KUALA LUMPUR: Reformasi pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya merupakan satu proses yang panjang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Beliau berkata sebagai negara yang mempunyai pelbagai undang-undang, kerajaan memerlukan lebih banyak masa untuk melakukan kajian menyeluruh dan mendalam supaya keputusan yang dibuat tidak berubah di kemudian hari.
"Kita dapat lihat negara-negara lain yang buat keputusan pengasingan kuasa, ada yang berpatah balik, ini masalah besar... sebab itu, kita perlukan satu kajian menyeluruh dan mendalam... Hal ini diperlukan supaya keputusan pengasingan kuasa bersifat kekal pada masa akan datang," katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Negara di sini hari ini.
Azalina berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr Nuing Jeluing yang ingin tahu bila pengasingan kuasa Pendakwa Raya dari Peguam Negara dapat dilaksanakan.
Beliau berkata di sebalik komitmen untuk melaksanakan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya, pihaknya menuntut agar kestabilan kerajaan tidak diganggu-gugat bagi membolehkan undang-undang berkaitan dipinda sebelum pengasingan peranan itu dimuktamadkan.
"Pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya adalah satu proses panjang... reformasi institusi perlukan pindaan kepada Perlembagaan dan ia tidak akan dicapai kalau kerajaan tidak stabil," katanya.
Pada 9 Okt lepas, Azalina berkata agenda pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan dilakukan secara berfasa selepas kerajaan mengambil kira kerumitan serta cabaran pelaksanaannya.
Menerusi Fasa Pertama, Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif sedang menjalankan kajian ke atas beberapa negara bagi meneliti dan merangka model yang paling sesuai dalam konteks Malaysia.
Fasa Kedua akan melibatkan Pasukan Petugas Khas Teknikal yang akan meneliti secara komprehensif implikasi perundangan, perjawatan dan kewangan sebelum menyediakan Laporan Interim untuk pertimbangan Jemaah Menteri.
Fasa Ketiga pula membabitkan sesi libat urus bersama dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak serta pihak berkepentingan ain termasuk agensi penguatkuasaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 04 2023

Azalina berkata, kerajaan memerlukan lebih banyak masa untuk melakukan kajian menyeluruh dan mendalam supaya keputusan yang dibuat tidak berubah di kemudian hari. - Gambar fail

Tindakan persenda upacara agama lain tidak boleh diterima - Teo Nie Ching
Teo berkata dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia, semangat saling menghormati harus terus dipupuk dan sebarang perbuatan yang menyinggung perasaan agama lain tidak boleh diterima.

Polis tumpaskan dua sindiket pengedaran, rampas dadah bernilai RM6.3 juta
Polis menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah dengan rampasan bernilai RM6.3 juta menerusi serbuan di Kuala Selangor dan KLIA pada 28 Feb hingga 2 Mac lepas.
#AWANIRingkas 4 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 4 Mac 2025
1️⃣ PM beri teguran tidak sentuh isu 3R
2️⃣ Wanita jatuh bangunan isteri usahawan terkenal
3️⃣ Peter Anthony kekal dipenjara
#awaniringkas
1️⃣ PM beri teguran tidak sentuh isu 3R
2️⃣ Wanita jatuh bangunan isteri usahawan terkenal
3️⃣ Peter Anthony kekal dipenjara
#awaniringkas
AWANI Borneo [4/3/2025] – Infrastruktur padi | Projek JPS | Pengambilalihan
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
RM22.28 juta diperuntuk bangunkan jelapang padi Sabah
RM51.5 juta diperuntuk kurangkan risiko banjir di Sarawak
AirBorneo akan serap semua kakitangan MASWings
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
RM22.28 juta diperuntuk bangunkan jelapang padi Sabah
RM51.5 juta diperuntuk kurangkan risiko banjir di Sarawak
AirBorneo akan serap semua kakitangan MASWings
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews

Lelaki ditahan kes ugutan jenayah ketika mesyuarat agung parti politik
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung ugutan jenayah semasa mesyuarat agung tahunan sebuah parti politik di Kuala Selangor, Sabtu lepas.
Elak pembaziran, peniaga sedekah kepada golongan memerlukan
Peniaga di bazar Ramadan, Jalan Pantai, Pusat Bandar Sandakan bersedekah dengan memberikan jualan yang tidak habis dijual kepada masjid dan surau termasuk golongan gelandangan.
Caruman pekerja asing lindungi kepentingan pekerja tempatan
Langkah kerajaan untuk mengenakan caruman dua peratus Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pekerja asing adalah, antara lainnya, untuk mempertahankan kepentingan pekerja tempatan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu, ia juga bagi memastikan kerajaan mempunyai rekod daripada segi pendapatan dan juga jangkaan tempoh perkhidmatan kumpulan berkenaan di negara ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu, ia juga bagi memastikan kerajaan mempunyai rekod daripada segi pendapatan dan juga jangkaan tempoh perkhidmatan kumpulan berkenaan di negara ini.
Tiga penyampai Radio Era mohon maaf secara terbuka
Astro Audio menggantung tiga penyampai Radio Era FM iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin susulan insiden penerbitan kandungan kurang sensitif sehingga menyakiti hati dan mengundang kekecewaan pelbagai pihak.
Runner' warga asing ditahan bersama dua kilogram syabu
‘Runner’ dadah warga asing ditahan bersama dua kilo syabu

Enam individu dirakam keterangan kes guru didakwa jalin hubungan dengan murid
Polis berkata individu berkenaan merangkumi mangsa, bapa mangsa, dua guru termasuk suspek dan dua pelajar lain.

Perhimpunan di Sabah: Polis buka dua kertas siasatan, namun tiada pertuduhan - KPN
Polis membuka dua kertas siasatan berhubung perhimpunan yang diadakan di hadapan Menara Kinabalu iaitu pusat pentadbiran negeri Sabah pada 31 Dis tahun lepas.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Februari 2025.

Peguam Negara bantah permohonan lantik peguam pemerhati dalam kes Najib
Semakan kehakiman itu berhubung dakwaan Najib mengenai kewujudan dokumen tambahan yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah.

SPRM main peranan aktif dalam pindaan Akta Perlindungan pemberi maklumat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memainkan peranan aktif dalam usaha meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang kini di peringkat sesi libat urus.

Rayuan AG untuk ketepikan kebenaran Rosli Dahlan mulakan semakan kehakiman ditolak
Mahkamah Rayuan menolak rayuan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang beri kebenaran kepada peguam Rosli Dahlan untuk memulakan semakan kehakiman terhadap PDRM, Imigresen dan kerajaan.

Lee Lam Thye seru kerajaan perkenal Akta 'Good Samaritan'
Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat seru kerajaan perkenalkan Akta Good Samaritan untuk menyediakan perlindungan undang-undang kepada orang awam.

Jabatan Peguam Negara kembalikan semula kertas siasatan PDRM babitkan Khairy - KPN
Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan semula kertas siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, bagi mendapatkan beberapa maklumat tambahan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Januari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.

Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.