Berbaki kurang tiga hari sebelum Bersih 5.0, ibu pejabat penganjur siri perhimpunan terbesar di Malaysia itu ibarat tongkang pecah.
Berguni-guni baju berwarna kuning, beberapa set alat pembesar suara, jaket keselamatan termasuk timbunan barangan cenderamata Bersih 5 memenuhi ruang pejabat itu.
Telefon tidak henti berdering, dan penulis sempat menangkap dengar jawab balas seorang telefonis yang dedikasi pada tugasnya di situ: "Saya beri nombor telefon stokis kami di sana", "Kalau mahu beli T-shirt dan barangan Bersih 5, kami buka daripada pukul 11 pagi hingga 5 petang", "Masih banyak lagi baju" dan pelbagai lagi.
Suasana itu sahaja memberi andaian kepada sesiapapun, bahawa ramai lagi yang mahu memastikan mereka dapat menyarungkan 'uniform' kuning masing-masing sempena 19 November ini.
Selepas hampir 20 minit krew Astro AWANI menyaksikan situasi sibuk di ruang menunggu, akhirnya muncul sosok yang dinanti-nanti iaitu Maria Chin Abdullah.
Berbaju putih bergaya sederhana, beliau melangkah keluar dari bilik mesyuarat. Sejurus melihat kami, Maria menitip pesan: "Sekejap ya, saya tukar baju Bersih sekejap ya".
Seketika kemudian, temu bual pun bermula. Maria antara lain 'menjemput' Gerakan Baju Merah bersama ketuanya, Datuk Seri Jamal Md Yunos untuk hadir sama di tengah kota raya Kuala Lumpur 19 November depan.
Katanya: "Belajar bagaimana untuk berhimpun secara aman."
Ikuti temu bual ekslusif Astro AWANI bersama Maria Chin Abdullah.
__________________________________________________________________________________
AWANI: Adakah anda memberi jaminan tidak akan berlaku kekecohan sebab 'Baju Merah' juga akan turut serta?
Maria: Pertama, kalau perhimpunan Baju merah akan turun, saya harap polis akan aturkan. Polis perlu atur dan uruskan. Kedua, kami rasa daripada peserta-peserta Bersih, kita telah tunjuk yang kita boleh berhimpun secara aman dan kali ini tidak ada beza.
Kita akan ambil apa jua nasihat daripada polis, saya rasa tidak akan berlaku sebarang kekecohan. Kalau Baju Merah atau peserta daripada Bersih mengikut undang-undang saya rasa tidak ada masalah.
Walaupun mereka adalah counter-rally, dalam Akta Perhimpunan Aman, polis boleh cadangkan perhimpunan mereka pada hari dan tempat yang lain. Kalau mereka datang, saya harap mereka boleh berhimpun secara aman dan jangan kacau perhimpunan Bersih.
AWANI: Adakah anda bersedia akan kemungkinan dikenakan tindakan?
Maria: Kalau kita melanggar undang-undang, ya, memang kita sedia. Tetapi pada masa kini saya rasa kita tidak bersalah. Kalau IGP (Ketua Polis Negara) kata kita tidak ada bagi notis, kita ada bagi. Bila kita kata kawasan berdekatan Dataran Merdeka, kita pun ada hantar. Dalam tempoh sebelum 10 hari kita telah hantar ke (IPD) Dang Wangi dan Brickfields, mereka telah jawab. Saya rasa kita tidak melanggar apa-apa undang-undang pada ketika ini.
AWANI: Adakah anda terbuka untuk menerima Baju Merah turun bersama Bersih?
Maria: Saya rasa itu adalah hak mereka. Kita tidak boleh kata mereka tidak boleh berhimpun. Mereka boleh berhimpun. Tapi di Malaysia kita boleh berhimpun secara aman. Maknanya jangan pukul, buang botol, rosakkan kereta, jangan bawa senjata dan sebagainya.
Dari pihak Bersih kita telah janji, dan kita telah buktikan. Saya harap Baju Merah ikut undang-undang. Sejak kita bermula 1 Oktober hingga kini, Baju Merah telah guna kekerasan. Saya rasa pada masa 19 November, masa untuk hentikan semua keganasan itu. Belajar bagaimana untuk berhimpun secara aman.
AWANI: Apakah nasihat anda kepada Datuk Seri Jamal Md Yunos dan kumpulannya?
Maria: Mesej kepada Jamal Yunos ialah walaupun dia akan turun bersama berhimpun tapi buatlah secara aman. Jangan secara gengster. Apa yang penting ialah, budak-budak yang dia bawa dapat kesedaran bahawa kita boleh berhimpun secara aman.
Tidak perlu taktik yang ganas kerana 19 November adalah satu hari (untuk) rakyat Malaysia. Jamal Yunos pun rakyat Malaysia. Boleh bersuara apa yang kita hendak untuk negara ini. Saya rasa untuk peserta Bersih, mereka hanya hendak suarakan hasrat mereka kerana ini negara yang kita cintai. Sama-sama kita boleh bantu memajukan negara ini.
AWANI: Bersih nampaknya susah untuk mencapai matlamat. Apa akan jadi selepas Bersih 5?
Maria: Saya rasa kita ada perubahan. Apa yang penting ialah kita sudah tingkatkan kesedaran bahawa peranan seorang rakyat bukan hanya mengundi lima tahun sekali tapi lebih luas. Misalnya, pada 2007 kita berhimpun dan 2008 ada perubahan kita berjaya menafikan majoriti dua per tiga Barisan Nasional.
Kedua, bila kita berhimpun pada 2010 dan 2011, kita ada jawatankuasa Parlimen dalam mentransformasi Parlimen. Termasuk penggunaan dakwat kekal pada PRU 2013.
AWANI: Polis telah larang, tapi anda tidak takut?
Maria: Saya faham itu, tapi dalam Perlembagaan Malaysia, kita hanya mengikut Artikel 10, hak untuk berhimpun. Kita akan (teruskan) dengan perhimpunan kami dan apa yang kita akan buat ialah kita akan ikut undang-undang dan juga ikut arahan pihak polis. Kita akan beri kerjasama dengan polis.
AWANI: Apabila perhimpunan diadakan tanpa kebenaran, ia telah melanggar Akta Perhimpunan Aman. Adakah anda bersedia terima apa-apa tindakan susulan perhimpunan nanti?
Maria: Ada satu pembetulan, selalunya DBKL kata tak ada bagi notis, tidak bayar untuk guna Dataran Merdeka. Dalam Dataran Merdeka, hanya padang sahaja. Kali ini DBKL kata kita tidak boleh masuk Jalan Raja dan padang Dataran Merdeka. Jadi kita tidak akan masuk.
Dalam tiap-tiap perhimpunan pun kita tidak ada masuk. Jadi macam Bersih 4, kita buat penghalang dan peserta pun tidak masuk. Saya rasa kita tidak ada langgar Akta Perhimpunan Aman dan kita akan teruskan.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Nov 15 2016

Maria Chin 'menjemput' Gerakan Baju Merah bersama ketuanya, Datuk Seri Jamal Md Yunos untuk belajar bagaimana sertai himpunan aman. - Astro AWANI

Ribuan rakyat Israel bantah keputusan kerajaan
Para penunjuk perasaan mengibarkan bendera Israel sambil mendesak kerajaan mencapai perjanjian bagi membebaskan baki tebusan.

Dekri Putin desak warga Ukraine dapatkan pasport Rusia
Putin desak warga Ukraine di Rusia dan di wilayah yang diduduki di negara asal mereka untuk mengambil kerakyatan Rusia atau berpindah ke tempat lain.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 Mac 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Perkembangan banjir dalam negara
- Kenakan hukuman lebih berat terhadap pemandu cuai, melulu
- Polis buka kertas siasatan pelajar aksi tidak senonoh dalam perpustakaan universiti
- Perkembangan banjir dalam negara
- Kenakan hukuman lebih berat terhadap pemandu cuai, melulu
- Polis buka kertas siasatan pelajar aksi tidak senonoh dalam perpustakaan universiti

Menteri Kanak-Kanak Iceland letak jawatan selepas mengaku jalin hubungan dengan remaja ketika berusia 22 tahun
Asthildur Loa Thorsdottir buat keputusan letak jawatan sebagai menteri selepas kisah hubungan sulitnya sehingga melahirkan seorang anak didedahkan.

Pemimpin tertinggi Hamas terbunuh di Gaza Selatan
Serangan udara Israel bunuh Salah al-Bardaweel di Gaza Selatan, cetus gesaan gencatan senjata antarabangsa dan ketegangan yang semakin memuncak.

Dua beradik nekad mahu jual buah pinggang demi bebaskan ibu
Ibu mereka, Syafrida Yani kini ditahan di Polres Tangerang Selatan (Tangsel), Indonesia.

Israel lancar serangan ke atas Lubnan
Ia sekali gus menggugat gencatan senjata rapuh yang mengakhiri konflik selama setahun dengan Hezbollah.

343 ditahan, bantah penahanan Datuk Bandar Istanbul
Penahanan dilakukan bagi mengelakkan gangguan terhadap ketenteraman awam.

Fahmi rasmi Starvendors Mega Raya Fest 2025
Lebih 50 artis dan pempengaruh menyertai Starvendors KL Mega Raya Fest 2025 termasuk Siti Nurhaliza dan Vanidah Imran.
Kebolehpasaran graduan TVET capai 99 peratus - Fadhlina
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyatakan bahawa tumpuan pada masa ini adalah TVET yang menyeluruh dan kursus-kursus relevan perlu diperhalusi mengikut kehendak pasaran.
Kerajaan berhasrat melahirkan tenaga kepakaran, kemahiran, dan kepintaran melalui pendidikan kolej vokasional.
Kerajaan berhasrat melahirkan tenaga kepakaran, kemahiran, dan kepintaran melalui pendidikan kolej vokasional.

Tun Dr Mahathir amal politik kebencian - Annuar
Pendekatan politik dibawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akhir-akhir ini bersifatkan politik 'kebencian', kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.