. Sebelum pandemik.

‘Sirat’ dan 'kelambi' dipinjam dari seoang kawan.

Headgear dibuat dari kertas sahaja.

‘Terabai’ buat dari kotak.

Satu malam pelajari lukisan.

Bukan senang perkenalkan pakaian tradisional saudara kaum Iban pada murid-murid. 

Tunjuk gambar je pula tak cukup rasanya.

Jadi kita letak effort lebih sikit.

Supaya anak-anak kita bukan sekadar kenal, tapi untuk belajar hormat menghormati dan saling sayang menyayangi. Pembelajaran ini tidak mungkin dapat diperoleh dari buku teks dan silibus.

Sedih kalau kita mampu sedih untuk saudara di Palestin tapi pakaian tradisional saudara dekat kita persenda. 

Selamat Hari Sarawak semua!


--------



Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.

Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman

Thu Jul 22 2021

Lockdown #Day51: Guru-guru bersedia jika perlu sambung PdPR

Wed Jul 21 2021

Bagaimana homework COD yang dikelola Cikgu Muhammad Nazmi bersama rakan-rakan guru membantu murid di kawasan pendalaman?

Lebih lagi apabila sekolah belum dibuka susulan kes harian COVID-19 yang masih tinggi.

Ini perkongsian terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi: 


------------------



Semalam, saya sampai sekolah lebih kurang jam 8 malam.

Dalam jam 10 malam, saya menerima WhatsApp dari seorang pegawai.

Rupanya mesej pesanan ringkas itu dihantar dalam sekitar jam 5 petang tadi ketika masih dalam perjalanan.

Pesanan itu berbunyi: 

“Assalamualaikum Cikgu Nazmi, kalau sekolah tutup sampai 1 September, adalah Cikgu Nazmi dan team ready?”

“Waalaikumsalam, ready apa ya, Puan? Homework COD untuk PdPR ya?”

“Ya. Ada lapan hingga sembilan buah keluarga tidak mampu ke sekolah ambil modul...”

“Insya-Allah kami ready, Puan."

Betul perasaan saya, gelombang pandemik COVID-19 kali ni bukan main-main.

Kami bersedia untuk berkhidmat



------------------------------

Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.

Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman
.

Wed Jul 21 2021

Lockdown #Day50: Pengorbanan hari ini untuk kejayaan hari esok

Tue Jul 20 2021

Cikgu Muhammad Nazmi dapat menyambut Hari Raya Aidiladha bersama isteri dan ibu bapa mertuanya.

Walaupun tiada ziarah ke rumah, tiada suasana meriah, mereka sekeluarga memahami, semuanya demi memastikan kemenangan besar buat negara.

Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi: 


-----------------------------



“Ada dapat kupon untuk solat Aidiladha sebentar lagi?” Abah tanya.

"Tidak dapat? Abah ada lebih," sambil bapa mertuanya menghulurkan sekeping kad.

“Ami di tingkat atas," tambah orang tuanya itu lagi. 

“Terima kasih abah."

Cikgu Muhammad Nazmi tidak menyangka abah sempat mengambil lebih kupon untuknya. SOP kemasukan ke masjid di daerah sekarang ni lain. 'Kupon' untuk solat Jumaat juga perlu ambil awal sehari.

Di masjid semua jemaah menjaga SOP. Suhu dan kaunter pendaftaran disediakan.

Khutbah menyeelikan kepentingan menjaga diri dan menjaga sesama kita. Turut diselitkan ialah doa memohon ujian ini di mudahkan dan di kuatkan umat manusia lalui ujian ini.

Seusai solat, kami terus pulang ke rumah. 

Mak ada membuat jamuan kecil untuk kami sekeluarga. Kami tidak ke mana-mana dan tiada siapa pun dijemput.

Kes masih dalam angka sangat tinggi. Tiada pergerakan dari keluarga besar kami. Sedih tapi kami faham.

Inilah hakikatnya sekarang. Mohon semua saling jaga satu sama lain.

Agar Raya tahun hadapan kita dapat bersama.

Insya-Allah. 



------------------------



Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.

Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Tue Jul 20 2021

Lockdown #Day49: 'Sikap berani mencuba kadang-kala buahkan hasil'

Mon Jul 19 2021

Cikgu Muhammad Nazmi mengimbas kembali detik manisnya bersama kru penggambaran ketika pertama kali ketengahkan idea modul pembelajaran rumah ke rumah.

Hampir setahun berlalu, kini idea itu berkembang ke seluruh negara.

Semuanya disebabkan sikap berani mencuba dan kreatif demi memastikan pelajar mendapat pendidikan sepenuhnya.

Ini kisah terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi:


-----------------------


Genap setahun penggambaran doku-filem ‘Malaysia vs COVID-19’ di sekolah kami.

Teringat ketibaan kru penggambaran tiba di pedalaman Long Sukang.

Sampai sahaja kami terus membincangkan perihal 'scene'. Time itu, kamilah sekolah pertama di Malaysia yang berani mengambil risiko buat penghantaran modul pembelajaran rumah ke rumah, kampung ke kampung.

Istilah PdPR pun belum ada time tu.

Sejumlah, 111 pelajar dari 12 kampung dan satu kem balak. Konsisten tiap minggu.

Setelah effort kami viral baharulah inisiatif ini diguna pakai oleh sekolah-sekolah lain dari seluruh Malaysia.

Maka pada bulan Julai ini, penggambaran bermula. Selama tiga hari. 

Waktu itu cukup bangga, sebab inisiatif kecil kami inspirasikan ratusan sekolah untuk bantu pelajar pedalaman mereka.

Hujung tahun Kementerian Pendidikan Malaysia pun mengumumkan Off-site Learning Mode untuk PdPR.

Terharu juga. Waktu itu kes turun, turun, turun.

Sekarang, lain pula jadinya. Kes meningkat. Off-site tak di benarkan buat kawasan Pedalaman sekarang ni.

Sebak pula bila melihat semua imej-imej memori penggambaran.

Semoga kes turun.

Amin.


-------------------

Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.

Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Mon Jul 19 2021

Lockdown #Day48: 'Semangat murid menurun bila lama tidak ke sekolah'

Sun Jul 18 2021

"Anak murid saya semakin hilang semangat kerana tidak berjumpa dengan tenaga pengajar."

Mungkin awal dulu, mereka seronok dengan kaedah PdPR, tetapi lama-kelamaan seolah-olah sudah tepu.

Guru juga katanya, lalui perkara sama, tetapi tetap kuatkan semangat demi pendidikan anak bangsa.

Ini perkongsian terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi:


-----------------------


Sewaktu kaedah PdPR mula diperkenalkan semua nampak bersemangat. Tapi lama kelamaan, minat murid-murid semakin merudum.

Waktu sekolah dibuka, pelbagai aktiviti boleh dilakukan.

Enjoy. Bila sekolah tutup, sekolah bandar sudah berminat membuat PdPR atas talian, macam-macam aplikasi baharu ditemui guru.

Member hari tu siap buat lawatan virtual ke zoo negara pula. Terbaik!

Tapi bagi sesetengah tempat, luar bandar macam kami, pengambilan modul di pondok menggunakan kaedah drive-thru atau lagi dasyat penghantaran modul ke kampung-kampung.

Pelbagai cara kreatif telah dilakukan. Home-based learning, project based- Learning.

Rakan saya sempat membuat projek empangan sawah dengan pelajar via modul.

Bukan tidak setuju sekolah tutup sampai September. Setuju. Sangat setuju. 

Sebagai penolong kanan sekolah, sudah menjadi tanggungjawab saya untuk memantau motivasi pekerja saya, dan bagi saya mengambil kira kebajikan mereka.

Prestasi pelajar agak perlahan berbanding biasa, kerja sama ibu bapa pula semakin menurun.

Saya harap semua dapat jaga SOP dengan baik.

Stay safe.

Harap dengan cuti seminggu, dapatlah pekerja saya merehatkan minda dan menenangkan fikiran.

Harap juga ada penurunan kes.

Doakan.



----------------------------------


Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.

Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Sun Jul 18 2021

Lockdown #Day47: 'Setiap pertemuan ada perpisahan, terima kasih cikgu!'

Sat Jul 17 2021

Cikgu Muhammad Nazmi merasa sayu apabila beberapa rakan setugasnya berpindah ke sekolah lain.

Meskipun rasa sedih menyelubungi harinya, semangat seorang pendidik itu dibawa setiap rakannya untuk mendidik murid-murid di tempat baharu.

Ini perkongsian terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi: 


---------------------------


Sedih kena pindah. Tapi sedih lagi kena pindah waktu pandemik. Begitulah.

Semua maklum, setiap pertemuan ada perpisahan. Semua maklum adanya datang dan ada pula pergi.

Sebagai pendidik pula, perpindahan kadang-kadang di lihat sebagai rahmat yang di nanti, atau sebagai satu permulaan baharu.

Tetapi hendak meninggalkan sahabat dan sekolah yang sudah bertapak di jiwa sekian lama amat pedih.

Murid-murid - yang siang dan malam dimanjakan dan diusahakan - agar pandai menghafal abjad A,B,C dan nombor 1, 2 dan 3 dan seterusnya.

Tapi lebih pilu dipindahkan pada waktu pandemik.

Tiada majlis perpisahan, tiada peluang untuk berhimpun buat kali terakhir. Tiada juga peluang untuk berjabat tangan buat kali terakhir.

Tiada kesempatan juga buat murid-murid untuk membuat kad perpisahan buat guru itu.

Sedih dan pilu.

Sebelum pandemik, bersama-sama 24 jam di asrama, bergurau belajar dan menjalankan aktiviti riadah bersama-sama.

Bila sekolah ditutup, dipindahkan pula.

Terkesan di hati.

Daerah Lawas cukup bersedih minggu ini.

Banyak permohonan pemindahan telah diluluskan. Kami terpaksa merelakan pemergian mereka demi anak-anak bangsa yang memerlukan tenaga dan bakat tenaga pengajar.

Sedih.

Semoga mereka beroleh kejayaan dan dapat berbakti dengan penuh dedikasi di tempat baharu.

Salam perpisahan Cikgu Amin Abu, Cikgu Nor Elliany, Ustaz Nor Amin Mustakim, dan banyak lagi.

Sampai jumpa lagi...



------------------------------------



Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.

Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Sat Jul 17 2021

Lockdown #Day46: Cekal dan kuat seorang wanita tiada tolok bandingnya

Fri Jul 16 2021

Hari ini, Cikgu Muhammad Nazmi mahu berkongsi kekuatan seorang wanita.

Dari kecil sehingga menjadi dewasa dan bergelar ibu, kekuatan wanita tiada tolok bandingnya.

Lebih lagi insan bergelar ibu tunggal, cekal dalam membesarkan anak mereka seorang diri tanpa bantuan si suami.

Ini perkongsian terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi: 

------------------------------------------


How do single mothers do it?

Sepanjang sang isteri berada di wad, sampai sekarang. Sibuk. Ke hulu. Ke hilir.

Dalam pada hati risau memikir yang tersayang dan si kecil, badan secara fizikalnya bergerak tak berhenti.

Cari itu, cari ini.

Sedia itu dan sediakan ini.

Kemas itu, kemas ini.

Dari rempah ratus, barangan herba ke ikan haruan.

Dari sedia mandian herba, ke masak resepi pantang.

Dari janji temu dengan wakil kesihatan, ke bidan yang duduk jauh di kampung.

Dari Google cara mandi bayi ke cara membasuh uri.

Malam pula berjaga si kecil yang tidak mahu tidur.

Semua program dibatalkan, yang dengan PPD dan lain-lain.

Nak bagi peluang yang tersayang rehat, pulih, setelah bertarung nyawa.

“Babe, boleh cari nursing butter tak?”

Sudah. Apa benda tu.

Google. Tanya farmasi.

Penat. Tapi puas hati. Untuk yang tersayang. 

Terfikir. Macam mana yang single mother hadapi semua ni?

Tanpa suami.

Sahabat baik ada kongsikan, ketika dia hendak bersalin. Terdapat seorang ibu, di wad sama, hanya keseorangan.

Sepanjang di sana , sahabat nampak dia sehingga bayinya lahir, masih tiada yang melawat.

Tiada keluarga, mak ayah, saudara, kawan, SUAMI.

Sahabat memberitahu, dia sangat terharu. Despite whatever happened kepada gadis itu yang menyebabkan tiada orang hadir membantunya, dia tetap kuatkan hati untuk bersalin di hospital, sambut anak kesayangan secara selamat dan sempurna.

Tak dapat bantuan orang lain pun tidak mengapa. Yang penting, kita beri yang terbaik untuk yang tersayang.

Sahabat dan ayahnya tersentuh hati melihat situasi.

Peluang kemaafan sentiasa terbuka. Dan menjadi ibu yang terbaik is one of it.

Kisah sahabat saya di atas buat saya sedih lagi bila terbaca isu remaja OKU yang dikenali dengan nama Bella.

Kadang saya tengok gambar adik Bella, saya tengok anak saya, Hana, hati saya meruntun kesedihan. Sebak. 

Mohon pesalah terima yang setimpal. #JusticeForBella




-----------------------



Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.

Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Fri Jul 16 2021

Lockdown #Day45: Cikgu terpisah lama dari keluarga akibat pandemik

Thu Jul 15 2021

Hari ini, ada kisah Cikgu Muhammad Nazmi menemani guru besar ke Learning Station.

Cikgu bukan hanya berkorban dalam mendidik pelajarnya ketika pandemik COVID-19, malahan ada yang dah terpisah sementara dengan keluarga buat masa yang lama.

Tidak semua cikgu ada kemampuan seperti orang lain.

Ada juga yang terpaksa berfikir dua tiga kali untuk berbelanja.

Ini perkongsian terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi:


---------------------------


Dalam kereta tengah buat homework COD ke learning station kedua di Kampung Long Tuyo.

Sewaktu berbual bersama penghuni di kampung berkenaan, guru besar mendapat tahu seorang Ustaz di situ sudah lama tidak bersua dengan anaknya yang sudah berusia setahun. 

Dari perbualan, kami mendapat tahu, anaknya sudah berusia hampir setahun dan menetap di Pahang dan Ustaz itu tidak mampu untuk menampung perbelanjaan kuarantin dan ujian swab bila pulang ke kampung halamannya. 

Guru besar hanya mampu terdiam, tidak dapat membayangkan betapa peritnya pengorbanan seorang pendidik.

Natijahnya, jika kita tidak mampu untuk menjaga kebajikan guru-guru Semenanjung dan Sabah yang berkhidmat di sini, kita pulangkanlah mereka ke tempat asal, mungkin kebajikan mereka di sana lebih terjaga.

Tapi Insya-Allah, sedang diusahakan penyelesaiannya, harap pihak-pihak yang tertentu boleh bersabar.


------------




Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.

Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Thu Jul 15 2021

Lockdown #Day44: 'Berinovasi bukan untuk tayang emas, tetapi bantu murid'

Wed Jul 14 2021

Cikgu Muhammad Nazmi berkongsi tip untuk guru-guru di luar sana untuk terus berinovasi dalam pendidikan.

Jelasnya, keyakinan yang tinggi dan idea yang realistik mampu membantu murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran di rumah.

Ini perkongsian terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi: 


-------------------------


Sedikit motivasi untuk kawan-kawan cikgu di luar sana.
Yakin dengan idea kita.

Kalau niat betul nak idea kita sampai kepada semua orang, insyaAllah ada jalannya.

Kita berinovasi bukan sebab nak tayang emas kita, kita berinovasi sebab nak tolong orang. ☺️

Idea baik bermanfaat jom kita kongsikan. Buat idea tu available untuk semua tak kira status dia. ☺️

Mula kecil. Mula dengan kertas dan pen. Kalau niat betul Allah bantu itu ... Insya-Allah.

Berminat hendak mencuba board game saya ini, sila ke Illustrato Studio dan buat tempahan sekarang. 

Ada pakej pembelian set amal tu untuk dihantar ke kawasan pedalaman, sekolah B40 dan sekolah pulau. 

Ingat idea dari Allah, kita share bersama. 



--------------------------


Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.

Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Wed Jul 14 2021

Lockdown #Day43: Bukan mudah perjalanan seorang pendidik

Tue Jul 13 2021

Cikgu Muhammad Nazmi berkongsi kisah bagaimana perit jerih beliau bergelar guru. 

Bermula dari Institut Pendidikan Guru, sehinggalah menjadi tenaga guru muda yang berjaya merangkul beberapa anugerah Allah S.W.T.

Ini perkongsian terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi:



-------------------------- 

Dari zaman sewaktu menimba ilmu di Institut Pendidikan Guru lagi aku biasa berjaga malam untuk buat lesson planning. 

Kemudian jadi ikutan junior-junior di IPG lain. Ada lecturer IPG lain bagitau dorang jadikan aku benchmark untuk guru pelatih praktikkan.

Selepas itu, tabiat berjaga malam ini terbawa sampai ke sekolah posting aku. 

Tidur petang pun jarang. Tidak pernah lewat ke sekolah. Siap sempat joging pagi-pagi lagi sebelum ke sekolah.

Tapi saya sedar risikonya di hari tua nanti, so aku perlukan keseimbangan. Saya gunakan ‘kelebihan’ itu untuk overtime menyemak latihan pelajar-pelajar.

Saya faham, saya memangku sahaja. InsyaAllah jika pengganti PK1 di hantar, saya akan serah semula.

Terima kasih kepada yang follow dan support dari zaman IPG lagi. Doa kalian menempatkan saya di posisi yang dapat saya berkhidmat lebih lagi. Amin.

Insya-Allah, selepas ini saya akan fokuskan kepada pentadbiran dan juga akan fokus kepada keluarga kecil saya tidak lama lagi. 

Kes sudah melangkau 11,000. Hati-hati. Doakan semu
a.


----------------------




Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.


Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Tue Jul 13 2021

Lockdown #Day42: 'Terima kasih! Semuanya saya lakukan untuk murid'

Mon Jul 12 2021

Ini perkongsian Cikgu Muhammad Nazmi dalam menghadapi pahit maung sebagai pendidik muda yang mahukan setiap murid mereka mendapat pendidikan.

Walaupun ada yang mengata, menyindir dan seolah-olah memandang rendah kepada idea baharu mereka.

Namun, akhirnya membuahkan hasil.

Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi:


---------------------------------------------------------


Dulu diancam suruh berhenti membuat homework delivery tu, sebab membuatkan seseorang tu ‘nampak’ seperti tidak menjalankan tugasan.

Saya sering mengingatkan diri bahawa ini semua dilakukan demi pelajar-pelajar.

Bukan sekadar tanggungjawab. Tapi, juga sebab sayang.

Bukan sebab di bayar bulan-bulan, tapi sebab sayang.

Bukan sekadar punca rezeki, punca makan minum anak isteri, tapi sebab sayang.

Tidak peduli apa orang lain kata.

Rezeki menyebelahi kami.

Dua anugerah ini untuk semua. Yang membantu untuk menolong, membantu mendoakan, asbab kekuatan meredah hutan belukar.

Tanpa bantuan semua, tiada mental sekuat ini. 

Tanpa sokongan semua, mustahil idea kecil langkah kecil ini menjadi inspirasi seluruh negara.

Jadi ikutan. Jadi inspirasi pembelajaran mode off-site.

Terima kasih sekali lagi.



-----------------------------------------------


Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.

Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Mon Jul 12 2021

Lockdown #Day41: Berdepan cabaran kerenah murid-murid

Sun Jul 11 2021

Hari ini, Cikgu Muhammad Nazmi berkongsi bagaimana semangat guru diteruskan walaupun pandemik menyukarkan pendidikan secara fizikal.

Namun, kali ini berita gembira.

Guru dibenarkan untuk memantau pelajar di rumah mereka seketika.

Ini perkongsian terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi:


--------------------



“Baru lekat sticker SOP ini pagi tadi.

Tak payah la buat SOP2 bagai, murid bukan nak patuhi.

Antara rungutan salah seorang staf senior. Mana tahan nak tiap minggu ganti tanda-tanda SOP di sekolah.

Bukan senang nak jaga SOP di kalangan pelajar. Seorang shaolin, seorang boleh terbang macam power rangers poster covid tinggi langit semua di jatuhkan, seorang pula bercita cita nak jadi Hokage, tahu banyak jutsu, kejap kat sini kejap kat sana, tak reti duk diam, semua SOP di nak langgar. Serius sndiri akui stress kadang kadang haha.

Tapi tula, yang dewasa kat luar sendiri pun susah nak ikut SOP, apa lagi budak2.

Tapi staf senior tadi akur, pelekat baharu ditampal, sebab sayang pelajar.

Cara terbaik nak pikul tanggungjawab ini sepenuh rasa, adalah sebab sayang.

Hari ni pula saya nampak dia termenung jauh, tengok balkoni sekolah kami yang panjang. Kosong. Takda pelajar. Mungkin rasa lega dia bercampur-aduk dengan rasa sedih.

Sedih. Tapi kami tenaga pengajar memahamo, kita sekarang dalam hard time.

Stay home, laksana PDPR sebaik mungkin. 

Also good news, esok homework COD akan dibentang di mesyuarat.

New deal akan di buat dengan komuniti kampung untuk membenarkan cikgu bukan sekadar dihantar kepada murid-murid, tetapi stay sebentar bersama pelajar di kampung tersebut.

Confidential ... 



---------------------------------



Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.

Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Sun Jul 11 2021

Lockdown #Day40: 'Sekurang-kurangnya hargai cikgu anda'

Sat Jul 10 2021

Hari ini, Cikgu Muhammad Nazmi mahu berkongsi bagaimana tanggungjawab seorang tenaga pengajar dalam memastikan pendidikan sempurna diberikan kepada murid.

Bukan mudah, seorang pendidik bertanggungjawab melaksana modul untuk pembelajaran murid dan dikongsi secara percuma di seluruh pelusuk negeri.

Matlamat hanya satu inginkan semua murid berjaya dalam pelajaran mereka.

Keringat dicurah demi kesejahteraan masyarakat.

Jadi harus hargai kerja keras mereka ini.

Ini perkongsian terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi:



----------------------


Cetak kerja rumah anak-anak jiran atas permintaan ibu bapa.

Adakah cikgu-cikgu perasan, bahan-bahan cikgu di guna pakai?

Disebar luaskan. Oleh guru-guru lain. Di hantar ke mana-mana. Masuk pelusuk Sabah Sarawak.

Cikgu, saya nak ucapkan tahniah dan terima kasih. 

Semenjak saya memulakan homework COD untuk kawasan Lawas, bermacam-macam worksheet, module dan nota saya cetak.

Saya tau dan saya kenal. Saya boleh cam tanda tangan dalam bahan-bahan mereka ni. Rajin betul update bahan dan latihan, upload ke page atau blog masing-masing untuk kegunaan orang ramai secara PERCUMA.

PERCUMA!

Saya sendiri pun tidak pasti jika boleh menjadi konsisten seperti mereka ini.

Bagusnya cikgu-cikgu ini, bila saya bertanya kepada mereka, mereka sendiri pun tidak kisah berkongsi bahan-bahan. 

Kalau dapat ‘terima kasih’ tu, ada juga rasa dihargai. Kalau tiada tidak mengapa, kerana bukan ‘terima kasih’ yang dicari.

Mereka ini faham idea dan kemampuan datangnya dari dia, jadi tidak salah di kongsikan bersama. Bukan untuk orang lain untuk anak didik kita juga. ?

Pada pendapat saya, lebih bagus recognition di anugerahkan kepada mereka ini, Insya-Allah lagi ramai yang akan dapat menjadikan mereka inspirasi.  Lagi ramai guru-guru akan dapat berkongsi bahan-bahan mereka dan seterusnya yakin dengan kemampuan masing-masing untuk membantu guru-guru melaksanakan PDPC di seluruh Malaysia.

Salute!

Dear cikgu2, teruskan usaha. Ketika PKP ini, cikgu duduk rumah, tapi hasil usaha cikgu ke seluruh Malaysia.

Sekali lagi, terima kasih cikgu.?





--------------------------------




Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.



Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Sat Jul 10 2021

Lockdown #Day39: 'Saya pilih jadi cikgu untuk bantu masyarakat'

Fri Jul 09 2021

Cikgu Muhammad Nazmi menceritakan saat hatinya terdetik untuk  menjadi seorang tenaga pengajar.

Meskipun peluang lain terbuka ketika itu, namun azamnya untuk membantu masyarakat membuatnya semangat untuk mendidik.

Ini perkongsian terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi:


--------------------------------------



Tiga tahun lalu dapat tawaran untuk berkhidmat di PPD.

Jam 12 tengah malam saya memulakan perjalanan dari pedalaman ke Lawas semata-mata sebab kena hadiri temuduga. Kenangan. 

Alhamdulillah, saya pilih simpang lain. Dan saya tidak pernah menyesal dengan pilihan. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana kehidupan saya sekarang jika saya pilih simpang tu dulu.

Namun, setiap simpang yang kita jumpa tu ada kebaikan sebenarnya. Mana pun simpang yang saya pilih saya akan membahagiakan diri saya juga sebab semua ujian di setiap satu simpang tu Allah sudah berjanji yang saya akan mampu untuk mengatasinya. 

Simpang A stay je kat sekolah. Baru setahun bertugas, timba pengalaman, expose diri dengan pelajar, teroka jiwa pendidik.

Atau simpang B, belajar mengurus, mencurah bakti untuk memberi impak bukan sahaja dalam satu sekolah, tetapi seluruh daerah.

Pejabat juga semestinya perlukan tenaga muda. Idea dan motivasi agak berbeza dengan yang senior. Dan pelbagai lagi peluang curah bakti saya nampak.

Saya pilih A. ?

Apa saya buat?

Istikarah, bila kita perlu membuat keputusan. Tidak kisah susah nak pilih atau senang nak pilih, istikarah. ☺️

Alhamdulillah itu yang saya lakukan sebelum ke temuduga itu.

Saya pilih simpang A dan tidak pernah ada apa-apa sesalan langsung. Saya nampak kebaikan kedua-dua simpang, tapi saya tidak mahu persoal ketentuan Allah S.W.T.



-----------------------------------




Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.


Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Fri Jul 09 2021

Lockdown #Day38: 'Alhamdulillah, saya kini bergelar bapa'

Thu Jul 08 2021

Cikgu Muhammad Nazmi bersyukur puteri sulungnya selamat dilahirkan.

Saat yang amat ditunggu, hatinya sebak kerana terlalu gembira dengan kurniaan Allah S.W.T ini.

Ini perkongsian terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi:

-------------------------------------

Alhamdulillah, tepat 10.38 pagi bayiku selamat di lahirkan. Seberat 3.23 kilogram. Ibu mu mengalirkan air mata gembira.

Maaf,  ayahmu tak dibenarkan masuk bersama menemani ibu semasa bertarung nyawa.

Ayah faham. Pandemik.

Ayah hormati peraturan dan SOP.

Di luar blok wad tempat ayah dibenarkan menunggu.

Berjam-jam. Di luar. Jauh sikit. Tapi ayah dapat dengar sayu suara tangisan mu saat tiba di dunia.

Perasaan yang tak dapat dilupakan. Gementar. Takut. Gembira. Sedih. Semua perasaan ini bercampur baur.

Risau juga keadaan ibu. Saat di pisah dengan ibu mu malam kelmarin. Hati sebak dah. Rasa tak kuat. Tahu ibu kuat. Tapi bila rasa ibu kena berada di sana tanpa ayah, ayah rasa lemah.

Sepanjang malam doa Ayah agar semuanya dipermudahkan.

Saat diri mu tiba, perkara pertama ayah buat adalah nak ambil tahu situasi ibu dulu.

Perasaan di hati yang Allah saja tahu.

“Done bertarung nyawa..” jawab ibu berseloroh.

Time azan di telingamu, ibu sayu tengok ayah.

Tahu hidup ibu dan ayah akan berbeza selepas ini dengan hadirnya dirimu.

Ayah janji akan buat yang terbaik.

Sayang Hana Afea Kho binti Muhammad Nazmi, jadilah insan yang solehah, taat Dia, cinta Rasul dan sayang ibu dan ayah.

Sayang juga kepada isteri tercinta - terima kasih kerana kuat, kerana sabar, kerana sanggup pertaruh nyawa.

Tulisan ayah/suami.

Pandemik atau tidak pandemik. Ayah akan cuba.




------------------------------------------


Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.

Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Thu Jul 08 2021

Lockdown #Day37: Meskipun isteri bersalin, anak murid di Lawas tidak terabai

Wed Jul 07 2021

Cikgu Muhammad Nazmi berkongsi situasi cemas dihadapinya ketika menghantar isteri yang sarat untuk bersalin di sebuah hospital.

Mana tidaknya, ditahan di sekatan jalan raya (SJR), ketika sekatan pergerakan masih dikuatkuasakan.

Ada kisah yang menceriakan Cikgu Muhammad Nazmi, ini perkongsian baharunya: 

------------------------------------------------------



“Lama lagi ni cikgu. Balik dulu ya ...” kata jururawat yang sedang bertugas.

Senyum. Dia mengenali saya rupanya. Mungkin lepas tengok dokumen.

Dari kejauhan nampak seperti kepenatan. Hari yang agak sibuk rasanya.

Aku pun balik. Takut. Nak nangis.

Sebak pun ada sebab tak boleh teman. Pandemik kan. Tak boleh masuk. ?

Dekat jam tiga dah. Sunyi Lawas. Saya tidak mengantuk tetapi penat. Dalam kekalutan fikir pasal tersayang, teringat pula petang ni ada verifikasi data PBD dan plan nak buat meeting HIP.

Sepanjang perjalanan, jantung saya berdegup kencang.

Tiba-tiba ada lampu polis.

“Pagi encik. Encik dari mana? Hospital Encik.”

“Kenapa?”

Wife nak bersalin encik.” Nervous.

“Hah bila?” Seorang pegawai renung tajam mata.

“Bila nak buat video baru lagi? Hehehe.”

Allahuakbar nak jatuh jantung hehehe. Suka tengok video aku rupanya.

“InsyaAllah nanti Encik, tunggu urusan wife selesai. Hehehe.”

“Haha ok ok kami tunggu. Elok-elok ok. Bah jalan dulu.” ☺️☺️☺️

Dalam kekalutan jiwa pagi ini, berlaku sesuatu yang bawa sedikit kegembiraan juga kat hati.

Dapat tahu kandungan pendidikan kita bukan pergi around cikgu-cikgu sahaja.

Namun, dalam kalangan yang lain juga, polis dan sebagainya. Mungkin beliau tengok video lessons saya atau video lawak bendera saya yang viral baharu ini. ??

Patut jururawat tadi kenal saya cikgu. Allahuakbar.

Hati ini balik rumah lega sikit.

Terima kasih pihak polis dan pihak hospital, bertugas sampai lewat malam untuk menjaga kami.

Insya-Allah, kami akan mengajar betul-betul demi anak-anak di Lawas. ❤️

Doakan mereka kuat.

Doakan juga yang tersayang saya kuat untuk hari ni ya. ?



----------------------



Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.

Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Wed Jul 07 2021

Lockdown #Day36: Ada murid saya tak endah belajar, namun ...

Tue Jul 06 2021

Cikgu Muhammad Nazmi berkongsi perasaannya dan guru-guru lain cabaran membentuk anak murid agar sentiasa mahu menuntut ilmu. 

Ini lebih-lebih lagi, murid yang sikapnya kurang berminat untuk belajar dan tidak mampu mencapai cita-cita.

Sesal kemudian tidak berguna, kan?

Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi mengenai cabaran guru ketika PdPR dilaksanakan:

Sepanjang PKP pelbagai cabaran guru-guru kita menghadapi hanya kerana nak buat PdPR di luar sekolah.

Menetap di pedalaman PdPR amat mencabar. 

Ingin saya berkongsi cabaran yang dihadapi sepanjang pelaksanaan homework COD ini. Bagaimana kami - para pendidik mencari rumah pelajar-pelajar untuk menghantar kerja rumah. 

Habis daerah pedalaman Lawas diredah. ?

Tak semua pelajar kami tinggal di kampung, kalau kat kampung senang sikit nak bertanya. Tapi ada yang tinggal di kem balak, kuari dan kem-kem pekerja. Tapi gagahi juga cari satu-persatu.

Hikmahnya, kini kami sudah tahu tempat tinggal setiap pelajar kami.

Rasanya kalau bukan kerana PKP ni kami tak tahu lokasi tempat tinggal dorang. 

“Siap tak siap belakang cerita.”

Ramai yang kongsi pelajar ‘menghilang’, dari 40 yang hantar 5 orang sahaja dan lain-lain. Sampai cakap, tak payah buat apa-apa lah untuk budak, bukan dorang siapkan pun. Give up! ????

Begitulah kejayaan guru-guru, bukan terletak kepada berapa ramai yang ikut cakap dia, tetapi bagaimana kesediaan seorang guru itu hendak melaksanakana amanah seorang guru. ☺️

Kepada kawan-kawan, jangan give up.☺️ Niat kami nak bantu para pelajar. Tanggung jawab kita untuk bimbing mereka. Amanah yang besar tu. Lagipun sekolah tak lama lagi buka, boleh kita semak kerja-kerja dan perkembangan mereka. ☺️

Kerja yang kita bagi pun janganlah sampai membebankan mereka. Berpada-pada sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka.

Online class? TV pendidikan? kerja rumah COD? Semuanya pasti ada cabaran. Ini yang menjadikan amanah kita lebih bermakna.

☺️ All the best guys. ☺️



----------------------------------------




Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.

Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Tue Jul 06 2021

Lockdown #Day35: Masih mencari individu perlu bantuan

Mon Jul 05 2021

Cikgu Muhammad Nazmi berkongsi kisah komuniti setempat. Memang ramai yang baik ada juga individu yang tidak sealiran pendapat.

Apa pun, lebih ramai yang baik ketika ini.

Ini perkongsian terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi:


-------------------------------


Hari cari lagi, #BenderaPutih.

Tetapi tidak jumpa, jenuh berjalan.

Ingat waktu pandemik macam ini untuk kurangkan di luar rumah.

Isteri pun tengah menunggu hari.

Dengarnya ada yang tidak berani naikkan bendera putih atas pelbagai sebab.

Nak bantu bendera putih pun ada yang nak halang ke?

Dulu hantar kerja rumah ke pedalaman, kena mesej suruh berhenti sebab takut menampakkan seseorang tidak buat kerja.

Tolong orang nak buat video interview nak masuk universiti ambil kos pendidikan, kena sound tak setuju sebab kononnya mereka ini perlu berdikari.

Padahal nak tolong dorang yang tiada gajet.

Awal tahun tulis pasal ibu bapa yang request anaknya dilukiskan imej bunga terung Iban untuk pertandingan tarian tradisional anaknya, kena sound cakap cikgu ajar yang bukan-bukan.

Sewaktu belajar dulu, abang senior buat program kat surau, dalam sejam tunggu tak ada orang datang, abang senior suruh panggil dari group Facebook.

Pendek cerita, buat apa sekali pun, baik macam mana niat, bagus macam mana idea, tetap ada yang akan tidak suka .☺️

Jalan terus.

Kami ada lebihan barang sikit-sikit ni nak tolong, itu sahaja.

Saya dan isteri terus balik.

Pada 28 Jun lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan sebanyak RM300,000 menerusi Pakej PEMULIH kepada semua Ahli Parlimen untuk melaksanakan Bantuan Bakul Makanan.

Jelas PM Muhyiddin, ia bagi memberi lebih banyak bantuan dihulurkan kepada golongan terjejas menerusi wakil rakyat di kawasan masing-masing.

Turut diumumkan peruntukan tambahan RM10 juta bagi tujuan Bantuan Bakul Makanan khusus untuk masyarakat Orang Asli.

-----------------------------



Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.

Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Mon Jul 05 2021

Lockdown #Day34: 'Ibu bapa dan pelajar kongsi resepi dalam PdPR'

Sun Jul 04 2021

Idea baharu dalam memastikan setiap Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) melibatkan ibu-bapa, itu misi Cikgu Muhammad Nazmi hari ini. 

Di pedalaman seperti di Lawas, sudah tentu tidak semewah di kawasan bandar.

Tetapi bagi Cikgu Muhammad Nazmi, masih ada cara untuk membuat PdPR lebih seronok.

Kali ini, masakan menjadi subjek utama pelajar. Kreatif, bukan?

Ini perkongsian terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi:


----------------------------



Home-based Learning. Dah macam mana nak pastikan ibu bapa terlibat dengan PdPR pelajar?

Sekarang pelajar di rumah, apa benda pula perkara yang pelajar boleh relate pada masa sama tidak mengabaikan silibus?

Kalau kelas di sekolah pelajar boleh berlatih terus depan cikgu, kali ini PdPR, macam mana cikgu hendak mengetahui bagaimana pelajar mempraktikkannya atau tidak?

Lama fikir.

“Home-based Learning”

Kami bukan belajar dalam talian, kami guna modul. Jadi, hendak selesaikan masalah di atas, kita minta pelajar bekerjasama dengan parents pula.

Minta mereka kongsikan resepi terbaik mereka, biar anak mereka tuliskan resipi dalam Bahasa Inggeris.

Ibu bapa berpeluang ajar anak mereka masakan, berpeluang kongsikan resipi pilihan, pelajar dapat belajar dan membantu ibu bapanya.

Terbaik.

Wah! Nampak sedap la!

“Paha ayam kukus ni, Sir.”

Terbaik Giovany.

Terbaiklah kepada ibu bapa yang meluang masa untuk bantu pelajar di rumah.

1000 penghargaan kepada anda semua.

Di fasa susah ini, semua pendidik bertungkus-lumus memastikan pelajar tak ketinggalan.

Namun, kami bernasib baik kerana kerjasama ibu bapa tidak putus-putus!

Terbaik!


----------------------------------



Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.

Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Sun Jul 04 2021

Lockdown #Day33: 'Jom cari #BenderaPutih kongsi rezeki'

Sat Jul 03 2021

Cikgu Muhammad Nazmi dan isteri mencari keluarga atau individu yang menaikkan bendera putih untuk berkongsi rezeki kepada yang memerlukan.

Ini perkongsian Cikgu Muhammad Nazmi:


---------------------------------------


Jom cari Bendera Putih!

“Jom!” ujar isteri.

Masuk ke kereta, sementara barang-barang aku angkat ke bonet.

Viral di WhatsApp satu keluarga sudah mula mengibarkan bendera putih.

Persediaan dah dibuat dalam seminggu lalu. Tak banyak mana pun barang. Tapi insyaAllah cukup. Wife sedang sarat mengandung. Tapi beliau bersemangat.

Tiap kali saya menjemput si isteri balik dari sekolah selepas hantar modul PdPR, matanya akan melilau mencari Bendera Putih. Setakat ini, di kawasan Lawas tak ada lagi.

Pagi tadi dah ada orang nampak. Selesai urusan sekolah, saya dan wife bergegas ke tempat berkenaan.

Ada susu tin, beras, kicap, sos, ayam bulat, sedikit makanan tin, teh, Milo dan biskut kering. 

Wife juga turut menyuruh saya memberikan periuk nasi eletrik yang tidak di gunakan. Ada lebih sebab dulu tinggal berasingan ketika di sekolah lama.

“Jom singgah belikan sayur juga," pesan isteri ketika lalu di sebuah pondok tepi jalan menjual sayur.

Dapatlah pakis tiga ikat. Dua untuk sumbangan, satu untuk di rumah.

Hari kian lewat.

Tiba di kawasan, tidak nampak pula bendera putih. Kami diberitahu rumah tersebut di dalam sikit dari jalan dan bendera di pasak di tepi jalan simpang masuk ke rumahnya.

“Tak ada pun.”

Isteri minta jalan lagi. Setengah jam. Masih tak ada.

“Mungkin ada yang sudah sampai awal rasanya. “

Kami akhirnya berkunjung ke sebuah rumah di kawasan lain, bagi menghantar semua barang tadi kepada seorang pakcik yang kami tahu memerlukan

Apa pun terbaik warga Lawas!

Pada 28 Jun lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan sebanyak RM300,000 menerusi Pakej PEMULIH kepada semua Ahli Parlimen untuk melaksanakan Bantuan Bakul Makanan.

Jelas beliau, ia bagi memberi lebih banyak bantuan dihulurkan kepada golongan terjejas menerusi wakil rakyat di kawasan masing-masing.

Turut diumumkan peruntukan tambahan RM10 juta bagi tujuan Bantuan Bakul Makanan khusus untuk masyarakat Orang Asli.

Pada masa sama, kempen Bendera Putih juga dilancarkan rata-rata rakyat dalam membantu komuniti yang susah dan memerlukan sumbangan.




------------------------------



Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.

Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Sat Jul 03 2021

Lockdown #Day32: 'Saya banyak belajar dari penyanyi Iwan'

Fri Jul 02 2021

Cikgu Muhammad Nazmi berkongsi kenangan bersama penyanyi dangdut, Iwan tujuh tahun lalu.

Benar kata Iwan, kadang-kala kita terlalu ikut cakap orang sehingga terlepas satu perkara yang baik buat masyarakat.

Ini perkongsian terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi:


-----------------------



“Yang sedang-sedang saja..”☺️

Jom malam ni saya share kisah yang sangat bermakna bagi saya; bertemu abang Iwan Dangdut, tahun 2014 dulu. ☺️

Iwan? Iwan mana pula? “Iwan Dangdut..”

“..sedalam-dalam lautan India,, lebih dalam  lagi cinta ku pada mu.. ?” 

Memandangkan diri ini bukan peminat dangdut, agak blur time tu, tapi lagu tu kita tau.

“Aaaa dia le ni….”

Ternampak trofi anugerah beliau kat almari almari belakang tu. Tak ingat la dia bagitau anugerah apa tu. Time tu heran kenapa tak simpan dan hias award tu cantik-cantik.

“Kita hidup ni nak sukakan Allah, bukan nak sukakan manusia..” balas beliau senyum kemudian sambung berborak dengan yang lain.

Blur sebab time tu masih budak. Tak boleh relate langsung.

Tapi sekarang baru faham. Sikit-sikit.

Sebagai seseorang yang boleh influence orang lain sikit-sikit, there’s time yang kita buat sesuatu sebab nak please orang lain.

Berapa banyak influencers buat something for clout stunt, views dan likes.

There’s time yang seriously buat kita pilih sama ada nak buat sebab benda tu betul atau tak buat sebab nak ikut cakap orang.

“Kau ada banyak followers Nazmi, mungkin di kalangan tu banyak bakal Ustaz, in the future mana tau kau inspired dorang juga untuk buat sharing agama free, at the same time kau bantu guru pedalaman..

Tapi tu la aku tak nampak the bigger picture. Boleh le juga jemput minta Ustaz lokal buat kan sekali. Time tu la aku teringat kata abang Iwan Dangdut; “we live to please Him, not the others.”

Walau kisah ni lama, 2014 ke 2020, tapi sangat bermakna. Ye la kita tak kuat... macam orang terdahulu. Tapi kalau ada idea elok dan niat bagus, just at least try. Pedulikan orang cakap apa. Kalau tak mampu, tak apa, kita try sikit-sikit.

Takpa, kita perlahan-perlahan. Bak kata Abang Iwan;

“… yang sedang-sedang saja..”




--------------------------



Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.


Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Lockdown #Day31: 'Terima kasih Cikgu Athirah ... Perpisahan itu tidak dapat elak'

Thu Jul 01 2021

Cikgu Muhammad Nazmi mengakui hari ini dia berasa sayu dan sedih apabila salah seorang guru di sekolahnya tamat perkhidmatan pada hari ini.

Pelbagai cabaran dan dugaan ditempuhi setiap guru di pendalaman, tetapi itulah kenangan manis dan pengalaman yang akan dibawa dalam perjalanan sebagai guru.

Ini perkongsian terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi:


-------------------------------



“Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya Cikgu Athirah, guru ganti Sekolah Kebangsaan Luagan telah menamatkan perkhidmatan pada hari ini.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibubapa atas kerjasama sepanjang saya mengajar di sini dan terima kasih kepada pelajar Sk Luagan atas segala kenangan walaupun sempat mengajar bersemuka sekejap saja.

Cikgu akan merindui gelagat masing-masing.?

Saya minta maaf atas segala kesilapan dan kekurangan selama mengajar. Saya doakan agar semua pelajar SK Luagan sentiasa cemerlang di dunia dan akhirat. Semoga kita berjumpa lagi.”

Bila terbaca mesej seorang sahabat yang menamatkan tempoh perkhidmatannya sebagai guru MyStep dalam group WhatsApp Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah rasa sebak pula.

Perpisahan memang tidak dapat dielak. Perubahan tidak akan berubah. Ini membuka cabaran baharu kepada kita, menimba ilmu, mencari pengalaman dan meneroka apa yang Allah nak sediakan untuk kita.

Perkhidmatan Cikgu Atirah selama di SK Luagan sangat dihargai. Hampir semua program sekolah mendapat sentuhannya. Melatih pelajar ke pertandingan, mengurus SOP, mengambil alih tugas guru berpindah, acara-acara sekolah dan lain-lain.

Beliau bukan takat berpotensi di dalam kelas tetapi juga di dalam mengendalikan pembelajaran jarak jauh.

Walaupun beliau berkhidmat tatkala pandemik melanda dan hampir sepanjang perkhidmatan beliau pelajar belajar dari rumah, ini tidak menghalang beliau dari terus berusaha mengendalikan PdPR.

Setiap hari Isnin, dia akan menunggu di pondok Drive Thru Modul PDPR berpanas dari pagi hingga semua pelajar sudah mengambil modul pembelajaran mereka.

“Wlksalam cikgu selamat bertugas ditempat baru terima kasih dan halal kan ilmu yg cikgu curah kn utk anak-anak kami didunia dan akhirat semoga apa yg cikgu curahkan mendapat menfaat buat anak-anak kami terima kasih cikgu," katanya.

Harapan saya agar Cikgu Atirah dapat mengembangkan bakat beliau di tempat baharu.

Kami akan ingat Cikgu Atirah selalu.

Terima kasih.



------------------------------------------





Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.

Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Thu Jul 01 2021

Lockdown #Day30: "Kesatuan guru perlu selami jiwa pendidik muda"

Wed Jun 30 2021

Lockdown hari ke tiga puluh Cikgu Muhammad Nazmi berkongsi mengapa ramai guru muda yang kurang berminat menyertai kesatuan guru di Sarawak.

Bukan sebab mereka tidak aktif,sebaliknya mereka terlibat dalam sukarelawan.

Cuma mungkin tak kena dengan jiwa muda mereka.

Ini perkongsian terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi:



---------------------------




“Kenapa tak ada guru muda yang berminat nak join keahlian kita ya?”

Tertanya-tanya kami dalam meeting cawangan Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak.

“Mungkin program yang kita tawarkan?”

“Atau pengiklanan kita?”

“Mungkin yuran?”

Guru-guru baharu perlu faham kepentingan menyertai kesatuan-kesatuan guru-guru. Bukan sekadar menjadi komuniti yang saling berkongsi dan saling membantu, tetapi juga sebagai yang akan ‘back up’ kita jika tersepit dalam sebarang situasi sukar.

Guru-guru muda sememangnya suka kerja-kerja sukarelawan, tetapi kurang ramai yang berminat menyertai kesatuan guru-guru.

Kesatuan-kesatuan pula perlu mendalami jiwa pendidik baru ini. Lihat apa yang mereka ‘into’ sekarang.

Buat program yang sesuai dengan jiwa pendidik mereka yang masih berkobar-kobar. Kebanyakkan mereka ini masih segar dari graduasi.

Buatlah aktiviti yang banyak kesukarelawanan, dan juga program webinar yang menepati kaedah PDPC semasa. Webinar PDPC atas talian, penggunaan platform online dan lain-lain.

Pengiklanan juga haruslah power; platform Facebook, IG, Twitter dan lain-lain. Bukan sekadar untuk pengiklanan tetapi juga perkongsian aktiviti. Platform ini juga penting bagi networking dengan NGO dan badan-badan lain di luar sana.

Yuran? Kalau kesatuan mampu menjelaskan kemana hala tuju duit tersebut akan di gunakan, ahli selalunya tak kisah selagi duit tersebut di gunakan untuk program bermanfaat.

Pendek kata, dengan strategik tertentu, guru muda dapat di pelawa sekali mengikuti keahlian kesatuan. Cuma kesedaran perlu di sebarkan. Penuhkan tahun dengan program bermanfaat dan menonjol. Memberi impak kuat kepada komuniti.

Jom daftar!



---------------------------------------







Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.

Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Wed Jun 30 2021

Lockdown #Day29: 'Saya tabik guru prasekolah'

Tue Jun 29 2021

Sehari suntuk, Cikgu Muhammad Nazmi leka membuat penggambaran satu lagi filem pendek.

Kali ini, bagi pertandingan peringkat prasekolah bertemakan anti-rasuah.

Aktif murid-murid sampai letih-lah.

Ini perkongsian terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi:


---------------------------



“Ok ok tengok kamera.”

“Firsyaq ok kita mula sekali lagi. Tengok teacher. Eh lari mana tu?”

“Ok macam kita praktis tadi.. Lari mana tu?"

“Firsyaq tengok muka Dania ok..”

“Eh tengok muka Dania la, bukan muka teacher.. eh eh eh.”

Alhamdulillah terpilih untuk sertai Pertandingan video untuk prasekolah pula. Tema anti-rasuah. Due esok.

Tapi, cabaran berkerja dengan pelajar pra-sekolah ni mencabar.

Kejap lari sana lari sini. Mood pandai bertukar-tukar. Bingit emosi kalau tak tahan.

Respect dan salute kepada cikgu prasekolah seluruh negara. Terbaik.

Serius rajin. Memang boleh go. Kata orang kalau boleh handle pelajar prasekolah, kau boleh handle pelajar di semua tahap. 

Hari ni aku try, dengan dua orang je pun, terbaring juga aku.

Anyway, syabas dekat Firsyaq dan Dania sebab bagi kerja sama teramat sangat. Terbaik. Teacher suka.

Mula-mula segan silu gitu. Sorang pandai terbang-terbang Shaolin, sorang tak berhenti bercakap. Hahaha.

Terbaik! Insya-Allah kita boleh menang yang ni. Amin. ☺️





---------------------------------------







Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.

Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Tue Jun 29 2021

Lockdown #Day28: 'PdPR ada pelajar rajin, ada juga ...'

Mon Jun 28 2021

“Teacher, teacher ... saya selalu paling awal hantar”

Hari Isnin ambil modul, malam tu juga dia membanjiri WhatsApp dengan hasil kerjanya.

“Saya paling suka buat Bahasa Inggeris (BI) dulu teacher...”

Sebab?

“Rasa macam orang dewasa bila buat kerja BI..”

“Hari tu kan buat laporan pasal kerja pembersihan ruamh.. rasa macam orang besar sudah bah teacher, bila cakap dalam BI..”

Terbaik.

Selalu siap awal, mesti ada yang tolong, kan? 

“Mama saya tolong, teacher. Ayah saya di laut, tak dapat tolong, tapi BI dia lagi bagus dari mama saya, teacher.”

Mak pelajar itu ada menunggu di luar pagar. Senyum dari jauh.

Saya senyum balik.

“Bah teacher, next week saya hantar balik modul.”

Ok.

Kalau ada apa-apa masalah nak siapkan bagi tau teacher ok... jangan pendam. Tak cukup alat tulis atau apa atau tak dapat nak ambil modul, inform teacher.

Ok? Nanti teacher hantar kan ke rumah.

Buat simbol ok dengan tangan, lalu meninggal kediaman teacher Muhammad Nazmi dengan menaiki motor maknya.

Jam sudah tunjuk jam 12 tengah hari. Masih tak ramai yang datang ambil modul.

Pandemik.






-------------------------------------------



Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazri dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.

Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Mon Jun 28 2021

Lockdown #Day27: 'Demi anak-anak, jangan segan minta pertolongan guru jika ada masalah'

Sun Jun 27 2021

Cikgu Muhammad Nazmi berkongsi rasa kecewa apabila ada sesetengah ibu bapa tidak beri kerjasama demi pelajaran anak mereka.

Pelbagai alasan diberi tetapi ibu bapa segan untuk meminta pertolongan guru.

Jelasnya, guru tidak pernah menghakimi dan akan membantu semua demi anak murid.

Ini perkongsian terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi: 

--------------------------------------

Gantung pelajar tak join PdPR?

Dua hari lepas temankan member ambil modul untuk disemak, didapati ada yang tak ambil modul beralasankan “tak ada face masks cikgu ... tidak dapat keluar ambil modul.”

Tak sure alasan tu legit atau tak tapi wife suruh sangka baik, kami kepilkan face mask dekat semua modul.

Kelmarin pula temankan isteri untuk kemaskini kotak modul pemulihan di sekolahnya, dan kami dapati ada pelajar yang menghantar kerja rumah mengunakan kertas yang dikoyak dari buku.

Kertas itu bukan dikoyakkan dari tengah buku, tapi sekeping-sekeping macam dikoyak di muka surat belakang buku.

Parents pelajar belum respon bila di tanya dalam group, tapi wife syak pelajar itu sudah kehabisan buku. Wife bergegas selongkar bilik pemulihan cari kalau masih ada buku kosong.

Member di Selangor pula buat kelas online, yang hadir dua orang murid sahaja. Dia whatsapp semua, minta hadir, buat semula kelas malam tu guna RPH sama, yang hadir pun lapan orang sahaja, adalah improvement sikit.

See despite all the cabaran cikgu TAK PERNAH nak menghakimi pelajar and tidak terus menjatuhkan hukuman.

Macam mana geram sekali pun PK1 kat sekolah bila PdPR tiada sambutan... ada yang menggugut di WhatsApp group.

Tak ada korang tengok guru besar berkempen dekat pondok drive-thru siapa tidak mengambil modul memoho pindah sekolah... tidak ada.

Jauh macam mana guru pedalaman pergi menghantar modul jauh pelusuk hutan tapi tiba-tiba pelajar tak ada pula di spot yang di janjikan, terpaksa tunggu tepi jalan berjam, rupanya pelajar tengah tolong mak di sawah, tapi takda korang tengok cikgu-cikgu complain, apatah lagi sampai nak jatuhkan hukum gantung.

Ni common struggle. Masa yang mencabar. Masing-masing lalui keadaan sukar. Tapi jangan di sebabkan perkara ini kita buat keputusan macam ni. Macam wife cakap tengok cabaran sebagai peluang buat amal. Nak tambah effort kita. Kalau Allah tanya ada la usaha kita lebih sikit, masuk saham akhirat kita.

Dan parents pula kalau anak ada masalah nak join PdPR, mohon bagi tahu cikgu.

Cikgu nak tolong sebenarnya. Serius. Kalau segan mohon kepada ketua komuniti. Ketua komuniti akan connect dengan sekolah. Ketua komuniti kena alert mengenai perihal pendidikan anak-anak di kampung masing-masing.

Ingat kes budak jatuh sungai sebab cari internet coverage di jambatan, kalau komuniti berfungsi, boleh sediakan tempat belajar dengan coverage bagus dan selamat, guru pun faham, ibu-bapa puas hati, budak boleh belajar.

Dan orang atas pun tak lah buat cadangan ‘hebat’ macam begitu. Kalau kawasan pedalaman boleh buat, tidak mungkinlah kampung-kampung advanced macam kampung mereka tidak dapat buat.

Mohon minta tolong dengan guru kalau ada masalah. ☺️

Proses penyediaan dan penyemakkan modul agak mencabar sikit dari PdPC biasa. Sebab tu tight sikit schedule PdPR. Ok... ☺️☺️☺️




--------------------------------



Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.

Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Sun Jun 27 2021

Lockdown #Day26: 'Sedih, pelajar saya kehabisan kertas habiskan kerja sekolah'

Sat Jun 26 2021

Hari ini, Cikgu Muhammad Nazmi berasa sedih ketika isterinya memeriksa modul latihan yang diselesaikan oleh murid.

Di kawasan pendalaman, tidak seperti di bandar yang mempunyai pelbagai kelebihan.

Murid di pendalaman mengikuti modul latihan disediakan oleh guru.

Ini perkongsian Cikgu Muhammad Nazmi: 

---------------------------

Hari ini seperti biasa, temankan sang isteri untuk ke sekolah hantar modul kelas pemulihannya.

Hari Sabtu, guru-guru di sekolah ini akan mengutip modul yang telah dihantar oleh ibu bapa pada hari Jumaat.

Modul baharu pula akan disediakan untuk diambil oleh ibu bapa pelajar pada Isnin. 

Dalam proses pengutipan, isteri terjumpa sekeping kertas.

Nampak gaya dari buku latihan.

Bukan yang dicabut dari tengah, tapi macam dikoyakkan.

Di atas kertas tertulis latihan dan jawapan.

Bila diteliti lagi, terjumpa pula beberapa lagi helaian kertas.

“Laaa... dia dah kehabisan buku...”

Ujar isteri. Sedih.

Ya Allah, mudahkan lah kami lalui ujian pandemik ini.



--------------------------------



Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazri dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.

Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Lockdown #Day25: 'Pengorbanan cikgu bukan hanya pembelajaran, tetapi ...'

Fri Jun 25 2021

Cikgu Muhammad Nazmi kecewa.

Kekecewaannya begitu menebal terhadap segelintir ibu bapa yang endah tidak endah dengan perkembangan pembelajaran anak mereka.

Pelbagai alasan diberi kadang-kala tidak masuk dek akal.

Tetapi apa pun, ia tidak melunturkan semangat cikgu untuk memberi ilmu kepada pelajarnya.

Faham, tetapi sepatutnya ibu bapa juga ambil peranan.

Ini perkongsian terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi:


-----------------------------------------

“Kenapa tak datang ambil modul pembelajaran minggu lepas?”

“Face mask tidak ada cikgu...”

Terdiam sahabat saya ini.

Terkelu.

“Impossible-lah” ujar ku dalam hati. Mustahil.

Mahal sangat ke face mask?

Nak dapatkan kerjasama dari ibu bapa di waktu PdPR ini agak mencabar.

Ada yang sedia membantu, ada yang nak tak nak, ada yang gayanya macam paksa rela, ada yang hilang terus.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada ibu bapa yang bagi kerjasama dengan baik. Nampak sangat prihatin. Bukan setakat ambil dan kembalikan modul pembelajaran, tapi usaha nak contact cikgunya bila ada masalah atau ketidakfahaman.

Bertanyakan link, mencari maklumat di Internet atau pun meminta cadangan untuk mencari bahan.

Cikgu bukan nak serah 100% tugas guru kepada ibu bapa, cukup takat ambil, pantau dan kembalikan.

Kami akan semak.

Jika ada guru yang nak mentaksir kemampuan bertutur, paling tak pun cikgu tu akan minta ibu bapa tolong rekod suara melalui voice note WhatsApp.  Itu sahaja.
Selebihnya cikgu yang uruskan.

Di kawasan kami PdPR tak dijalankan secara online sebab kami faham kemampuan komuniti, PdPR di sini dijalankan secara modul.

Setiap minggu cikgu bukan takat kena rancang, tapi kena sediakan semuanya ke dalam kertas hingga tebal.

Nota, penjelasan, arahan kepada murid, arahan kepada ibu bapa dan latihan.

Bila berdepan dengan ibu bapa yang tidak mahu beri kerjasama ini agak melemahkan semangat guru-guru pula.

Tak nak judge alasan yang di berikan terhadap kawan saya tu. Tak ada pelitup muka. Kenapa tak minta cikgu hantarkan saja ke rumah?

Pihak berkuasa benarkan lalu rasanya.

Tak apalah. Saya tak tau apa inisiatif sahabat saya selepas ini.

Kalau betul alasan tersebut bukan yang di buat-buat, ini sebenarnya menggambarkan apa cabaran yang di hadapi oleh sesetengah keluarga di dalam pandemik ini.

Tapi kalau tak betul, entah lah.

“Nah abang," kata isteri.

“Minggu lepas kita bagi pensel kan, minggu ni kita bagi face mask dekat pelajar.”

“Kepilkan dekat modul.”

“Alasan tu betul atau tak belakang cerita.”

Senyum. Kita doakan mereka.


----------------------------------





Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazri dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.

Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Fri Jun 25 2021

Lockdown #Day24: “Kelu, saya dah jadi Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah?”

Thu Jun 24 2021

Lockdown hari ke dua puluh empat Cikgu Muhammad Nazmi bagaikan tidak percaya, semua hasil usahanya dalam membantu murid dan ibu bapa membawanya melangkah setapak kehadapan.

Kali ini, dia diberi jawatan Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah walaupun baru empat tahun menjadi pendidik.

Rezeki, berkat usaha cikgu juga!

Ini perkongsian terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi:




---------------------------------



“Kami percaya cikgu boleh buat. Harap cikgu tak tolak.

Mungkin cikgu tak sedar tapi kami track rekod cikgu dari sekolah lama cikgu.

Bagi cikgu semua program dan intervensi yang cikgu buat, kami nampak kepimpinan yang bagus.

Tapi perlu diasah lagi. Oleh itu kami berbesar hati nak melantik cikgu, untuk memangku jawatan ini.”

“Cikgu ambil jawatan ini untuk belajar ya. Kami sangat yakin dengan cikgu.”

Diam terkaku.

Tak sampai 4 tahun sebagai guru sudah diminta memangku jawatan yang sangat besar; Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah.

Hati siapa tak terdiam. Kelu.

Tanggungjawab bukan ringan tu.

Dalam bulan pertama agak kekok. Tak tau apa nak buat. Siang malam belek fail lama. Tak sure apa nak dibelajar, tak sure apa nak dipimpin.

Rakan-rakan dan staff di bawah pula bagai memandang tinggi.

Pandangan penuh harapan. Tak pernah pernah sebelum ni terlibat dengan pengurusan.

Mula tercari-cari program-program kepimpinan dan pengurusan sekolah. Sekali-sekala merujuk kepada PPD, minta ajar buat PSO, itu ini lain-lain.

Tapi mereka pun sibuk nak urus sekolah-sekolah satu daerah. Tak dapat juga nak kacau diorang sangat.

Tugasan pula semakin hari semakin bertambah. Tempuh juga walau tak tau apa. Hati ingin sangat satu program kepimpinan sebagai bekalan sedikit sebanyak.

Tapi hari ni saya dah start dengan LEAD. Satu prorgam latihan kepimpinan. Saat Sam (seorang kawan) perkenalkan program latihan ni, terus hati berbunga.

Isi permohonan, dalam beratus permohonan, hanya 40 terpilih. Syukur gila.

Program LEAD di bawah kelolaan GSL dan di bawah pimpinan Cikgu Cheryl Fernando. Siapa dalam bidang pendidikan of course akan kenal beliau.

Dua hari pertama ni kami jalani pelbagai sesi, dan tiap sesi kami belajar sesuatu yang baru dan perlu sebagai pemimpin.

Kami juga belajar mengenai mindset. Hari ni saya tau bagaimana benda semudah mindset mampu mengubah dunia.

Your beliefs become your thoughts,
Your thoughts become your words,
Your words become your actions,
Your actions become your habits,
Your habits become your values,
Your values become your destiny.

Gandhi

Program kami akan berlangsung selama 10 bulan. Saya harap saya akan menjadi pemimpin yang bagus di sekolah terus menerajui perubahan.


-----------------------------------------------------




Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazri dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.

Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Wed Jun 23 2021

Lockdown #Day23: 'Kekurangan guru, kalau nak cuba boleh cuba'

Wed Jun 23 2021

Hari ini, Cikgu Muhammad Nazmi berkongsi kisah perjalannya sebagai seorang guru.

Biarpun kekurangan tenaga kerja, tetapi bagi mereka pengalaman mendewasakan.

Ini perkongsian Cikgu Muhammad Nazmi:



---------------------------------


"Kalau rasa tak sure nak jadi guru, tak payah la, nanti menyesal, susahkan diri susahkan anak bini susahkan sekolah pula.."

"Kalau korang tiada skill nak handle pelajar, baik tak payah..."

Ni nasihat biasa kita dengar, kan? Tapi, hari ini saya nak bagi nasihat lain sikit dari pendapat saya yang lemah ini.

Kalau korang minat, cuba saja, try. Cari pengalaman. Kita tidak akan tahu benda tu sesuai dengan jiwa kita selagi kita tak cuba. Kalau profession ni sesuai dengan hati kita, kita sendiri akan ada kemahuan hendak improve kemahiran yang di perlukan di sekolah, yang di perlukan bila bersama murid. Kita akan belajar dengan cara langsung dan tidak langsung.

"Tapi kami ni tak terlatih. Tak apa, saya yakin akan ada latihan khusus di sediakan nanti, dan pengalaman akan mengajar anda nanti," katanya. 

"Saya ada member masuk IPG kena paksa family, sepanjang pengajian merengus saja, sekarang dia antara yang paling berjaya dalam batch kami."

Ada member yang tiba-tiba di hantar ke sekolah untuk berkeperluan khas, basic tak ada, setahun awal tu murung je rupa dia, tapi sekarang, bila dah ternampak hikmah kenapa dia di hantar ke sekolah tu, dia la paling semangat sekarang, bentang sana sini, boleh makan da  sembang pasal inovasi MBK, hahaha sengal ah.

"Pada saya, kedatangan korang dalam profession ni saya bukan sekadar nak tengok apa yang korang boleh buat untuk sesuatu subjek tu, (ada tak kemahiran ajar subjek tu subjek ini), tapi lebih dari itu.

"Saya tengok dengan kemasukan anda beribu-ribu ni, sekolah nanti dapat beribu-ribu kelebihan, talent, passion and minta masing-masing dan lain-lain.

"Mereka akan offer sekolah pelbagai benda yang korang boleh buat, bukan sekadar cara mengajar. Lebih lagi. Tidak kira apa kemahiran dan kelebihan korang, selagi tak langgar peraturan, manfaat akan dapat pada pelajar, generasi di bawah kita," tambahnya.

Ingat content knowledge ni kita boleh belajar, tapi passion dan minat ni adalah dari kecil kita pupuk dalam diri kita. Dan saya percaya kat sekolah adalah salah satu tempat yang sesuai nak kembang bakat dan inspirasikan jiwa lain.

Bagi saya, jom cuba. Kalau dah rasa tak sesuai dengan hati nanti baru la, rasa stress depress kaunseling dan lain-lain pun tak dapat baru la kita fikir jalan keluar, saya ada member yang dari batch saya, baru tahun ke empat, dari daerah saya, dah keluar dan sekarang tengah further bidang lain.

"Sedih tapi salute dan respect dengan dia, sebab dia tidak jumpa happiness dalam bidang ni, kita sebagai kawan, kita tak halang, tapi kita support.

"Jangan sampai pilih jalan, nanti kau tak happy," ada yang kata macam tu nanti, tapi dia tak tahu kita boleh 'patah balik' kalau salah jalan. Tak salah mencuba, dan tak salah 'tersalah jalan'.

Yang salah tu geng-geng yang dia dah tau dia salah jalan, tapi choose to redha and stay je dalam bidang ni. Bila dah rasa hati tak ada sebagai pendidik, dia redha je, jadi parasit makan gaji, tak ada motivasi, xda semnagat pendidik, tapi redha je sebab gaji, pentadbir pun malas dah nak layan dorang, nak bagi tugas kat dorang, letak semua dekat yang rajin, lantas mensia-sia kan pelajar kita,,pastu bagi nasihat salah, "kalau ko rasa tak boleh, sila balikk!"

Akhir kata jom cuba, kami sambut dengan tangan terbuka, dan sedia bantu. Serius weyh kekurangan guru sekarang, waktu mengajar saya sendiri saja sudah 42 waktu seminggu haha.

"Kita bukan tak suka dengan projek dan program yang banyak di bagi oleh pihak atasan tu, kami nampak manfaat dan objektifnya, cuma kami tak cukup tangan kat sekolah, pihak PPD pun nampak kelam-kabut, kesian ..."

That is all from me.




-----------------------------------------------------




Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazri dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.

Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Wed Jun 23 2021

Lockdown #Day22: 'Cabaran guru ketika PdPR, masa depan negara datang dari rumah'

Tue Jun 22 2021

Cikgu Muhammad Nazmi berkongsi rasa kecewa kawannya yang juga tenaga pengajar.

Ikhtiar cikgu bersengkang mata demi menyiapkan modul, tetapi masih ada ibu bapa yang mempunyai sikap acuh tidak acuh tentang pembelajaran PdPR. 

Cabaran PdPR ini besar, bukan hanya kepada murid, ibu-bapa, tetapi guru juga untuk pastikan setiap murid faham serta dapat ilmu.

Tapi..... ada ibu bapa masih tidak sedar.

Berikut perkongsian Cikgu Muhammad Nazmi:

-----------------------------

“Assalamualaikum dan salam sejahtera...makluman kepada semua ibu bapa serta murid yang terlibat dalam PdPr ini, sila hantar dan kembalikan latihan modul yang telah diberikan kepada murid oleh setiap guru mata pelajaran yg telah dijawab dan diselesaikan ketika mengambil modul dan lembaran kerja minggu berikutnya.

Modul dan latihan yang telah dijawab bukan untuk simpanan murid tetapi untuk simpanan guru dan guru akan menyemak setiap kerja yang telah dijawab oleh murid.

Terima kasih di atas kerjasama semua. ☺️”

Pesan pihak pengurusan sekolah kepada ibu bapa.

Berasap telinga bila guru berjaga sampai pagi siapkan modul, tapi ada ibu bapa tidak mengendahkan modul yang di beri.

“Yang tak ambil modul satu hal, yang ambil modul tapi tak pulangkan ni pula satu hal...”

“Dia nak simpan modul tu untuk apa? Buat jeruk?”

Ujar member seorang ini yang geram sebab dah dua minggu seorang pelajar ni mengendahkan pesanan di group WhatsApp.

Kami bergerak masuk ke Kampung Luagan. Berdua. Dengan harapan dapatlah bertemu dengan ibu atau bapa pelajar ini.

“Kalau aku jumpa aku nak cakap sikit...”

“Kita bukannya nak parents ni ambil alih tugas guru time PDPR ni, bukannya kita nak dorang jam 7 dudukkan murid setting meja makan siap siap macam kelas siap ada white board, tak... kita cuma nak dorang pantau je pun... terpulanglah bila anak dorang nak buat kerja.. ye kita faham parents pun ada kerja,. Tapi takkanlah kita tak ambil kisah langsung.. masa depan negara kita ni datang dari rumah-rumah dorang tau... pening la, lambat hantar bila lagi pula masa aku nak semak dan buat preparation untuk modul seterusnya..”

Sabar Pot, ujar ku. Hahaha. Suka aku tengok semangat beliau.

Sampai rumah pelajar tersebut, kosong. Sunyi.




-------------------------------------


Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazri dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.

Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Tue Jun 22 2021

Lockdown #Day21: 'Jangan merungut berdepan cabaran, bersedia hadapi ujianNya'

Mon Jun 21 2021

PKP 3.0 masuk hari ke-21.

Cikgu Muhammad Nazmi berkongsi tentang ujian yang Allah turunkan kepada setiap insan.

Kadang-kala ada orang yang baru dapat kerja lebih berat dah mengeluh. Sebaliknya ujian yang datang itu ada hikmah dan keberkatan disebaliknya.

Ini perkongsian Cikgu Muhammad Nazmi: 


------------------------


‘Orang salah Allah uji dengan kesilapan, orang betul Allah uji dengan sombong, bongkak, ujub, riak dan angkuh.’

Hari tu viral post seorang individu lelaki (brader) mengamuk sebab kedai stationary tutup, lepas buat # yang bukan bukan.

?Konsep:

Kawan-kawan,
In order nak naikkan martabat iman, Allah bagi ujian, tapi Allah dah janji Dia takkan bagi berat yang sampai kita tak mampu nak handle, even para Anbiya A.S pun dapat ujian, dan ujian tu pula datang dari pelbagai asbab.

Kenapa di uji? Sebab nak tengok iman kita. Iman tiket syurga. Iman benda mahal, nilai dia lebih berat dari langit & bumi. Takkan kita boleh dapat dengan senang.

Mana-mana agama pun konsep sama, iman tiket syurga. ☺️

Problem statement:

Tapi manusia, ujian tak datang pun lagi, tapi dah melatah.

"Ok Encik Nazmi, esok kita ada meeting ya...”

“Aduh tak tau ke aku banyak kerja..." (Contoh, tak pernah berlaku ni uhuk ?)

Belum meeting pun lagi, belum lagi terima tugasan baharu, melenting kita macam orang yang panggil meeting tu dah buat dosa besar.

Saya sendiri la tu.

Baru PPD inform nak melawat, baru ada ura-ura perubahan sistem, baru ada berita benda tu benda ni nak jadi,

Ujian tak datang pun lagi,

“Aduii apa lagi Allah nak bagi kat aku ni...”

“Tak habis habis ujian Allah niiii!!!!”

Haaa,. Orang alim bagitau, kita mula berperasangka kat Allah ...

Bahaya. Serius bahaya.

Orang dulu battle ujian dalam ujian. Kita belum ujian dah kalah...

?Cadangan intervensi:

Tengok ujian sebagai peluang beramal.

Teorinya Allah nak tengok reaksi dan respon kita bila di uji. Ingat kisah baginda Ayub A.S. Allah uji dengan sakit, kisah baginda Ibrahim tak ada zuriat, bila dapat, di perintah korban, dan lain-lain.

Pelajar wife saya turut mengalami benda sama, pelajar ada yang dah takada alat tulis.

Wife ambil inisiatif bekalkan pendel pemadam, dalam tiap beberapa minggu sekali, dari dulu lagi.

“Chance sedekah, bukan banyak pun sikit ja,, kurang sikit beban..”

Sedekah sikit tapi konsisten, Allah suka. ?

Expected result:

Respon kepada ujian Allah dengan cara baik, Allah lagi suka. Ujian pun dilalui dengan mudah.

Bila tak ada sifat perasangka dekat Dia, Dia akan nampak kan hikmah berlakunya sesuatu perkara. Kita kerja pun dalam keadaan tak stress dan gembira. ermotivasi.

Dulu seorang member ni dapat ke pedalaman ada je benda dia nak complaint. Semua nak complaint. Kat pedalaman ni susah nak itu susah ini, sampai dia made it clear tak suka berkhidmat kat sini.

Then bila pindah ke bandar, ingat dia happy... complain juga. ? Itu dan ini. 

Closure:
Pendek cerita ujian di mana saja. Hati tu yang fail main peranan. Mindset.  Semua akan dapat ujian. ‘

Betul salah belakang cerita. Tapi sedia dengan ujiannya ya. ☺️

Dan orang yang kat atas pula jgn salah faham ingat post ni nak sebelahi mana-mana parti politik. Ni post nak korang step your game up. Guru-guru still bertugas macam biasa, pelajar still belajar macam biasa, saya cadang kedai stationery di buka ya,. Ngan book shop. ☺️

Ok that is all for me.




----------------------------------------




Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazri dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.

Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Mon Jun 21 2021

Lockdown #Day20: "Tidak perlu studio gah, buat ikut kemampuan"

Sun Jun 20 2021

Kongsi Cikgu Muhammad Nazmi hari ini, sesi Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) yang dilaksanakan ketika ini adalah sesuatu yang amat mencabar.

Ada yang pernah mendengar istilah green screen atau chroma key? Ramai yang tidak tahu.

Ia nyata menguji kemampuan dan kesanggupan guru-guru untuk menjadi lebih kreatif.

Sejauh mana kita sanggup pergi? Sejauh mana kita rela jalankan tanggungjawab kita?

Dan adakah kita gembira dengan usaha kita?

Tidak perlu studio gah.

Buat ikut kemampuan, kata Cikgu Nazmi.

Buat bukan sebab nak lawan atau bersaing dengan sekolah lain, dengan guru lain.

Letak KPI (petunjuk prestasi) sendiri untuk jalankan tanggung jawab.

Jangan bebankan diri dengan KPI orang lain.

Usaha siang malam, menjadi atau tidak menjadi urusan Allah.

Allah itu adil.

Jadi buat apa ikut orang. Buat sebab diri sendiri, sebab nak jalan tanggungjawab, buat sebab nak cari rezeki halal.

Sekolah tu nak buat studio sebesar Studio Jalan Ampas pun biarkan mereka, mereka ada rezeki, mampu. Ujian mereka mungkin lain pula tu.

Kita syukur apa ada, buat mampu kita. ?☺️

Baru la kerja tak stress. Kita happy dengan usaha titik peluh kita. ?


-----------------------

Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazri dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.

Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Sun Jun 20 2021

Lockdown #Day19: Murid tidak putus asa walau kami jauh di pedalaman

Sat Jun 19 2021

Cikgu Muhammad Nazmi berkongsi kemenangan manis selepas filem pendek anjuran Majlis AIDS Malaysia, baru-baru ini.

Bukan mudah duduk di pedalaman, nak hantar video untuk pertandingan pun payah.

Terpaksa panjat bukit demi dapatkan akses internet.

Berbaloi!

Ini perkongsian Cikgu Muhammad Nazmi.

Apa saya nak beli ni?

Bajet RM3000.

Untuk 8 orang.

Lapan orang pelakon. Last year bila unit HEM bagitahu ada pertandingan video anti-dadah. Wah, teruja. Lapan orang pelajar offer diri nak ikut. Jom!

Kami ambil masa dua hari shooting. Sabtu dan Ahad. Minta izin orang kampung. Nak guna sawah mereka.

Rakaman kali ni berkisar mengenai dadah. Berdasarkan kisah benar. Macam mana sesetengah penduduk menyisihkan satu keluarga ini sebab terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Anaknya belajar di sekolah saya. Alhamdulillah.... anaknya tidak terima sebarang stigma dari pelajar lain.

Tapi parentsnya disisihkan. Disisih dari pelbagai aktiviti komuniti, bersawah, memburu, menangkap ikan dan lain-lain.

“Wah ada ayah Gibson la sedang bawa gali tanah. Jom shooting kat sana teacher, rakam ayah Gibson bawa jengkaut dan lori.”

Jom jom.
Hasil video sangat cantik. Video dihantar ke peringkat daerah.
Lepas seminggu dua. Di umum johan. Alhamdulillah.

Dapat sijil dan trofi. Di bagitahu kami akan menjadi wakil daerah ke peringkat Negeri.

Wah! Sebagai sekolah kecil di pedalaman, ini sudah jadi satu pencapaian yang sangat bagus.

“Ok mohon cikgu Nazmi submit video di link yang di berikan ya..”

Untuk wakil daerah!

Kami panjat bukit. Cari line internet. Nak submit video.

Alahai. Tak ada.

Masa suntuk dah ni. Call penganjur. Tak ada line.
Tak apa. Hujung minggu ni kita ke pekan terdekat. Cari line. Call organiser, harap dia masih boleh terima.

Selang dua tiga hari. Maaf kami tak boleh terima. Dah lewat.

“Tapi encik tempat kami tak ada line internet...”

Still di tolak.

Adui.

Hmmm..

Tak apa teacher. Bukan rezeki. Kita try lagi nanti.

Nak try lagi nanti macam mana, sebulan lagi korang akan tamat tahun 6 dari sekolah ni..

Ala tak apa teacher. Janji syok buat video sama teacher.

Senyum.

Korang puas, tcher pun puas.

Masuk June 2021. Tahu pasal Virtual Media Sensitization Workshop dan pertandingan short video nya, anjuran Majlis AIDS Malaysia dan U Equals U.

Hmmmmm.

Kalau di hantar video anti Dadah hari tu,, boleh kot...

ALHAMDULILLAH.
Tempat pertama.
Dapat RM3,000.

Nak beli apa ya?

Pelajar sudah tinggalkan SK Long Sukang, macam mana nak cari dorang ni..

Tak apa. Dorang tak tau lagi dorang menang.

Tunggu ya. ☺️



---------------------------------------



Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazri dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.


Kompilasi diari ini kelolaan wartawan kanan Astro AWANI, Fareez Azman.

Sat Jun 19 2021

Lockdown #Day18: 'Kenali diri, terokai minat sendiri' - pesan Cikgu Muhammad Nazmi

Fri Jun 18 2021

Cikgu Muhammad Nazmi hari ini dijemput berkongsi pandangan dalam satu webinar anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Matang di Kuching, Sarawak.

Dalam perkongsian itu, Cikgu Muhamamd Nazmi berkata, "hidup kita ini perlu teroka diri sendiri, apa yang membuatkan kita minat, itulah hobi kita..."

Perlu jujur dengan diri sendiri, tidak perlu malu!

Ini perkongsian Cikgu Muhammad Nazmi.

“8 tahun mengajar, ni kali pertama saya dengar nasihat to know yourself hobby & ineterest kita sendiri! Teroka diri sendiri supaya kita seronok mengajar!”

Salah satu komen berbunyi sedemikian. Saya senyum.

Hari ni di jemput membuat perkongsian webinar oleh SMK Sri Matang mengenai PAK21.

Tapi kali ni saya selit sekali pasal passion dan motivasi.

Saya kongsi, teroka diri, gunakan minat untuk bantu sekolah dan murid.

Terus komen tu masuk di ruangan komen webinar.

Memang betul cikgu.

Kalau saya, I can only give my best once I be myself.

Jujur dengan diri sendiri. Honest. Tak perlu malu dengan hobi, passion dan minat masing-masing selagi ia bukan benda maksiat atau dosa.

Embrace yourself. Guna kan ia untuk bantu pelajar dan murid.

Cikgu Iroet Marteni contohnya. Suka membuat filem pendek, kini beliau dan pelajar sudah menempah nama di arena antarabangsa.

Cikgu Donze contohnya, suka mural dan suka menyanyi. Sekolahnya kini antara yang tercantik di Asia dan beliau sendiri mewakili Malaysia ke Pertandingan nyanyian antarabangsa.

Minat saya kepada komik dan superhero pula menginspirasikan saya dengan kaedah pengajaran saya pula di kelas.

Jadi jangan malu. Embrace it.

Penyanyi rap 50 Cent bagi tau ‘once you be you, you offer no one else can offer.’

Kita semua original. Billion trillion juta manusia Allah cipta dan semua masing2 original.

Kenapa nak jadi orang lain?

Kenali diri. Teroka apa yang sediakan dalam diri kita. Jangan asyik nampak yg lemah saja. Tengok kekuatan. Guna untuk bantu.

Tak sempat nak jawab komen beliau, masa dah tamat.

Semoga perkongsian hari ni membantu. ☺️






-------------------------------------



Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazri dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.


Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Fri Jun 18 2021

Lockdown #Day17: 'Masih ada ibu bapa tidak endah modul PdPR'

Thu Jun 17 2021

Hari ini, Cikgu Muhammad Nazmi ada 'mood' untuk menceritakan perbualannya bersama salah seorang tenaga guru di sekolahnya.

Di kawasan pendalaman, lain cabarannya, tiada akses internet sekuat di bandar, malah dari sudut gajet juga kurang.

Namun semangat guru mencipta modul PdPR demi memastikan anak murid mendapat pendidikan di rumah, kadang kala ibarat bertepuk sebelah tangan.

Sedih! Sedih! Sedih!

Ini perkongsian terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi:

----------------------------------------------------

“Aih ada lagi yang tak ambil modul PDPR ni?”

“Tengok kat FB bukan main aktif, status whatsapp memanjang,... tapi modul study anak minggu ni di biar je.”

Kata kawan ketika beliau minta temankan periksa modul di sekolah beliau.

Guru-guru sekolahnya sediakan modul pembelajaran setiap Ahad, dan pagi Isnin dia orang letak dekat kaunter modul mereka.

Around 10, parents akan drive-through singgah ambil modul.

“Eh hari Khamis dah ini ... esok patutnya dah hantar. Kalau petang baru nak ambil, dapat ke tak siapkan semua subjek ini ...."

Aih ... keluh kawan.

Penyediaan modul adalah kaedah PDPR, menggantikan kaedah bersemuka. Bagi kawasan yang berkemampuan, mereka boleh saja terus menggunakan GMeet atau Zoom bagi kelas mereka.

Untuk kami kawasan luar bandar, kami menyediakan modul pembelajaran.

Tapi ramai tak tahu, kaedah ini mencabar.

Dalam setiap modul perlu di letakkan arahan (kepada pelajar dan ibu bapa), nota berkaitan dengan silibus, nota untuk penjelasan dari guru berkenaan dengan nota, dan latihan.

Kaedah ini memerlukan perancangan lebih rapi.

Nak pastikan pelajar faham nota, faham soalan, faham arahan dan lain-lain.

Bagi yang tak biasa, stress di buatnya.

Tapi bila tahu ada ibu bapa yang endah tak endah, sangat menyedihkan.

“Tak apa, San. Kita dah try. Tanya lagi beliau dalam group whatsapp tu. Atau tuliskan nama pelajar yang dah ambil  modul dalam group whatsapp tu, mesti dia segan kalau tengok nama anak dia yang tak ada.”

“Kalau dia berdegil juga, tak apa la... kita dah cuba..”

Allah je tau perasaan usaha tak di hargai.  Berjaga malam, menyemak, susun atur pembelajaran. Kelas pula banyak.

“Tapi next week jangan tak sediakan untuk dia pula."

“Hahaahahah.”

Kekecewaan dalam tawa ...



---------------------------




Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazri dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.

Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Thu Jun 17 2021

Lockdown #Day16: 'Kita buanglah persepsi negatif terhadap individu terpinggir'

Wed Jun 16 2021

Selepas Tiang-tiang, satu lagi hasil filem pendek Cikgu Muhammad Nazmi diterima masuk pertandingan.

Kali ini kisahnya lain, bagaimana stigma masyarakat terhadap golongan penagih dadah.

Momen gelap dilalui oleh bekas penagih dadah, video ini diharap dapat memberi kesedaran dan teladan agar peluang kedua diberikan kepada mereka.

Ini perkongsian terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi:




----------------------------------------------



Alhamdulillah satu lagi video terpilih untuk di pertandingkan. Tajuk video ‘Drugs Decriminalisation’, menceritakan bagaimana untuk menghilangkan stigma masyarakat terhadap bekas penagih dadah. Pertandingan ini merupakan anjuran Majlis AIDS Malaysia.

Hidup di kawasan pedalaman memerlukan setiap orang untuk bersama-sama dalam pelbagai perkara sama ada di sawah, hutan dan lain-lain.

Tapi stigma negative memulaukan sesetengah yang pernah lalui waktu hitam dalam hidup.

Drug decriminalisation membantu penyalahguna untuk keluar dari bayangan hidup lama, mencari treatment dan mula menjalani hidup baharu sebagai peluang kedua.

Tapi, hidup dalam komuniti kecil menjadikan perkara ini lagi sukar. Kesedaran ini adalah amat perlu di kawasan pedalaman sebegini.

Pertandingan akan tamat pada 12 malam ini.

Harapnya dengan menampilkan pelakon dari kanak-kanak komuniti sendiri dan kesedaran akan tiba jua. 




---------------------------------------




Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazri dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.

Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Wed Jun 16 2021

Lockdown #Day15: 'Cikgu, tanaman sawi saya menjadi!'

Tue Jun 15 2021

Cikgu Muhammad Nazmi berkongsi kisah seorang pelajarnya dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). 

Sawi tanamannya seperti diajar cikgu menjadi!

Sanggup jalan 30 minit dalam panas ke rumah Cikgu semata-mata nak bertanya mengenai sayur tanamannya.

Itu cerita dari Lawas, bukan seperti di bandar.

Ini perkongsian terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi:



---------------



“Besar sudah daun pegaga saya cikgu..”

Pegaga apa benda.. ? Tu sawi la.

On the way balik sekolah, jumpa Arman.

Bawa petak sayurnya.

“Cikgu Aton ada tak? Ada, Cikgu Aton tengah Google Meet tu. Jangan kacau.

Ala nak jumpa kejap je.

Eh eh. Sapa suruh keluar rumah ni? Bahaya ni.

“Keluar kejap je teacher, nak tanya soalan. Babu (ibu) takda reload nak WhatsApp.”

Terdiam.

Hmmm.. tunggu dekat security sana.

Tak ramai orang tahu pressure PDPR ni. Terutama golongan kampung macam mereka ni. Tapi mereka ada usaha. Nak belajar. Siap jalan kaki setengah jam ke sekolah nak tunjuk hasil sawi tanaman subjek RBT dorang.

Aku drive balik. Tengok Arman tercegat di luar pagar bawah panas. Nak tunggu siapa lagi untuk bantu tolong. Nak buat perubahan.

Mereka ini tak tunggu siapa nak tolong. Mereka ini bergerak terus.

Arman ni nanti akan jadi seorang petani berjaya. Baik hati. Berdedikasi. Dan disayangi ramai.

Amin.

P.S.: macam dah boleh minta je sawi tu.. ?




-------------------------------------------


Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazri dalam siri Diari Lockdown.

Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman

Tue Jun 15 2021

Lockdown #Day14: 'Murid-murid, 'Tiang-tiang' sudah selesai'

Mon Jun 14 2021

Berita gembira!

Akhirnya filem pendek Tiang-tiang selesai penggambaran dan akan bertanding dengan 70 peserta seluruh negara anjuran Kuman Pictures.

Ini perkongsian terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi:


------------------------

Hey guys I would like to share with you that our short film, entitled ‘Tiang-tiang’ by Kelab Filpen SK Luagan, is now accepted in a short film challenge by Kuman Pictures and will be competing with 70 others. Yass!

Watch it here!
https://youtu.be/bncMTVfruPE


It’s a short story inspired by real life event and was told by my students’ old relatives. ??????

It’s our first try, and it’s simple. Do watch it. We put our heart into it. ☺️ Do leave comments, likes and subscribe to my YouTube channel. ☺️☺️☺️☺️☺️☺️

Also credit to Cikgu Iroet Marteni sebab introduced Kuman Picture dekat saya. ☺️☺️☺️☺️☺️
Do enjoy it! ☺️





----------------------------


Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazri dalam siri Diari Lockdown.

Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman

Mon Jun 14 2021

Lockdown #Day13: 'Ujian orang betul lagi besar dari orang salah'

Sun Jun 13 2021

Kali ini, babak terakhir di rakam di rumah Nek Ati (bukan nama sebenar) mengenai kepercayaan dan amalan orang dahulu.

Ramai mungkin tidak faham, tetapi jelas Cikgu Muhammad Nazmi, golongan itu ada sebab mereka percaya amalan itu.

Ini perkongsian terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi: 



----------------------------



Last day shooting.

“Amalan ‘memberi makan’ sudah lama diamal. Dari nenek-nenek dahulu. Selalunya muara, tanjung atau tepian anak sungai dan pantai. Nak bagi makan balik mereka yang bagi kita rezeki tangkapan laut.

Ada yang sudah nampak. Tombak ketam sampai pagi buta, last-last jumpa.”

Kami angguk faham.

“Anak muda sekarang tak faham. Orang waktu kami pun ramai tak faham. ‘Hidang’ sebab ikut saja. “

“Mengarut ni," kata seorang murid.

Gamit bahunya. Senyum.

Di luar rumah Nek Ati saya explained. Memang nampak mengarut. Tapi, mereka ada sebab nak percaya. Kita boleh percaya benda tu wujud, tapi kita tak boleh mohon pertolongan atau bergantung dengannya. Haram. Apa lagi puja dan lain-lain.

Tapi tu bukan sebab untuk tidak hormat mereka.

Macam teacher cakap hari tu, ujian orang betul lagi besar dari ujian orang salah.

Kami salam Nek Ati, yang menjadi sumber utama dalam penghasilan video kami... Nek Ati bukan nama sebenar.

Ni mungkin lawatan kami ke rumahnya yang terakhir. Nak dapat surat kebenaran PKP untuk ke kampung Nek Ati serius susah. Tapi, akhirnya berbaloi.

Kami shoot scene-scene terakhir. Malam ini akan mula suntingan.

Kami tinggalkan lokasi terakhir.

Lepas sunting boleh rehat. Sedia nak pertandingkan esok. Doakan kemenangan. Amin. ?



----------------------------------






Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazri dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.

Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Sun Jun 13 2021

Lockdown #Day12: Barang2 ni kita nak guna buat darah

Sat Jun 12 2021
Lockdown #Day12: Barang2 ni kita nak guna buat darah

Lockdown Day12: 'Bezanya imaginasi kanak-kanak dahulu dan kini'

Sat Jun 12 2021

Hari ini seperti biasa buat Cikgu Muhammad Nazmi, jika semalam pengambaran filem pendeknya bermula.

Untuk menghasilkan karya yang terbaik, special effect menggunakan kordial sirap dari dapur rumahnya bagi menggantikan darah digunakan dalam beberapa babak.

Ini perkongsian terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi:

------------------

“Wafiy bawa sini plastik hitam tu.”

“Apa dalam ni tcher?”

Kordial sirap merah, sos cili, pewarna makanan dll.

“Nak buat special effect ye cgu?”

Aah. Anguk. Senyum.

Dulu time tcher kecik, selipar Jepun ni kami imaginekan sebagai senjata, full automate, dari angkasa lepas, berkemampuan musnahkan even kapal kelajuan tinggi.

Hanger pakaian pula kami imaginekan sebagai panah la biasanya. Tapi setiap shoot, boleh buka portal pintu ke dunia lain. Sapa kena, dia kena sedut masuk portal tu sesat sampai bila2.

Kusyen-kusyen pula bila disusun macam satu track pengembaraan. Setiap kusyen tu macam serpihan sampah angkasa lepas. Serpihan kapal-kapal. Kami kena lompat ke satu-satu keping sampah untuk survive perang galaxy.

Teacher bawa senjata automated tadi, kazen tcher pula bawa panah portal tadi. Kami lalui pengembaraan di sekitar kampung.

Rumah-rumah di sekitar pula ada space ship yang mendarat. Perang besar. Kami kena kerja sama. Ramai yang terkorban.

Dulu. Time tcher kecil. No phone no laptop. Berpeluh. Bergaduh dek imaginasi. Menangis sebab rakan terkorban dalam satu perang.

Bermusuh dengan kazen lain yang konon nya puak alien lain yang datang cuba takluk kawasan kami.

Then balik makan semeja macam tak ada apa. Hahaha.

Puas. Imaginasi kami develop sendiri.

Sekarang imaginasi di spoon feed dekat generasi sekarang. Tak perlu berpeluh main. Semua boleh tengok imaginasi orang2 luar yang di terjermah dalam bentuk movie, kartun dll 24 jam.

Sebab tu kami mampu berfikir lebih dalam. Membina imej dan buah fikiran sendiri.

Barang2 ni kita nak guna buat darah. Tcher mampu imagine sendiri pancutan darah, kepekatan darah, efek badan yang cedera, walau hanya dengan barang2 dapur ni.

Movie sekarang pun banyak CGI, tak macam special effect dulu. Tengok karya special effect Stan Winston, buat robot untuk Jurassic Park, buat effect The Predator dan banyak lagi.

“Waaaa.”

Hahaha. Tcher tak rasa kami pernah tengok cerita2 klasik tu.

Tak apa. Jom tcher ajar cara buat effek cedera dengan cantik, pekat, tahan lama.


-------------------

Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazri dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.

Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Lockdown #Day11: Hari ni kami mulakan shooting

Fri Jun 11 2021
Lockdown #Day11: Hari ni kami mulakan shooting

Lockdown #Day11: 'Cikgu Nazmi mula shooting cerita seram'

Fri Jun 11 2021

Cikgu Muhammad Nazmi kini sudah memulakan pengambaran filem pendek untuk pertandingan filem seram anjuran Kuman Picture.

Ceritanya mengenai amalan 'lama' yang masih kekal segelintir masyarakat.

Tidak mahu menyinggung perasaan, tetapi hakikatnya hanya untuk memperbetulkan persepsi bahawa masih ada ruang untuk masyarakat jauh dari perkara syirik.

Ini perkongsian terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi:

Hari ni kami mulakan shooting.

Lokasi cantik dah temui. Untuk scene hari ini, kami gunakan lokasi di sekolah sahaja.

Lokasi ada pilihan dan sepakat pelajar-pelajar Kelab Filpen SK Luagan.

“Kami nak cerita ni semua orang boleh relate, semua orang boleh faham teacher.”

Teacher dia faham.

Penggambaran kali ini dibuat berhati-hati bukan saja sebab rakaman dibuat ketika wabak pandemik melanda, tetapi juga kerana topik utama kami yang menyentuh sesuatu amalan yang sepatutnya dah lama mati, tapi kekal diamal oleh sekelompok masyarakat di kawasan ini.

Oleh itu, kami harus sensitif dan cuba tidak menyinggung perasaan.

“Kami nak orang boleh relate teacher, supaya dalam usaha kita cegah benda syirik, kita juga tak sakiti perasaan golongan tua di kampung kita.”

Betul.

Makin matang pelajar saya ini.

Ujian orang yang salah adalah usaha untuk membetulkan diri.

Manakala ujian bagi orang yang betul pula adalah ujub, riak, sombong, rasa pandai dan ego.



---------------------

Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazri dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.


Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Lockdown #Day10: Jangan limitkan hidup dengan result semata-mata

Thu Jun 10 2021
Lockdown #Day10: Jangan limitkan hidup dengan result semata-mata

Lockdown #Day10: 'Kejayaan seseorang bukan terletak pada keputusan peperiksaan sahaja’

Thu Jun 10 2021

Hari kesepuluh lockdown, Cikgu Muhammad Nazmi dapat kejutan dari kenalan lama ketika menjadi tukang cat dahulu.

Naratifnya kali ini, kejayaan seseorang itu bukan terletak pada keputusan peperiksaan semata mata.

Sebaliknya kalau diasah belakang parang pun boleh tajam!  

Ini perkongsian terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi:

------------------

“Cikgu, result SPM sudah keluar!”

Kata Mahamad.

Dia bukan murid saya, tapi pernah bekerja dengan Mahamad dulu. Cat bangunan.

Dia yang paling muda dalam projek kami time tu.

Ayah lari. Mak jual kuih. Tiga beradik. Dia paling tua.

Seawal tingkatan satu dah mula ikut kami cat bangunan.

“Waaa result ok tak?”

“Hehehe ok cikgu. Sekolah kami 100% lulus!”

“Terbaik!”

Hari ni saya sampai di lokasi penggambaran. Yang merupakan kampung halaman Mahamad. Selepas mengajar di Pedalaman, tak jumpa Mahamad lagi. Sampai sekarang.

“Bila makin dekat dengan SPM, saya tak kuat. Kena pula pandemik, makin saya tak kuat.”

“Saya ingat saya akan kecewakan mama, babu (makcik) dan tua (pakcik sulung).”

Senyum.

Kejayaan jangan letak pada result peperiksaan. Result tak bagus tak semestinya tiada kejayaan dalam hidup.

Belakang parang diasah pun tajam tau.

Mahamad senyum balik.

Result baik tu rezeki. Ketetapan Dia. Kalau dapat syukur. Tak dapat syukur. Jangan limitkan hidup dengan result semata-mata.

Lepas ni dapat sambung study mana-mana, ingat jangan pernah letak diri dalam glass box, melimitkan potensi diri.

Takut kita one day cepat bersalah sangka dengan Dia.

“Ok cikgu.”

“Dengar nak rakam cerita hantu dengan Wafiy dan Saiman?”

“Aah.”


-------------

Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazri dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.

Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Lockdown #Day9: Elakkan stigma

Wed Jun 09 2021
Lockdown #Day9: Elakkan stigma

Lockdown #Day9: 'Jangan hukum, santunilah bekas penagih dadah...'

Wed Jun 09 2021

Hari kesembilan lockdown, Cikgu Muhammad Nazmi berkongsi pengalaman menjadi salah seorang tetamu dalam Program virtual 'Media Sensitisation Workshop'.

Jelasnya, jangan menghukum bekas penagih dadah atau yang terlibat dalam lembah hitam itu.

Sebaliknya, santunilah mereka agar terus dapat berbakti kepada komuniti dan negara.

Ini perkongsian terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi: 



------------------

"Hari ini saya dipilih untuk menyertai Virtual Media Sensitization Workshop, dikendalikan oleh Majlis AIDS Malaysia. Yang terpilih terdiri dari media practitioners dan influencers dari Malaysia.

Dapat e-mel semalam. Saya join je cuba test try. Saya tengok macam saya seorang je cikgu kat sini. ?

Ada dari Murai. Malaysia, Utusan Sarawak, Pengasih dll. Macam aku je yang tak sesuai kat sini. ???

Orang dh pilih, so ikut je la. ☺️☺️☺️ Ilmu free.

Event bermula jam 10.00 pagi hingga jam 5 petang. Wah. Banyak betul benda di pelajari.

Dari hal HIV ke Hepatitis ke Drugs Decriminalisation. Banyak lagi.

Tapi satu benda yang terkesan kat hati aku. Tapi satu benda yang terkesan dalam hati; stigmatisation from drug users. Stigma ‘bila dah dadah, dah tak ada jalan kembali.’

Di pinggir, keluarga di caci, dan lain-lain.

Sebagai guru sekolah rendah benda ni aku boleh relate.

Tapi satu benda yang terkesan dalam hati; stigmatisation from drug users.

Stigma ‘bila dah dadah, dah tak ada jalan kembali.’

Di pinggir, keluarga dicaci dan lain-lain.

Sebagai guru sekolah rendah benda ni aku boleh relate.

Bapa belajar ambil substances dari ayah dia. Bila sang bapa dah bertaubat, kerja tak dapat cari, hutang keliling dek dadah dulu. Tak ada yang sudi bantu, anak perlu banyak benda untuk sekolah.

At the end, si bapa terpaksa kembali kepada dadah. Malah lebih teruk, jadi penjual dadah.

Taknak anak malu, si bapa tinggalkan keluarga. Kirim duit bulanan kepada isteri tercinta, anak tersayang. Bila mula di buru pihak berkuasa, si isteri tiap malam menangis berdoa.

Stigma dari masyarakat memburuk kan lagi keadaan. Di sinilah kami influencer memainkan peranan, untuk break the cycle.Terkejut bila  isu isu yang di sebut sangat saya boleh relate.

Isu dadah di Pedalaman tak ramai yang ambil peduli.Benda berlaku sendiri terhadap pelajar sndiri. Tengok struggle dorang. Perit. Di akhir sesi, kami di ajar term yang tak sepatutnya di gunakan oleh pengamal media & influencer bila sentuh tentang pengguna dadah.

Kita kena bersifat respectful.Sebab menghukum bukan tugas kita. Ya kita dalam usaha membenteras, tapi dengan cara salah, kita akan seperti tikus membaiki labu.

Berhemah dan berlemah lembut.

Ingat, manusia yang sangat baik pun seperti Musa a.s., bila Allah perintah nasihat manusia yang sangat jahat seperti Firaun, Allah pesan berlemah lembutlah. ☺️

This has been a very fun day? Peserta juga di beri peluang utk menang RM3,000 dengan menghasilkan video kesedaran.





-------------


Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazri dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.

Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Lockdown #Day8: Kongsi pengalaman

Tue Jun 08 2021
Lockdown #Day8: Kongsi pengalaman

Lockdown #Day8: 'Jangan komen, jangan terus judge'

Tue Jun 08 2021

Hari kelapan lockdown, Cikgu Muhammad Nazmi mengulas kelemahan golongan muda yang cepat menilai daripada menghadapi cabaran.

Berkongsi pandangan dalam satu wawancara anjuran badan bukan kerajaan (NGO) kebajikan, ini perspektif Cikgu Muhammad Nazmi berhubung isu yang sering membelenggu golongan muda.

Mengeluh, mengeluh dan mengeluh tanpa melihat peluang disebalik cabaran.

Ini perkongsian terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi.



---------



Hari ini saya dapat jemputan dari Sedulur Team, sebuah NGO kebajikan untuk membuat perkongsian mengenai kesukarelawanan di dalam menjalankan tugas mendidik.

Program berjalan seperti biasa, ada viewers, ada persoalan, dan saya memberikan pendapat jujur saya.

Di hujung sesi, moderator tanya, cikgu ada nak cakap apa-apa untuk golongan muda?

Time itu saya terdiam.

Golongan muda ni adalah satu fasa yang Allah bagi, yang mana peluang datang kat kita pada waktu tu lebih banyak dari fasa-fasa umur lain.

Time tu lebih rajin, lebih bertenaga, lebih berani bersuara, lebih berfikiran kritikal, lebih berani ambil risiko dan lebih bersungguh jika galas tanggungjawab.

Baginda SAW pun sangat sayang dekat golongan ni.

Cuba kelemahan golongan ini adalah cepat menilai.

Jika ada cabaran datang terus mengeluh. Belum hadap pun sudah mengeluh.

Notis meeting datang, mengeluh. Belum meeting lagi.

Pemberitahuan tugas baru sampai, mengeluh. Belum buat lagi.

Ada berita yg berpontensi perlu lebih kerja  sampai, mengeluh. Tak buat pun lagi.

Padahal Allah janji kita takkan di uji lebih dari mampu kita.  

Dah di janjikan kalau benda tu tak sesuai dengan kita, Allah takkan bagi dengan kita.

Kita terus yakin benda2 yg datang ni bakal menyusahkan kita. Tanpa kita peduli apa yang actually nak bagi kita seusai ujian tersebut.

Tanpa pernah nak try teka hikmah di balik ujian.

Rasanya dengan sifat cepat melatah ni, kita memang tak layak utk hidup di zaman para sahabat r.a.hum. ?

Jangan komen. Jangan terus judge. Terima dahulu. Niat nak belajar, niat nak teroka benda baharu.

Baru lah discover apa yg Allah actually prepare untuk kita. Baru lah discover hikmah sikit sikit.

Selepas perkongsian selesai. Saya refleksi balik apa yang saya cakapkan tadi.

Semoga saya sendiri dapat bertindak sedemkian bila ujian baharu datang.

Semoga saya sendiri mampu bersabar di kala ujian baru muncul. Semoga saya mampu nampak hikmah tersembunyi. Semoga saya jadi insan yang sentiasa mempunyai prasangka baik dengan Allah...

Amin...


Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazri dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI.

Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Lockdown #Day7: 'Orang tuduh saya cikgu 'kejar anugerah'

Mon Jun 07 2021

Hari ketujuh lockdown Cikgu Muhammad Nazmi banyak menghabiskan masa bermuhasabah diri. 

Sekali-sekala, ada bagusnya untuk seseorang itu sentiasa membuat pembetulan supaya dapat memperbaiki diri dan menjadi individu lebih baik.

Ini perkongsian terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi. Menarik dan sarat dengan pengalaman hidupnya sebagai seorang tenaga pengajar.




----------




Baru-baru ini heboh saya dikatakan beli anugerah satu peringkat global. Saya telah submit writeup saya ke satu program scam antarabangsa. ?

Saya keliru kejap. ? Ramai PM tanya, bagi nasihat. Saya nakkan kepastian, jadi saya siasat.

Program ni muncul dalam 2017 (atau sebelumnya lagi) dan setiap tahun dia buat 2 program. Last year, saya dan kawan terserempak dengan program ini, kami tak endahkan.

Tapi then kami nampak ada cikgu dari Malaysia menang satu anugerah dari program mereka, dapat trofi, sijil, di umumkan dalam one-day virtual event dorang.

Ingatkan program ni legit. Penulisan yang di terima akan terima emel seperti yang di viralkan tu. Ya saya pun terkejut. Kalau nak terus join, di minta bayar 165USD (dalam RM600 lebih).

Saya segera contact penganjur, di bagitahu 165USD tersebut adalah postage penghantaran ke Malaysia dan entry fee untuk duduk semua presentation & keynote speakers.

Kalau untuk kami yang budak-budak baru setahun jagung ni, kami rasa tu adalah fair price. Last year saya ikut satu event international virtual event dlm RM1k lebih, walaupun program tu pre-recorded.

Last 2019 lagi la satu program di KL yg di sponsor, fee program tu adalah RM2.5 k per person. Lagi la. Even nak membentang zaman IPG pun mahal. So saya ingat saya bak try.

So bila tahu mengenai perkara ini, ada yang nak sponsor, member yang pernah kerja di jabatan tinggi suruh buat surat utk tajaan. Saya TOLAK, sebab dari last year saya syak something wrong dengan benda ni, tapi bila nampak ada cikgu2 Malaysia dapat raih anugerah dari writes up mereka di program2 ni, terasa nak cuba test tengok.

Saya tolak sponsor & join dengan duit mainan saya. ?
Bila saya dah share out. Orang PM. Tu scam-lah.

Saya risau & keliru. Jadi saya buat kajian. Cari siapa lagi yang join. Rupanya banyak yang join. Banyak yang hantar submit penulisan, tapi tak semua dapat emel anugerah itu.

Saya cari lagi cikgu2 yang pernah join & menang anugerah anjuran organisation ni. Mereka yakin program tersebut legit. Pembentangan apa semua, even ada presenter yang mereka kenal, academicians dari pelbagai negara. Saya keliru.

At the same time saya terima banyak PM memberitahu kenapa orang yakin program tersebut tak legit dan tak certified.

Makin keliru. Even ada yang dari Indonesia pun yang pernah menang share foto dia dengan trofi. Ada lagi PM cakap MO program ni lain. Dia bukannya scam yang dapat duit terus lesap hilang. Dorang still carry on program and all, guna true academicians dan macam2 lagi. Time tu semangat membuak nak siasat. ?

Tapi time ini saya rasa down habis.

Kat timeline dibanjiri dengan sindiran sinikal. “Eh beli award ke tu?” “Kaki award!” “Muka xdak orang kenal tiber menang award!” “Click dan MENANG!!”

“Takda akal.” “Bukan mcm cikgu tu kaki kejar anugerah.”

Time tu down .... Ya Allah. ?

Cikgu2 lain yang join mula mendiamkan diri. Sedar mereka jadi mangsa, akan diperli habisan.

Perli tu dah start masuk ke status whatsapp. Kat twitter dll. Beberapa perkongsian saya buat pun tak di approved oleh admin beberapa group sampai sekarang.

Hmm.. ?

Bagitau kat mak, mak kata tak apa la, bukan rezeki. Sebagai seorang budak, kita just nak tengok mak kita senyum.

Takpa, kita belajar dari salah kata mak lagi. ?☺️ (Then mak sambung tengok drama di slot MegaDrama Astro Ria, Rindu Kamu Separuh Nyawa.???)

Saya emel organiser. Saya tarik diri.

Dalam masa yang sama, seorang cikgu yang dah bayar ni, dia join je virtual event tersebut. dia jenis keras kepala. Dan sendiri kat Malaysia hampir setiap tahun ada menang inovasi, dan beberapa anugerah terkemuka di Malaysia. Dia duduk semua presentation.

Dari awal sampai habis. Then dia cerita dekat saya pasal event tersebut. It’s event2 symposium yang kita selalu join. Fokus utama event adalah pembentangan2 academician jemputan. Dan dia akui belajar banyak benda dengan peserta2 dari negara2 lain.☺️

So tujuan saya buat posting ini bukanlah nak expose apa-apa. Saya tak berani declare benda ni legit atau tak. Tak berani cakap benda ni scam atau tak.

Yang tu terpulang kepada masing2. Pandai2 lah menilai. Kita ada intergritikan. Isu anugerah macam isu APC juga. Ada peserta yang join tu kalau saya sebut nama memang terkenal dengan sumbangan dia kepada pendidikan di Malaysia, dan ada juga yang kita tak pernah dengar pun.

Tujuan post ni bukan nak nafi kan semua penat lelah cikgu2 tu. tapi adalah utk lebih berhati2. Pihak atasan kena lebih peka apa yang di join oleh guru2 kita. Kaji legitimacy dia.

And some of these cikgu buat banyak benda, tapi sebarang penghargaan peringkat sekolah pun tak dapat. Sampai tercari2 di luar sana. Tak yah explain panjang pasal ni. Semua faham pasal rewards & punishment kat anak murid kan? Yang mana satu buat pelajar lagi nak bagi & buat yang terbaik di dalam kelas. Sudah tentu penghargaan dan rewards. ?

Tujuan saya kongsi mengenai isu ini adalah nak explain betapa terasanya di hati ini, di hati guru2 yang ‘tersalah langkah’ ni. ?

Perli pedas macam dorang ni tak ada perasaan. Judge smpai dapat rasa. Tak kisah siapa betul siapa salah, kalau tersesat, cuba try pimpin dia bagitau elok2. Tak perlu attack depan semua orang. PM dia. Kita kan kawan.
Hari ni saya jatuh, kawan tolong angkat. Esok kawan jatuh, saya angkat kan. ☺️

Sebab kita tak akan setiap hari dapat berjalan elok.

Yang saya tak boleh terima cgu2 ni di label gila award. ??? “Bukan macam kau Nazmi terkejar-kejar pengiktirafan.”
??????????????

Bro. Semua pengiktirafan yang saya dapat adalah pencalonan orang. Saya tak pernah sekali pun calon kan diri sendiri. Atau push projek2 idea utk dapat emas gangsa atau apa2. Yang nominate saya makcik2 dari pedalaman sana, cgu2 yang saya tak pernah jumpa di dunia sebenar dll. Even saya dpt tau Miss Ash pernah try nominate saya utk award mcdonald tu, saya tak pernah jumpa dia pun seumur hidup. Kempen PAK21 tu pun ada lecturer ipg yang suruh saya join sbab kawdah danger room sangat popular di kalangan guru pelatih IPG time tu.

Saya tak pernah push inovasi2 saya ke mana2 pertandingan tinggi2. Bila dapat idea kad game trap the word, benda first saya buat bukan Pertandingkan inovasi ni, tapi saya straight ke luar sana cari studio mana nak tolong mass produced benda ni supaya ramai pelajar dapat experience idea kad game ni. Saya deal dgn producer utk buat harga bajet utk mana2 pihak nak membeli & menderma utk pelajar/ sekolah2 yang tak mampu and Alhamdulillah first year game ni dapat sambutan yang baik dari rakyat Malaysia.

Inovasi mesin pembenihan KATO yang kami developed utk bantu petani buat pembenihan padi, kami serah je terus kpda orang kampung. Utk kegunaan mereka. So pelajar boleh ke sekolah tak perlu terlibat sangat di sawah kalau waktu sekolah.

Danger Room pula saya share setiap minggu secara free di FB dan di page saya, dalam talk percuma saya, kalau event bersemuka saya sendiri buat simulasi bagi cgu2 ni rasa. Busy macam mana pun saya try tak tolak. Bayangkan travel dari pedalaman fly ke KL semata-mata nak sampaikan hajat pelajar kat sana nak try Danger Room dengan saya.

?????
Maaf. Terasa. kat. hati.

Isu anugerah je pun. Pada saya kalau dapat, dapatlah. Kalau tak dapat, kalau scam, then tak apalah. Anugerah je pun. Benda rezeki. Allah dah tetapkan.

Tak perlulah sampai hitamkan hati. Kan. Kan. Hehe. ???☺️

Kalau salah, PM dia nasihat. Tak perlu malukan. Atau sindir sinikal. Tak baik.

Saya harap kita setel isu ni. Saya minta maaf. Jangan risau saya tak ambil anugerah tu. Tapi saya juga tak kata benda tu scam atau apa2. Saya taknak mention pun nama program. Sendiri cari.

Post malam ni just nak explain macam mana hati saya terguris dengan reaksi sesetengah orang, sesetengah sahabat saya yang saya sanjung dari zaman IPG lagi. Saya minta maaf kalau ada yang tertipu. Saya tak berniat nak tipu. Memang tak ada. ? And takda sebab pun. Dalam dua ke tiga hari siasatan saya pun saya hampir ada heated argument dengan seorang guru dari Sarawak juga.

Saya juga minta maaf. Ada kesilapan dari cara saya. Beliau guru berdedikasi dan berintigeriti korang memang kenal punya. Antara yang saya pandang tinggi juga. Sekarang dah ok.

Dan terima kasih cgu2 yang pm personal saya mula2 dulu. Terima kasih. ☺️
Saya terjatuh. Maaf saya cuai. ?????

Terima kasih sebab sudi hulur tangan. Pandailah Allah balas tu nanti di saat yang kita tak expect. 

Saya minta maaf sekali. Ramadan yang baru lalu. Seorang cikgu ni bukan main perli kat Whatsapp status. Mungkin dia tak aware saya ikut juga summit tu. Dia ni memang GB dia bagtau kami memang sangat problematic dan demotivated. Semua tugas tolak. ????

Tu saja dari saya ya. Maaf sekali lagi. Baru genap 4 tahun jadi guru. Saya belajar-belajar. ☺️☺️☺️ yang ada berniat perli saya, tak apa lah kot, mungkin dulu saya pernah perli orang juga. Kita setel sini 0-0. Takut smpai mahsyar tak setel. ☺️☺️☺️☺️☺️ hehe. Naya tu.

Ok ya. Told my wife

Me:  anugerah yang world tu saya x dapat lah sebab dikatakan tipu.”

Wife: tak apalah, its ok. Tiada rezeki. 

Mak pula masih tengok Rindu Awak Separuh Nyawa
...


-----------


Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazri dalam siri Diari Lockdown kelolaan Astro AWANI. 


Kompilasi diari ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Lockdown #Day6: Rindu murid-murid...

Sun Jun 06 2021
Lockdown #Day6: Rindu murid-murid...

Lockdown #Day6: 'Kita tak kata kaedah PdPR ini tidak efektif langsung' - Cikgu Nazmi

Sun Jun 06 2021

Saban hari, bukan sahaja sewaktu lockdown Cikgu Nazmi rajin menitipkan nasihat berguna buat murid-murid, cikgu-cikgu dan tenaga pendidik yang mengenalinya. 


Kebiasaannya, Cikgu Nazmi akan menulis di Facebook peribadinya. 

Titipan terbaharunya cukup mencuit hati, namun mesej yang cuba disampaikan Cikgu Nazmi begitu mendalam dan tersendiri. 



----------------

Ni suasana sebelum pandemik. ☺️

Rasanya semua setuju kita lebih bermotivasi mengajar depan mereka ini.

Penat lelah kita terbalas dengan melihat celoteh dorang ni.

Nampak dorang maju langkah demi langkah depan mata kita sendiri.

Kita TAK kata kaedah-kaedah ketika PdPR ni tak efektif langsung.

Kita TAK kata pembikinan modul apa semua ni tidak berfungsi langsung. Mungkin pelajar guru-guru dan ibu bapa perlu lebih masa nak adaptasi dengan keadaan.

TAPI kita setuju PdPc kita lebih efektif dengan pembelajaran secara berdepan, di dalam kelas. Pentaksiran lebih smooth di jalankan. Observation lebih menyeluruh and all.

Tapi apapun kita di waktu kritikal sekarang. Dan apa yang di cadang oleh pihak KPM kita adalah yang terbaik untuk waktu ini.

Ye la macam mana kita nak dapat moment lagi kalau semua orang sakit. Cikgu sakit. Guru sakit.

Oleh itu tugas warga pendidik juga utk mengawal penyebaran virus ini. Agar kita boleh kembali ke norma biasa. Agar
kita boleh kembali mengajar dengan full potential kita. Agar kita boleh kembali memimpin dan membantu pelajar kita to the fullest. ☺️

Rindu nak menyakatkan. ☺️

Jadi stay safe
. Stay at home. Kita jaga kita.

And also ... abaikan la komen orang “gaji cikgu tu potong bagi kat parents” la apa la. Tak yah argue dengan orang yang tak faham. Takpe. Syurga kita bukan perlu kelulusan dorang. Jangan risau. Fokus bantu pelajar kita. ☺️


-------




Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi dalam Diari Lockdown.

Kompilasi diari Cikgu Muhammad Nazmi ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.


#Lockdown Day5: Hari ini, Cikgu Muhammad Nazmi buat 'pengakuan' terbuka...

Sat Jun 05 2021
#Lockdown Day5: Hari ini, Cikgu Muhammad Nazmi buat 'pengakuan' terbuka...

Lockdown #Day5: 'Kalau bukan cikgu, saya dah jadi tukang cat'

Sat Jun 05 2021

Pengalaman setiap insan berbeza terutama dalam mengejar cita-cita..

Buat Cikgu Nazmi, pengalaman pernah menjadi tukang cat di Lawas selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikongsinya.

Baru-baru ini, kat KGM ada orang tanya kalau bukan guru, kita jadi apa.

Ramai jawab dengan profesion yang power; artis, influencer, doktor dan lain-lain, dahsyat.

Saya jawab saya patutnya jadi Batman (seloroh) je, sebab kalau bukan guru saya kerja saya biasa saja.

Jadi malam ni nak share, kalau tak sampai jadi guru dulu, saya kerja apa.

Saya tukang cat!

Time student mana banyak duit, tapi usaha juga sampai overtime.

Alhamdulillah saya stop sepenuhnya bila jadi guru. Tapi pengajaran yang saya dapat sepanjang jadi tukang cat saya abadikan dalam kelas dan bilik darjah.

Kita boleh jadi apa sahaja.

Kenangan kena ludah sebab nampak macam pendatang dan kena hon kereta sebab duduk sebahu jalan dengan penagih buat saya berfikir.

Before you assume, learn facts
Before you judge, understand why
Before you hurt someone, try to feel
Before you speak, think.
A rich heart might be under a poor coat.


Ingat, semua orang layak dapat kunci syurga. Mungkin syurga mereka jauh tinggi dari kita.

That’s all yang saya nak kongsi malam ni. ☺

Teacher Nazmi,
Bekas tukang cat




-----


Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi dalam Diari Lockdown.

Kompilasi diari Cikgu Muhammad Nazmi ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Lockdown #Day4: 'Pengorbanan insan bergelar guru tidak hanya di meja guru'

Fri Jun 04 2021

Individu seperti Cikgu Mohd Fadli Salleh  ini yang harus diangkat.

Ketika saya masih mengemudi majalah agama dahulu, insan sepertinya yang akan kami cari dan ketengahkan sebagai ikon masyarakat, juga contoh teladan buat yang lain.

Umum perlu tahu, pengorbanan insan bergelar guru ini tidak hanya di meja guru mahupun kelas, tetapi juga di luar sekolah.

Usahanya melangkaui firkiran dan kemampuan, sanggup berhujan berpanas demi kepentingan orang lain.
Terima kasih Cikgu Fadli, Cikgu Pe Chey, Cikgu Mohd Hairi Nonchi, Cikgu Mohamad Sahaimi SK Simpai Mie Ubai , Ustaz Fikri Alamghiri, Cikgu Muhammad Nazmi dan ramai lagi ...

Mereka inilah ikon pendidik berjiwa masyarakat ...

---------

Kompilasi diari Cikgu Muhammad Nazmi ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Ini entri terbaharu Cikgu Muhammad Nazmi dalam Diari Lockdown.

Lockdown #Day3: 'Jujur guru tidak pernah minta balasan ...'

Fri Jun 04 2021

Hari kedua total lockdown Cikgu Muhammad Nazmi memuat naik hantaran baharu yang mampu buat anda tersentuh: 

Baca entri di FB Cikgu Muhammad Nazmi... 

"Jujur guru tak pernah nak minta balasan. Saya sendiri pun rasa yang sama.

Time pindah sibuk nak urus barang dan dokumen-dokumen nak serah tugas.

Sibuk nak pastikan tugas-tugas kita ada yang ambil alih. Nak pastikan tanggungjawab kita ada yang penyambungnya.

Nak make sure foundation yang kita dah buat di sekolah tu di sambung terus walau kita dah tiada.

Nak pastikan usaha kita di sana tak di sia-sia.

Bila hati lega, baru langkah keluar. Hati sebak tapi senyum, nak lupakan yang lama, mulakan tanggungjawab baru.

Kami di pedalaman bukanlah kawasan yang berkemampuan nak buat majlis perpisahan atau apa-apa, seperti kawan-kawan di kawasan bandar yang perpindahan mereka di rai, di buat majlis dan sebagainya.

Kami tak pernah minta pun. Cukup bagi kami tahu yang tanggungjawab kami di sana ada penyambungnya. Cukup rasa dihargai sudah kami begitu.

Namun, bila tahu ibu bapa yang sedih diri pergi tanpa ada yang mampu membuat sesuatu penghargaan kepada saya, diri sendiri rasa sebak. ?

Saya tak minta. Tak pernah minta sepanjang  tahun menjadi guru.

Cukup iringan doa, tak kira agama kita. 

Saya doakan yang di sana turut berbahagia dengan suasana & perubahan baharu. Dan terus berjaya, tak kira siapa mengajar di kelas. Terus maju.

Satu juga yang teacher nak pesan, dear anak-anak pedalaman Sarawak.

Biar Allah lahirkan kita berbeza. Tapi jangan biar orang lihat kekurangan  kita. Lihatkan keistimewaan kita. Tunjuk kita pun mampu. Tunjuk kita pun boleh jadi lain dari yang lain. Macam X-Men.

Baru kita sedar Allah cipta kita sama saja sebenarnya. Baru kita sedar kita sebenarnya di terima di mana saja.

I told you the sky isn’t the limit, because I saw footprints on the moon..."
 

Sincerely;
Real life Prof. X
Xavier School of Gifted Youngsters


-------------


Kompilasi diari Cikgu Muhammad Nazmi ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Ini entri hari kedua Cikgu Muhammad Nazmi dalam Diari Lockdown.

Lockdown #Day2: SK Luagan dapat tempat ketiga!

Wed Jun 02 2021

Tempoh total lockdown kali ini jatuh pada cuti persekolahan pertengahan tahun.

Realitinya, guru-guru bukan dapat 'goyang kaki' di rumah.

Buat Cikgu Muhammad Nazmi, 28, seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Luagan, Lawas cuti sekolah kali ini dimanfaatkan dengan memberi penghargaan pada murid-muridnya.

Hari pertama lockdown Cikgu Muhammad Nazmi memuat naik satu pautan yang mencuit hati. 

"Siapa yang ketawakan team kami semasa pertandingan inovasi menggunakan straw untuk membuat tikar tandas tempoh hari?" 

SK Luagan dapat tempat ketiga ...!

Menurut Cikgu Muhammad Nazmi, idea itu adalah untuk berinovasi bagi menyelesaikan masalah.

"Masalah dapat di atasi secara efektif. Itu yang penting walaupun hanya guna sampah-sarap dan lain-lain. Terima kasih LearninPal atas pertandingan yang hebat ini. Tahniah kepada pemenang lain, kata Cikgu Muhammad Nazmi. 

"Tahniah kepada Arman, Arsyaq, Wafiy dan Sainan mewakili Daerah Lawas! Terbaik! Nanti teacher belanja reload...", tambahnya. 

Apa agaknya aktiviti Cikgu Muhammad Nazmi esok?

-----------------

Kompilasi diari Cikgu Muhammad Nazmi ini kelolaan wartawan Astro AWANI, Fareez Azman.

Ini entri hari pertama Cikgu Muhammad Nazmi dalam Diari Lockdown

#Diari Lockdown#Aspirasi PdPR#Stephen Isaac#cikgu sekolah#Sekolah Kebangsaan Luagan#Lawas#cuti persekolahan
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.