Jabatan Peguam Negara masih belum menerima kertas siasatan daripada pihak berkuasa berhubung kenyataan beberapa organisasi yang menerima dana daripada hartawan George Soros.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata perkara itu masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa dan beliau masih belum menerima atau pun melihat kertas siasatan itu.
"Lepas siasatan baru saya buat keputusan (untuk mendakwa atau sebaliknya)," katanya kepada pemberita ketika ditanya sama ada Jabatan itu sudah menerima kertas siasatan berhubung perkara itu.
Beliau berkata demikian selepas pelancaran buku sulungnya bertajuk "Fiat Justitia" atau bermaksud "Let Justice Be Done", yang disempurnakan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria di sini hari ini.
Semalam, Majlis Peguam mengakui bahawa ia menerima sejumlah RM$53,757.12 (US$15,000) daripada Open Society Foundation (OSF) sebagai geran untuk menjalankan kajian penyelidikan mengenai pekerja migran di Malaysia.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Migran, Pelarian dan Imigresen, majlis berkenaan, Datuk Seri M. Ramachelvan mendedahkan bahawa pembiayaan itu diterima daripada OSF pada 7 Jan, 2015.
Baru-baru ini, DC Leak mendakwa OSF yang dimiliki Soros menyalurkan dana kepada pertubuhan awam tempatan termasuk Bersih, C4 Malaysia, Pusat Kesedaran Komuniti (Empower), Penang Institute, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Jawatankuasa Pilihan Raya Bebas (Comfrel).
Buku Mohamed Apandi itu mengandungi himpunan lebih 70 penghakiman Mohamed Apandi dalam tempoh 12 tahun beliau menduduki kerusi hakim di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Ketika ditanya mengenai buku itu, Mohamed Apandi berkata ia juga merakamkan dengan jelas kehidupan awal beliau sebagai kanak-kanak di Tumpat, Kelantan dan semasa bertugas dalam perkhidmatan undang-undang dan kehakiman dan karier yang penuh warna warni sebagai peguam bela dan peguam cara.
Mohamed Apandi juga berharap buku 796 halaman berharga RM220 itu akan berada di pasaran Isnin depan yang akan memberi manfaat kepada para hakim, peguam dan pelajar.
Antara penghakiman beliau yang berprofil tinggi yang dihimpunkan di dalam buku itu itu adalah kes Nik Noorhafizi Nik Ibrahim menentang pendakwa raya berhubung hak rakyat kepada perhimpunan aman dan Menteri Dalam Negeri menentang Ketua Paderi Gereja Roman Katolik Kuala Lumpur.
Sebelum itu, dalam ucapannya Arifin berkata tidak dapat dielakkan kadang-kadang suara dan personaliti seseorang hakim terpamer melalui penghakiman mereka.
"Bagaimanapun, satu perkara saya mesti katakan bahawa menulis sesuatu penghakiman adalah satu kerja yang perlu dilakukan dengan cermat dan teliti, ia menuntut banyak usaha, dedikasi dan pengorbanan," katanya.
Arifin berkata ia sering tidak dihargai oleh orang awam namun sebagai hakim mereka mesti berbangga dengan penghakiman yang ditulis mereka dan dalam hubungan ini, Mohamed Apandi juga tidak terkecuali. -- Bernama
Bernama
Fri Nov 04 2016

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata perkara itu masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa. - Gambar fail

Ambulans bawa pesakit terbabas, langgar pokok di Marang
Seorang pesakit dan petugas perubatan berdepan detik cemas apabila ambulans dinaiki mereka terbabas di Marang, tengah malam tadi.

7 cedera dalam serangan dron Rusia ke atas Kyiv
Serangan dron Rusia cederakan tujuh di Kyiv, bangunan terbakar, ketegangan perang terus memuncak meskipun ada usaha ke arah gencatan senjata.

Ribuan rakyat Israel bantah keputusan kerajaan
Para penunjuk perasaan mengibarkan bendera Israel sambil mendesak kerajaan mencapai perjanjian bagi membebaskan baki tebusan.

Dekri Putin desak warga Ukraine dapatkan pasport Rusia
Putin desak warga Ukraine di Rusia dan di wilayah yang diduduki di negara asal mereka untuk mengambil kerakyatan Rusia atau berpindah ke tempat lain.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 Mac 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Perkembangan banjir dalam negara
- Kenakan hukuman lebih berat terhadap pemandu cuai, melulu
- Polis buka kertas siasatan pelajar aksi tidak senonoh dalam perpustakaan universiti
- Perkembangan banjir dalam negara
- Kenakan hukuman lebih berat terhadap pemandu cuai, melulu
- Polis buka kertas siasatan pelajar aksi tidak senonoh dalam perpustakaan universiti

Menteri Kanak-Kanak Iceland letak jawatan selepas mengaku jalin hubungan dengan remaja ketika berusia 22 tahun
Asthildur Loa Thorsdottir buat keputusan letak jawatan sebagai menteri selepas kisah hubungan sulitnya sehingga melahirkan seorang anak didedahkan.

Pemimpin tertinggi Hamas terbunuh di Gaza Selatan
Serangan udara Israel bunuh Salah al-Bardaweel di Gaza Selatan, cetus gesaan gencatan senjata antarabangsa dan ketegangan yang semakin memuncak.

Dua beradik nekad mahu jual buah pinggang demi bebaskan ibu
Ibu mereka, Syafrida Yani kini ditahan di Polres Tangerang Selatan (Tangsel), Indonesia.

Israel lancar serangan ke atas Lubnan
Ia sekali gus menggugat gencatan senjata rapuh yang mengakhiri konflik selama setahun dengan Hezbollah.

343 ditahan, bantah penahanan Datuk Bandar Istanbul
Penahanan dilakukan bagi mengelakkan gangguan terhadap ketenteraman awam.

Pengurusan kes saman fitnah Maria terhadap Jamal 17 Feb
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 17 Feb untuk pengurusan kes saman fitnah Maria Chin Abdullah terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Mahkamah saran kes saman Maria Chin terhadap Jamal diselesai secara baik
Mahkamah Tinggi mencadangkan supaya kes saman fitnah difailkan Maria Chin Abdullah terhadap Jamal Md Yunus atas dakwaan mengaitkan Bersih 2.0 dengan kumpulan pengganas Daish diselesaikan secara baik.

Mahkamah Tinggi batal permohonan habeas corpus Maria Chin
Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan permohonan habeas corpus difailkan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.

Maria Chin: Biar polis siasat - Azalina
Semua pihak perlu menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan secara profesional terhadap Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah yang ditahan Jumaat lepas.

Penahanan Maria Chin di bawah SOSMA untuk bantu siasatan polis - Nur Jazlan
Penahanan Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012 bertujuan membantu siasatan polis.

Maria Chin fail habeas corpus pohon dibebas serta merta daripada tahanan
Maria Chin Abdullah yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan(Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), memfailkan permohonan habeas corpus.

Belajar bagaimana berhimpun secara aman - Maria Chin
Maria Chin 'menjemput' Gerakan Baju Merah bersama ketuanya, Datuk Seri Jamal Md Yunos untuk belajar bagaimana sertai himpunan aman.

Perhimpunan Bersih 5 tidak boleh diteruskan kerana tiada notis lokasi baharu
Perhimpunan Bersih 5 tidak boleh diteruskan di luar Dataran Merdeka susulan syarat Akta Perhimpunan Aman 2012 gagal dipatuhi penganjur.

Terima dana Soros: Jabatan Peguam Negara belum terima kertas siasatan
Jabatan Peguam Negara masih belum menerima kertas siasatan daripada pihak berkuasa berhubung kenyataan beberapa organisasi yang menerima dana daripada hartawan George Soros.

Pembabitan Soros: 'Keterangan hanya akan diberi di mahkamah' - Maria Chin
Pengerusinya, Maria Chin Abdullah berkata, sebarang butiran hanya akan dijawab jika dipanggil di mahkamah kelak.