Ini selepas serangan udara Israel mengorbankan sekurang-kurangnya 58 rakyat Palestin di seluruh wilayah itu dalam tempoh semalaman.
Menurut pasukan pertahanan awam, sejak subuh bayi itu menangis dan sesekali terdiam sehingga pasukan penyelamat berjaya mengeluarkannya.
Serangan yang memusnahkan rumah bayi itu berlaku di Abasan Al-Kabira, sebuah kampung di luar Khan Younis berhampiran sempadan dengan Israel.
Ia mengorbankan sekurang-kurangnya 16 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Mangsa yang terbunuh termasuk seorang bapa dan tujuh anaknya, serta ibu bapa dan abang kepada bayi tersebut.
Bayi berkenaan terselamat bersama datuk dan neneknya.
Sehingga kini, tentera Israel belum memberikan sebarang komen mengenai serangan terbaharu itu.
