SHAH ALAM: Cadangan untuk meniru dasar antirasuah seperti dilaksanakan di Hong Kong pada 1970-an untuk dikuatkuasakan di negara ini disifatkan tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.
Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Muhammad Mohan berkata, idea oleh bekas Pengerusi Kumpulan CIMB, Tan Sri Mohamed Nazir Tun Razak itu tidak bersesuaian dengan situasi yang berlaku di Malaysia ketika ini.
Katanya, undang-undang antirasuah kita sudah baik, cuma perlu diperketatkan penguatkuasaannya sahaja.
"Cadangan oleh Nazir Razak untuk memperkenalkan sistem antirasuah seperti di Hong Kong di mana perasuah diberi pengampunan.
"Kita kena faham sistem itu dibuat di Hong Kong pada tahun 70-an kerana rasuah, khasnya dalam kalangan anggota polis waktu itu satu endemik dan juga melibatkan gengster.
"Jadi mereka diberi satu tempoh untuk pengampunan sebelum tindakan diambil. Tetapi di Malaysia kita ada undang-undang dan sistem rule of law masih dipraktik.
"Jadi elok sistem sekarang dikekalkan. Tetapi undang-undang boleh di perketatkan," katanya kepada Rasuah Busters pada Ahad.
Dalam pada itu menyentuh sama ada Malaysia perlu mengenakan hukuman berat terhadap pesalah rasuah sehingga kepada hukuman gantung, beliau berkata, hukuman itu tidak sesuai dilaksanakan di negara ini.
"Mengenai hukum gantung saya tidak setuju, ini tidak sesuai sebagai satu hukuman untuk perasuah.
"Undang-undang antirasuah yang ada sekarang boleh diperhalusi atau diketatkan seperti kalau didapati bersalah kerana rasuah, hukuman penjara diwajibkan (mandatori) serta-merta walaupun perasuah itu membuat rayuan di mahkamah yang lebih tinggi," katanya.
Tambahnya, ini terutamanya kes rasuah yang melibatkan duit rakyat.
"Lagi bila mereka didapati bersalah di mahkamah rendah hukuman juga perlu dikenakan untuk merampas harta perasuah walaupun kes mereka dalam rayuan. Ini akan memberi impak segera.
"Undang-undang sekarang memberi ruang kepada perasuah yang didapati bersalah untuk merayau-rayau dan memberi persepsi negatif kepada rakyat bahawa undang-undang antirasuah di Malaysia lemah," katanya.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jun 06 2022
Muhammad Mohan berkata idea Nazir Razak tidak bersesuaian dengan situasi yang berlaku di Malaysia ketika ini. -Foto Sinar Harian
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Ikhlas Capital milik Nazir Razak melabur sehingga RM188.5 juta dalam Food Empire Singapura
Menurut theedgesingapore.com, pelaburan itu dibuat melalui syarikat tujuan khas di bawah firma pelaburan Ikhlas Capital Singapura.
'Takdir mempertemukan kami semula..." - Nazir dedah kisah pertemuan dengan Yati
Tan Sri Mohamed Nazir dilaporkan telah sah menjadi suami kepada pilihan hatinya, Yati Zainuddin semalam.
Nazir Razak selamat bernikah dengan Yati Zainuddin
Adik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Nazir mencuri perhatian netizen selepas tular sekeping gambar yang memperlihatkan beliau mengenakan busana pengantin serba putih.
Tun Musa Hitam selesai jalani pembedahan otak selepas jatuh ketika berkebun
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam selesai menjalani pembedahan pada otak selepas jatuh semasa berkebun pada minggu lepas.
Nazir Razak akhiri perkhidmatan sebagai Pengerusi BPMB
Nazir Razak bersara sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif BPMB berkuat kuasa 22 April ini selepas tamat tempoh dua tahun perkhidmatan.
Nazir Razak dilantik Pengerusi ASEAN-BAC, Tony Fernandes, Lim Chern Yuan sebagai Ahli Majlis
Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) Malaysia mengumumkan pelantikan Tan Sri Nazir Razak, pengerusi dan pengasas bersama Ikhlas Capital, sebagai pengerusinya bagi tempoh 2023-2026.
Nazir bimbang Najib ditipu Jho Low, pengurusan 1MDB - Saksi
Mohamed Nazir Razak pernah menyuarakan kebimbangan bahawa abang sulungnya, Najib, telah ditipu oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low.
Lepas tonton One Cent Thief, baru tahu maksud 'Out of Service' di mesin ATM
Siri Astro Originals ini juga turut menampilkan kemunculan istimewa Tan Sri Nazir Razak.
MAPEN 2.0 mungkin mampu elak Malaysia jadi negara gagal
Cadangan Pengerusi Bukan Eksekutif Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB), Tan Sri Nazir Razak agar Majlis Perundingan Negara (MAPEN) 2.0 di bawah Majlis Raja-raja diwujudkan dilihat wajar dipertimbang.
Cadangan tiru Hong Kong banteras rasuah tidak sesuai - TI-M
Katanya, undang-undang antirasuah kita sudah baik, cuma perlu diperketatkan penguatkuasaannya sahaja.