KUALA LUMPUR: Beberapa pertubuhan masyarakat sivil (CSO) diketuai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa Perdana Menteri dan Peguam Negara (AG) memastikan tiada penggunaan kuasa budi bicara AG yang berniat untuk menghentikan sebarang perbicaraan mahkamah.
Ia susulan keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada semua 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram (AMLA) berkaitan dana Yayasan Akalbudi pada 4 Sept lalu.
Dalam satu kenyataan, CSO dan badan bukan kerajaan (NGO) itu berkata, keputusan DNAA terhadap Ahmad Zahid merupakan contoh kuasa budi bicara AG Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, yang juga merupakan Pendakwa Raya (PR), di bawah undang-undang semasa.
"Selain kes Ahmad Zahid, terdapat beberapa lagi kes korupsi pada masa lalu yang melibatkan ahli politik atau individu yang berkaitan dengan mereka yang DNAA atau dibebaskan sepenuhnya.
"Perkara ini biasa terjadi selepas pertukaran kerajaan dan mesej yang sedang dihantar adalah ketakbersalahan seseorang adalah bergantung kepada kuasa yang dimilikinya.
"Hal ini tidak boleh dibiarkan berterusan. AG tidak sepatutnya memegang jawatan PR dan reformasi untuk memisahkan PR daripada AG perlu dilaksanakan, agar jawatan PR benar-benar bebas daripada campur tangan politik," menurut kenyataan itu.
Selain itu, Bersih turut menyuarakan kebimbangan berkenaan perjalanan kes mahkamah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Ia menimbulkan persoalan sama ada kes-kes tersebut akan dilepaskan seperti apa yang dilakukan dalam kes Ahmad Zahid.
"Memandangkan AG adalah lantikan PM dan mempunyai kuasa yang luas untuk menarik semula kes jenayah seperti dalam kes DNAA Ahmad Zahid, kami dan rakyat Malaysia sangat khuatir perjalanan tiga lagi kes Najib bersabit 1MDB dan cukai pendapatan, serta kes RM1.7 juta oleh isteri beliau berkaitan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai.
"Adakah bekas PM dan isterinya akan dibebaskan sedemikian rupa daripada pendakwaan korupsi mereka dan adakah dalam kes Najib, akan membuka jalan kepada pengampunan beliau dalam kes SRC?
"Sekiranya Najib dan Rosmah boleh dibebaskan, seolah-olah mereka adalah mangsa pendakwaan terpilih selepas jenayah skandal 1MDB yang menyebabkan kewangan negara hampir roboh," ujarnya lagi.
Selain itu, Bersih serta CSO dan NGO dalam kenyataan itu menuntut empat perkara daripada Perdana Menteri dan AG, iaitu:
1. Moratarium terhadap sebarang permohonan oleh AG bagi DNAA untuk semua kes berprofil tinggi;
2. Mempercepatkan pemisahan tugas AG dan PR pada penghujung 2024;
3. Membuka atau mendakwa semula kes DNAA ahli politik yang dituduh terlibat dengan penyewelengan dan rasuah;
4. Tidak menarik semula mana-mana kes dengan menggunakan alasan kesalahan pembuktian dan teknikal.
Katanya, empat tuntutan ini perlu bagi mempertahankan kedaulatan undang-undang dan kestabilan politik serta memastikan kerajaan bersih yang akan membasmi rasuah di negara ini.
Kenyataan itu ditandatangani 49 badan termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia, Persatuan Aliran Kesedaran Negara, All Women's Action Society Malaysia, Suara Rakyat Malaysia, The National Human Rights Society dan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi.
Fahmi Izuddin
Thu Oct 05 2023
![Bersih gesa pemisahan tugas Peguam Negara dan Pendakwa Raya Bersih gesa pemisahan tugas Peguam Negara dan Pendakwa Raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695120670_tbLOGOBERSIH.jpg)
Bersih berkata, empat tuntutan perlu dipenuhi bagi mempertahankan kedaulatan undang-undang dan kestabilan politik serta memastikan kerajaan bersih yang akan membasmi rasuah di negara ini.
![Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720343260_TBFranceElection.jpg)
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.
![Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720347992_TBMaalHijrah.jpg)
Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong
Antara titah Seri Paduka Baginda ialah mengingatkan semua rakyat agar tidak menjadikan media sosial tempat berbalah atau bertengkar.
![Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720342404_Abidin.jpg)
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
Uruguay kuburkan hasrat Brazil
Hanya tinggal empat pasukan akan beraksi untuk merebut slot ke final yang dijadual berlangsung pada 14 Julai ini di Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida.
![Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720343570_SultanKedah.jpg)
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
Usah korban jati diri kerana kuasa, pangkat dan populariti - Sultan Sallehuddin
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan supaya umat Islam jangan mengorbankan jati diri sebagai seorang Muslim semata-mata kerana inginkan kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat kabinet Jumaat depan
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Kerjasama BN-PH ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sama ada kerjasama antara BN dan PH diteruskan pada PRU-16 atau pun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Isu nasional jadi faktor penolakan PH di Sungai Bakap
Isu nasional yang mendominasikan ayunan terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) sungai Bakap dilihat sebagai punca penolakan Pakatan Harapan.
Tuntutan RM100 juta subkontraktor Lebuhraya DASH tidak berasas
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menegaskan tuntutan lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) bagi mengutip bayaran tertunggak berjumlah RM100 juta yang terhutang kepada mereka secara kolektif daripada syarikat itu adalah tidak berasas dari segi perundangan.
![Banyak kerja perlu dilakukan, PM baharu Britain Starmer beritahu mesyuarat Kabinet pertama Banyak kerja perlu dilakukan, PM baharu Britain Starmer beritahu mesyuarat Kabinet pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720189246_TBKeirStarmer.jpg)
Banyak kerja perlu dilakukan, PM baharu Britain Starmer beritahu mesyuarat Kabinet pertama
Starmer memberitahu para menterinya bahawa terdapat "banyak kerja yang perlu dilakukan" ketika beliau mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet baharu pada hari pertamanya di Downing Street.
![Laporan terhadap Apandi Ali: Khairuddin beri keterangan kepada SPRM esok Laporan terhadap Apandi Ali: Khairuddin beri keterangan kepada SPRM esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719291370_KHAIRUDDINABU.jpg)
Laporan terhadap Apandi Ali: Khairuddin beri keterangan kepada SPRM esok
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengesahkan dipanggil memberi keterangan kepada SPRM berhubung laporannya berkaitan dakwaaan salah laku membabitkan Apandi Ali.
![Malaysia teruskan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di Australia Malaysia teruskan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717776191_AzalinaOthmanSaid.jpg)
Malaysia teruskan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di Australia
Azalina Othman Said mengetuai delegasi Malaysia ke Australia bagi meneruskan kajian empirikal mengenai pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.
![Kertas siasatan logo mirip kalimah Allah pada kasut diserah kepada AG Kertas siasatan logo mirip kalimah Allah pada kasut diserah kepada AG](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714985537_TBFAREED.jpg)
Kertas siasatan logo mirip kalimah Allah pada kasut diserah kepada AG
Kertas siasatan berhubung logo yang didakwa mirip kalimah Allah tertera pada tapak kasut telah diserahkan kepada Peguam Negara.
![Sarawak akan bincang dengan Peguam Negara mengenai istilah 'negeri' Sarawak akan bincang dengan Peguam Negara mengenai istilah 'negeri'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714902127_TBabangJo.jpg)
Sarawak akan bincang dengan Peguam Negara mengenai istilah 'negeri'
Ia bagi menetapkan istilah terbaik untuk menggantikan perkataan 'negeri' dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak, berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
![KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971 KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714142233_TBDZULLAWAT.jpg)
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
![Video penjawat awam: MCMC selesai rakam keterangan pengendali MyNewsHub Video penjawat awam: MCMC selesai rakam keterangan pengendali MyNewsHub](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712146249_TBMCMCLogo.jpg)
Video penjawat awam: MCMC selesai rakam keterangan pengendali MyNewsHub
Rakaman percakapan tersebut merupakan susulan tindakan suspek memuat naik klip video lama dengan teks yang menyebabkan kekeliruan.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 6 April 2024.
![Kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya dilaksana di tiga negara - Azalina Kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya dilaksana di tiga negara - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710224005_AzalinaOthman.jpg)
Kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya dilaksana di tiga negara - Azalina
Inisiatif pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan dilaksana secara berfasa selama dua tahun melalui kajian empirikal di tiga negara iaitu Kanada, Australia serta United Kingdom.
![Stoking kalimah Allah: Kertas siasatan lengkap, polis tunggu arahan Peguam Negara Stoking kalimah Allah: Kertas siasatan lengkap, polis tunggu arahan Peguam Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711088117_ShuhailyMohdZain.jpg)
Stoking kalimah Allah: Kertas siasatan lengkap, polis tunggu arahan Peguam Negara
Polis sudah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes penjualan stoking tertera kalimah Allah, dan menyarankan supaya dibuat pertuduhan terhadap pihak yang berkaitan.