Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Hulu Perak menerusi akaun Facebooknya memaklumkan, penutupan satu lorong laluan berhampiran sempadan antarabangsa Malaysia-Thailand itu berkuat kuasa sehingga dimaklumkan kelak.
"Kawasan tanah runtuh dikenal pasti berlaku kira-kira 200 meter daripada pondok kawalan Pengkalan Hulu.
"Tindakan telah diambil dengan memasang Pelan Pengurusan Trafik (TMP) dan menempatkan pekerja (flagman) dikawasan tanah runtuh. Pemantauan pergerakan cerun turut dilaksanakan," katanya.
Tambahnya, tindakan jangka panjang telah diambil dengan memajukan maklumat kejadian ke Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR pada 10 September lalu bagi pembaikan kekal. - Sinar Harian