KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini diberitahu Tan Sri Mohamed Nazir Razak pernah menyuarakan kebimbangan bahawa abang sulungnya, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah ditipu oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low, berkaitan hal ehwal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pengerusi Kumpulan The Edge Media Tan Sri Tong Kooi Ong, 63, berkata Nazir pernah berjumpa beliau pada 2009 dan 2010 serta melahirkan kebimbangan bahawa Najib telah ditipu dalam urus niaga membabitkan dana kekayaan negara itu.
Tong juga bersetuju dengan cadangan peguam utama Najib iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bahawa berdasarkan siasatan beliau sendiri dan pasukan pakarnya terhadap dokumen yang mereka peroleh, saksi tersebut membuat kesimpulan Jho Low serta pengurusan 1MDB telah menipu bekas Perdana Menteri itu.
"Sebenarnya, saya terlibat dalam perkara ini atas permintaan Nazir kerana kami beranggapan bahawa Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah ditipu.
"Tanggapan pertama kami ialah Najib dan Lembaga Pengarah 1MDB telah ditipu oleh Jho Low serta beberapa anggota pengurusan 1MDB yang bersekongkol dengan ahli perniagaan itu," kata saksi pendakwaan ke-43 itu pada perbicaraan kes Najib membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.
Terdahulu, Tong berkata beliau tidak tahu sama ada data yang diperoleh daripada bekas Eksekutif PetroSaudi International Ltd (PSI) Xavier Andre Justo dicuri oleh warga Switzerland itu daripada bekas pekerjanya kerana tiada sesiapa mendakwa data mereka telah dicuri.
Saksi itu turut menafikan beliau telah membayar Justo untuk mendapatkan data tersebut.
Muhammad Shafee: Adakah anda tahu Justo telah meringkuk selama 18 bulan di penjara Thailand atas pertuduhan melakukan peras ugut?
Tong: Saya tidak tahu mengenai fakta kes itu.
"Saya hanya ingat Justo kalah dalam saman yang difailkannya di Singapura terhadap Ketua Pegawai Eksekutif The Edge Ho Kay Tat, Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dan saya sendiri untuk mendapatkan semula bayaran bagi data itu," katanya.
Najib, 69, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan amaun sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 21 2022

Najib, 69, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan amaun sama. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.

Najib akui guna bantuan Jho Low walaupun curiga dengan tindak-tanduknya
Najib mengakui bahawa beliau tetap menggunakan bantuan Jho Low dalam usaha mengukuhkan hubungan dengan Arab Saudi walaupun mempunyai perasaan curiga terhadap lelaki itu.

Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Januari 2025.

Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.

1MDB: 'Saya bukan tidak siuman untuk minta bukti dokumen jejas pembelaan' - Najib
Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, beliau bukan tidak siuman untuk meminta bukti dokumen yang boleh menjejaskan pembelaan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1MDB.

Saya secara palsu dikaitkan dengan perbuatan salah laku Jho Low - Najib
Najib memberitahu bahawa beliau secara palsu dilibatkan dalam perbuatan salah laku ahli perniagaan, Low Taek Jho berkaitan hal ehwal 1MDB.

1MDB: Pelayaran ke Selatan Perancis adalah percutian bersama keluarga - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pelayaran ke Selatan Perancis pada 2009 adalah semata-mata untuk meluangkan masa bercuti bersama keluarga.

1MDB: Shahrol Azral tidak seharusnya ikut arahan Jho Low - Najib
Bekas CEO 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi tidak seharusnya mengikut arahan Jho Low, kata Najib.

1MDB: Tidak wujud budaya kerja silo - Najib
Najib menafikan wujud struktur budaya kerja secara silo ketika beliau memegang jawatan Perdana Menteri.