SHAH ALAM: Kerajaan digesa mengumumkan perkembangan terkini usaha pengasingan peranan Peguam Negara dan pendakwa raya selepas penubuhan dua pasukan petugas khas September lalu.
Presiden Transparency International Malaysia (TI-Malaysia), Dr Muhammad Mohan berkata, ketelusan menjayakan reformasi itu amat diperlukan bagi memberi gambaran kesungguhan kerajaan terhadap usaha tersebut, sekali gus mengelakkan timbul persepsi negatif rakyat.
"Menteri kata dua pasukan dibentuk, rakyat dan NGO (badan bukan kerajaan) perlu diberitahu apakah perkembangan terkini dalam kajian, sama ada setuju atau mengapa kos (pengasingan kuasa) tinggi sangat.
"Saya difahamkan kos untuk melakukan proses ini pada mulanya RM200 juta (namun) kini kami difahamkan (mencecah) RM600 juta. Ini amat membimbangkan kerana tiada penjelasan bagaimana kos tersebut meningkat.
"Kita tahu dua kementerian iaitu (Kementerian) Komunikasi dan Digital telah diasingkan, ini satu kementerian baharu dan bayangkan kos yang perlu dilibatkan manakala di Jabatan Peguam Negara, dua pihak sudah berada di situ (iaitu) kumpulan pendakwa raya dan Peguam Negara," katanya dalam program Interviu: Peguam Negara bukan Pendakwa Raya yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Khamis.
Program siri kedua yang berlangsung di Kompleks Karangkraf itu dihoskan Haizir Othman.
Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said dilapor mengumumkan penubuhan dua pasukan petugas khas iaitu Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif dan Pasukan Petugas Khas Teknikal bagi mempercepatkan usaha pengasingan peranan peguam negara dan pendakwa raya.
Azalina turut berkata, reformasi berkenaan merupakan satu proses yang panjang namun tetap menjadi pertimbangan utama kerajaan untuk memastikan proses pendakwaan dapat dilakukan dengan lebih telus dan bebas.
Sementara itu Muhammad turut mengakui sebarang reformasi melibatkan undang-undang memerlukan pindaan atau perubahan dalam Perlembagaan, namun ia tidak mustahil untuk dilaksanakan.
"Jika dahulu semasa PH (Pakatan Harapan) memerintah pada 2018-2019, mereka tidak cukup sokongan majoriti dua per tiga di Parlimen, tetapi kerajaan hari ini ada jumlah itu dan jangan sia-siakan peluang tersebut.
"Sekiranya reformasi itu tidak dapat dilaksanakan, maka kerajaan perlu telus dan nyatakan sebab, tidak boleh hanya berdiam diri.
"Kami mahu tahu perkembangan sahaja. Masalah di negara ini apabila ada satu inisiatif diumum kerajaan, ia tidak diberi perkembangan terkini dan ia boleh menyebabkan ramai bimbang, sama ada ia akan dilaksanakan atau tidak," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 23 2024

Haizir (kiri) dan Muhammad Mohan (kanan) semasa program Interviu Siri 2: Peguam Negara bukan Pendakwa Raya di Studio Sinar Harian pada Khamis. - Foto Sinar Harian

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Ahli politik wajar lepas jawatan sebelum sertai GLC - Pakar
Langkah ini penting bagi memastikan ahli politik fokus kepada tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan penggubal undang-undang yang baik.

Umum perkembangan asing peranan Peguam Negara, pendakwa raya
Ketelusan menjayakan reformasi itu amat diperlukan bagi memberi gambaran kesungguhan kerajaan terhadap usaha tersebut.

CPI: Malaysia di tangga 57, skor naik tiga mata
Dari segi kedudukan negara ASEAN, Malaysia berada di tempat kedua terbaik selepas Singapura.

Tiga perkara perlu dibuat segera untuk pulih persepsi rasuah negara - TI-M
Kerajaan perlu mengambil perhatian untuk tindakan segera sebagai langkah pertama menambah baik kedudukan Indeks Persepsi Rasuah.

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat masih banyak kelemahan, perlu ditambah baik - TI-M
Ada kelompongan dalam soal perlindungan yang menyebabkan rakyat tidak berani untuk tampil memberikan maklumat.

'Banteras rasuah dari akar, perkukuh sistem nilai dari rumah, sekolah'
Membudayakan nilai jujur dan amanah harus diberi penekanan melalui pengajaran di sekolah dan kepimpinan melalui teladan oleh ibu bapa.

Cadangan tiru Hong Kong banteras rasuah tidak sesuai - TI-M
Katanya, undang-undang antirasuah kita sudah baik, cuma perlu diperketatkan penguatkuasaannya sahaja.

Supaya lebih bebas dan telus, SPRM patut diletakkan di bawah Parlimen - TI-M
Ketika ini SPRM masih dipengaruhi badan eksekutif di mana pelantikan Ketua Pesuruhjayanya masih atas cadangan Perdana Menteri dan bukan secara persetujuan kolektif.

Malaysia satu-satunya negara miliki pelan antirasuah 5 tahun - TI-M
Pihaknya mengesyorkan pelan berkenaan diletakkan di bawah tanggungjawab Ketua Setiausaha Negara (KSN).

TI-M gesa kerajaan tambah baik PDRM
Presiden TI-M Muhammad Mohan berkata pembaharuan dalam pasukan itu perlu dilakukan secara dalaman mahupun luaran.n