ROBOT vakum boleh mengurangkan beban menyapu sampah di rumah setiap hari. Tetapi kesemua robot vakum tidak mempunyai kemampuan menyedut sampah yang bersaiz lebih besar.

Di CES 2025, Roborock Saros Z70 dilancarkan dengan “tangan” yang menyelesaikan isu ini.

Tangan OmniGrip dilipat pada bahagian atas robot apabila tidak digunakan.

Ia melipat keluar untuk mengutip sampah besar yang dikesan oleh sensor dan kamera robot.

Menurut Roborock, OmniGrip boleh mengangkat sampah sehingga 300 gram yang kemudiannya dibuang ke dalam tong sampah.

Pemilik juga boleh menggunakan aplikasi telefon pintar untuk mengawal OmniGrip secara jarak jauh.

Saros Z70 telah diprogramkan untuk mengenalpasti sehingga 108 objek dengan pemilik boleh memprogramkan sendiri 50 objek lain di rumah. Robot vakum ini serasi digunakan dengan ekosistem peranti berhubung (IoT) Google Home, Apple Home dan Amazon Alexa. Harga jualan belum lagi diumumkan.