KUALA LUMPUR: Dasar dan kerangka cadangan Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen 2023 yang kini dalam peringkat penggubalan mendapat reaksi positif daripada Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Perkara itu dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini selepas satu taklimat mengenainya diadakan semalam.
Beliau berkata ahli kedua-dua Dewan berkenaan menyambut baik langkah pengenalan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 untuk merealisasikan konsep pengasingan kuasa dalam negara.
"Seterusnya rang undang-undang ini dapat melaksanakan kehendak Perlembagaan Persekutuan. Secara jelas memartabatkan Institusi Parlimen Malaysia yang bebas daripada bendungan Cabang Eksekutif Kerajaan.
"Insya-Allah kami berharap agar rang undang-undang ini dapat dibentang pada sidang Dewan Rakyat Oktober ini dan sesi taklimat pada malam tadi memberi peluang kepada Ahli-Ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat untuk mendapatkan maklumat awal supaya memberi kerjasama mereka dalam urusan pembentangan, laluan dan bahasan rang undang-undang ini nanti di dalam Dewan masing-masing," katanya.
Pada 29 Ogos lepas, Wan Junaidi berkata pelaksanaan pengenalan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 kini berada di peringkat kedua bagi proses merangka kertas kerja Kabinet bagi mendapatkan persetujuan untuk Majlis Bersama Dewan Negara dan Dewan Rakyat oleh Pejabat Peguam Negara untuk diedarkan kepada semua kementerian dan agensi yang berkaitan sebelum dibentang kepada Jemaah Menteri.
Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 diperkenalkan bagi membuka jalan kepada Dewan Rakyat untuk bertindak sebagai badan bebas, menjalankan hal ehwalnya sendiri, memilih kakitangannya dan mengawal perbelanjaannya, namun ia dimansuhkan pada 1992.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 19 2023

Wan Junaidi berkata, ahli Dewan menyambut baik langkah pengenalan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 untuk merealisasikan konsep pengasingan kuasa dalam negara. - Gambar fail

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Draf kertas Kabinet mengenai pengasingan kuasa AG dijangka siap pertengahan tahun depan
Anwar berkata, seorang menteri telah ditugaskan bersama dengan pasukan petugas untuk meneliti cadangan pembahagian fungsi antara AG dan PP.

Laporan interim pemisahan kuasa AG, Pendakwa Raya dibentangkan 2025
Laporan interim berhubung dapatan kajian empirikal mengenai pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dijangka dibentangkan kepada Kabinet untuk pertimbangan pada 2025.

Azalina ketuai delegasi Malaysia ke Kanada untuk kajian pengasingan kuasa Peguam Negara
Azalina berkata kajian itu antara lain untuk membuat rujukan amalan terbaik dalam usaha mengenal pasti model sesuai bagi Malaysia.

Kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya dilaksana di tiga negara - Azalina
Inisiatif pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan dilaksana secara berfasa selama dua tahun melalui kajian empirikal di tiga negara iaitu Kanada, Australia serta United Kingdom.

Umum perkembangan asing peranan Peguam Negara, pendakwa raya
Ketelusan menjayakan reformasi itu amat diperlukan bagi memberi gambaran kesungguhan kerajaan terhadap usaha tersebut.

Reformasi pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya proses yang panjang - Azalina
Reformasi pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya merupakan satu proses yang panjang.

Agenda pengasingan peranan Peguam Negara, Pendakwa Raya dilaksana berfasa - Azalina
Agenda pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan dilaksana secara berfasa selepas kerajaan mengambil kira kerumitan dan cabaran pelaksanaannya, Dewan Rakyat diberitahu.

Bersih gesa pemisahan tugas Peguam Negara dan Pendakwa Raya
Bersih berkata, keputusan DNAA terhadap Ahmad Zahid merupakan contoh kuasa budi bicara AG, yang juga PR, di bawah undang-undang semasa.

Pengasingan kuasa: Cadangan RUU Perkhidmatan Parlimen terima reaksi positif
Dasar dan kerangka cadangan Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen 2023 yang kini dalam peringkat penggubalan mendapat reaksi positif daripada Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Kerajaan komited asingkan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya - Azalina
Beliau membidas pihak pembangkang yang tidak melaksanakan perkara itu ketika gabungan berkenaan menjadi kerajaan, namun kini sering membangkitkan isu pendakwaan terpilih.