Pendekatan politik dibawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akhir-akhir ini bersifatkan politik 'kebencian', kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata ini kerana Dr Mahathir kerap menggunakan perkataan kurang elok dan mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Selain itu, katanya dakwaan bekas perdana menteri bahawa kerajaan sudah tidak lagi berkemampuan membayar hutang negara adalah tidak benar berikutan kemampuan negara dalam membayar hutang diberikan rating 'A+' oleh Standard and Poor (S&P) yang diiktiraf oleh dunia.
"Ini bermakna negara kita diurus dengan baik," katanya kepada pemberita selepas program 'Ngeteh' dan Bicara isu Semasa Bajet Rakyat di sini, malam tadi.
Turut hadir anggota Majlis Tertinggi UMNO merangkap Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi.
Katanya, selain menggunakan pendekatan politik kebencian, Dr Mahathir juga didapati mempunyai sikap yang tidak konsisten dalam prinsipnya berhubung budaya demontrasi seperti dilakukan kumpulan perhimpunan haram Bersih.
Annuar berkata sewaktu menjadi perdana menteri, Dr Mahathir dengan keras menolak kemasukan budaya demontrasi kerana mengganggap negara ini bukanlah sebuah negara pendemontrasi dan selain bertentangan dengan budaya Islam.
"Tetapi tengok sekarang ini, Dr Mahathir membelakangkan semua ini kerana 'amarah' (marah).
"Saya fikir dalam kehidupan kita, semua ada kekecewaan dan dalam hidup ada zaman naik dan turun tetapi kita tidak seharusnya melakukan sesuatu yang merosakkan kepentingan ramai, lebih-lebih lagi melibatkan soal keselamatan, keamanan dan kesejahteraan," katanya.
Perhimpunan Bersih 5.0 dijadual Sabtu ini di ibu negara. -- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 17 2016

Annuar berkata Dr Mahathir (gambar) kerap menggunakan perkataan kurang elok dan mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. -Gambar fail
Lebih 140,000 kenderaan sehari dijangka guna WCE
Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE) bakal dibanjiri lebih 140,000 kenderaan sehari menjelang cuti Sambutan Aidilfitri minggu depan.
Remaja lelaki didakwa cuba bunuh bekas teman wanita
Seorang remaja lelaki mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di Mahkamah Sesyen, Sungai Petani, selepas didakwa cuba membunuh seorang penuntut perempuan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) 17 Mac lalu.
Mahkamah tolak bantahan awal Najib terhadap permohonan semakan
Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini menolak bantahan awal Datuk Seri Najib Razak terhadap permohonan Peguam Negara untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan memulakan prosiding semakan kehakiman berhubung Titah Adendum.

PDRM keluar 5,113 permit jual bunga api, mercun sempena Aidilfitri - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan 5,113 permit untuk penjualan bunga api dan mercun bagi tempoh 1 hingga 11 Mac, sempena perayaan Aidilfitri.

OIC beri amaran rancangan usir rakyat Palestin, kecam usaha halalkan penempatan Israel
OIC mengecam sekeras-kerasnya keputusan Kabinet Israel yang meluluskan pemisahan 13 penempatan haram di Tebing Barat sebagai langkah awal ke arah mengiktirafnya secara sah sebagai koloni Israel.
AWANI Ringkas: 'Mail boxes' lokasi edar dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AS jadi pengantara rundingan gencatan senjata Rusia-Ukraine di Arab Saudi
Amerika Syarikat akan mengadakan rundingan berasingan dengan delegasi Rusia dan Ukraine di Arab Saudi pada Isnin.

140,000 kenderaan dijangka guna WCE semasa sambutan Aidilfitri
Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dijangka mencatatkan peningkatan trafik, dengan sekitar 140,000 kenderaan dijangka menggunakannya semasa sambutan Aidilfitri tahun ini.

Profesor mengaku tidak bersalah terima rasuah RM5,071
Seorang profesor sebuah universiti awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5,071, dua tahun lepas.

10 pelajar dibuang dari universiti di Lithuania akibat penyalahgunaan AI
Penggunaan AI dianggap tidak wajar jika pelajar gagal mendedahkan bahawa teknologi itu digunakan dalam tugasan mereka.

Tun Dr Mahathir amal politik kebencian - Annuar
Pendekatan politik dibawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akhir-akhir ini bersifatkan politik 'kebencian', kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.