Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan permohonan habeas corpus difailkan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, berhubung penahanannya mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Nordin Hassan membuat keputusan itu selepas mendapati mahkamah tidak mempunyai keperluan untuk mendengar permohonan itu berikutan Maria telah dibebaskan daripada tahanan SOSMA semalam.
Katanya, mahkamah juga tidak mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan merit dalam permohonan itu kerana responden tidak mengemukakan sebarang afidavit jawapan berhubung permohonan Maria, apatah lagi membuat keputusan terhadap ganti rugi seperti yang dipohon peguam.
"Oleh yang demikian, permohonan untuk habeas corpus dibatalkan," katanya yang turut memaklumkan mahkamah menerima surat daripada penasihat undang-undang Kementerian Dalam Negeri berhubung pembebasan Maria, semalam.
Terdahulu, peguam Gurdial Singh Nijar, yang mewakili Maria, dalam hujahannya berkata walaupun Maria telah dibebaskan, pihaknya tetap mempersoalkan sama ada penahanan itu salah di sisi undang-undang atau sebaliknya dan turut memohon ganti rugi berhubung penahanan anak guamnya di bawah SOSMA.
Peguam Kanan Persekutuan, Mohammad Al-Saifi Hashim mewakili semua responden, dalam hujahannya berkata permohonan habeas corpus itu tidak lagi menjadi isu dan menjadi akademik kerana pemohon telah dibebaskan.
"Isu berhubung ganti rugi harus dibuktikan dan bukan hanya dikemukakan melalui afidavit," katanya.
Maria, 60, memfailkan habeas corpus itu pada 22 Nov lepas, dengan menamakan Ketua Unit Siasatan Jabatan Jenayah Terkelas di Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Supt Tham Lai Kuan; Ketua Polis Negara; Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.
Maria memohon perintah agar beliau dibebaskan serta-merta, dibawa ke mahkamah sepanjang perbicaraan permohonan itu, tidak ditangkap atau ditahan semula atas alasan atau berkaitan serta tidak dikenakan sebarang sekatan di bawah SOSMA.
Anak sulung Maria, Azumin Mohamad Yunus, 23, dalam afidavit sokongannya, berkata ibunya ditangkap ketika beliau berada di pejabatnya di Blok A, Pusat Perniagaan 8 Avenue, Petaling Jaya, pada 3.10 petang 18 Nov, sehari sebelum perhimpunan Bersih 5.0 pada Sabtu lepas.
Sementara itu, Maria, yang hadir di mahkamah, memberitahu pemberita bahawa beliau akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu secepat mungkin.
Katanya beliau ada menerima ugutan dalam nota yang tertulis "Last Warning, If Not R.I.P Marina & Family" beserta sampul surat mengandungi sebutir peluru berukuran 0.45mm yang diletakkan atas meja di pejabatnya di Petaling Jaya.
Katanya, beliau akan membuat laporan polis berhubung ugutan itu. -- Bernama
Bernama
Tue Nov 29 2016

Maria, 60, memfailkan habeas corpus itu pada 22 Nov lepas. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar

7 cedera dalam serangan dron Rusia ke atas Kyiv
Serangan dron Rusia cederakan tujuh di Kyiv, bangunan terbakar, ketegangan perang terus memuncak meskipun ada usaha ke arah gencatan senjata.

Ribuan rakyat Israel bantah keputusan kerajaan
Para penunjuk perasaan mengibarkan bendera Israel sambil mendesak kerajaan mencapai perjanjian bagi membebaskan baki tebusan.

Dekri Putin desak warga Ukraine dapatkan pasport Rusia
Putin desak warga Ukraine di Rusia dan di wilayah yang diduduki di negara asal mereka untuk mengambil kerakyatan Rusia atau berpindah ke tempat lain.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 Mac 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Perkembangan banjir dalam negara
- Kenakan hukuman lebih berat terhadap pemandu cuai, melulu
- Polis buka kertas siasatan pelajar aksi tidak senonoh dalam perpustakaan universiti
- Perkembangan banjir dalam negara
- Kenakan hukuman lebih berat terhadap pemandu cuai, melulu
- Polis buka kertas siasatan pelajar aksi tidak senonoh dalam perpustakaan universiti

Menteri Kanak-Kanak Iceland letak jawatan selepas mengaku jalin hubungan dengan remaja ketika berusia 22 tahun
Asthildur Loa Thorsdottir buat keputusan letak jawatan sebagai menteri selepas kisah hubungan sulitnya sehingga melahirkan seorang anak didedahkan.

Pemimpin tertinggi Hamas terbunuh di Gaza Selatan
Serangan udara Israel bunuh Salah al-Bardaweel di Gaza Selatan, cetus gesaan gencatan senjata antarabangsa dan ketegangan yang semakin memuncak.

Dua beradik nekad mahu jual buah pinggang demi bebaskan ibu
Ibu mereka, Syafrida Yani kini ditahan di Polres Tangerang Selatan (Tangsel), Indonesia.

Israel lancar serangan ke atas Lubnan
Ia sekali gus menggugat gencatan senjata rapuh yang mengakhiri konflik selama setahun dengan Hezbollah.

343 ditahan, bantah penahanan Datuk Bandar Istanbul
Penahanan dilakukan bagi mengelakkan gangguan terhadap ketenteraman awam.

Fahmi rasmi Starvendors Mega Raya Fest 2025
Lebih 50 artis dan pempengaruh menyertai Starvendors KL Mega Raya Fest 2025 termasuk Siti Nurhaliza dan Vanidah Imran.

Mahkamah Tinggi batal permohonan habeas corpus Maria Chin
Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan permohonan habeas corpus difailkan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.