Menerusi hantaran di Facebook baginda, pertemuan tersebut berlangsung di Istana Negara pada Selasa.
Astro Awani
Tue Nov 12 2024
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Peguam Negara Datuk Mohd Dusuki Mokhtar di Istana Negara, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Facebook Sultan Ibrahim
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Datuk Mohd Dusuki Mokhtar yang baharu dilantik sebagai Peguam Negara, hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook, baginda berkongsi mengenai pertemuan yang berlangsung di Istana Negara itu.
Pertemuan turut disertai Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Semalam, Shamsul Azri mengumumkan pelantikan Mohd Dusuki yang berkuat kuasa hari ini, menggantikan Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh yang dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.
Mohd Dusuki mempunyai pengalaman luas selama 31 tahun dalam perkhidmatan perundangan di Jabatan Peguam Negara.