Ia sekali gus menggugat gencatan senjata rapuh yang mengakhiri konflik selama setahun dengan Hezbollah.
Konflik ini menyaksikan Israel melaksanakan operasi besar-besaran sehingga mengorbankan komander tertinggi Hezbollah, serta memusnahkan sebahagian besar senjata mereka.
Hezbollah menafikan penglibatan dalam serangan tersebut dan menyatakan bahawa mereka tidak terlibat dalam pelancaran roket serta masih berpegang pada komitmen terhadap gencatan senjata yang telah dipersetujui.
Sehingga kini, tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas pelancaran roket itu, manakala pihak Israel memaklumkan bahawa identiti pelancar roket masih belum dikenal pasti.
Sebanyak enam roket telah dilepaskan dari Lubnan, di mana tiga daripadanya berjaya melepasi ke wilayah Israel sebelum dipintas oleh sistem pertahanan negara itu.
Pertukaran serangan ini merupakan insiden pertama sejak Israel secara tidak langsung tamatkan gencatan senjata berasingan dengan Hamas di Gaza.
Menurut tentera Israel, tiga roket dilancarkan dari kawasan kira-kira enam kilometer di utara sempadan ke arah bandar sempadan Israel.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengarahkan tentera untuk bertindak tegas terhadap puluhan sasaran yang dikenal pasti di Lubnan susulan pelanggaran keselamatan ini.
Tentera Israel turut menyatakan bahawa mereka telah memusnahkan pelancar roket Hezbollah serta menyerang pusat komando yang digunakan oleh kumpulan itu di selatan Lubnan.
