KUALA LUMPUR: Kerajaan komited dalam usaha pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya bagi memastikan integriti institusi perundangan terpelihara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Beliau sekali gus membidas pihak pembangkang yang tidak melaksanakan perkara itu ketika gabungan berkenaan menjadi kerajaan, namun kini sering membangkitkan isu pendakwaan terpilih.
"Kenapa semasa yang di sana jadi kerajaan tidak pisahkan (Pengasingan kuasa) Peguam Negara? Bila Yang Berhormat di sana kena, kata 'oh pendakwaan terpilih', bila sini yang kena - kata padan muka.
"Kerajaan MADANI komited kepada tata kelola lebih adil. Kami walk the talk.
"Mereka (pembangkang), they don't walk, they don't talk," kata Azalina ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab celahan Datuk Seri Ronald Kiandee (PN-Beluran) dan Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) yang membangkitkan isu pendakwaan terpilih dalam kes-kes mahkamah yang kononnya hanya dikenakan terhadap pembangkang.
Azalina berkata di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Peguam Negara mempunyai kuasa mengikut budi bicara untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding.
"Setiap Peguam Negara ada kuasa dakwa dan lepaskan, dan bila hakim membebaskan, tak semestinya tak boleh didakwa.
"Pelbagai Peguam Negara terdahulu termasuk Tan Sri Tommy Thomas pun banyak kes telah dilepaskan. Sebab itu kerajaan komited pisahkan (fungsi) Peguam Negara dan pendakwa raya," katanya.
Beliau berkata kerajaan juga akan melaksanakan satu kajian emperikal sebelum memuktamadkan cadangan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya.
Selain itu, dalam penggulungannya Azalina berkata kerajaan dalam proses akhir untuk mendapatkan keputusan dasar berhubung cadangan pindaan yang telah diperolehi sebelum rang undang-undang mengenai pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) digubal.
Katanya kerajaan juga berhasrat dan menyasarkan untuk memuktamadkan serta membentangkan pindaan dan penambahbaikan Akta 711 selewat-lewatnya November ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 18 2023
AZALINA: Pelbagai Peguam Negara terdahulu termasuk Tan Sri Tommy Thomas pun banyak kes telah dilepaskan. Sebab itu kerajaan komited pisahkan (fungsi) Peguam Negara dan pendakwa raya. -Gambar fail/Bernama
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
DRB-Hicom terkesan penurunan jualan kenderaan, kerugian Pos Malaysia
Pendapatan sembilan bulan pertama DRB-Hicom Bhd bagi tahun kewangan 2024 terkesan disebabkan penurunan jualan kenderaan dan perkhidmatan pos.
Hutang RM1.24 trilion diuruskan secara bertanggungjawab, tiada krisis
Pakar Ekonomi menyifatkan hutang negara berjumlah RM1.24 trilion tidak membimbangkan kerana nisbah hutang kepada KDNK kekal di bawah 90 peratus.
[TERKINI] Penjawat awam Negeri Sembilan, P. Pinang terima bonus
Kerajaan Negeri Sembilan memberi bantuan khas kewangan dua bulan gaji manakala Kerajaan Pulau Pinang memberi setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri tahun depan
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
M Nasir terima Ijazah Kehormat UPSI
Datuk M Nasir akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada Sabtu.
Waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant, kemenangan dunia
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Pemberi maklumat yang mahu perlindungan perlu buat laporan dulu - Azalina
Mana-mana individu yang ingin mendapatkan pelindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab terlebih dahulu.
Dakwaan kumpulan Sulu bebas ambil tindakan terhadap Sabah tidak masuk akal - Azalina
Tuntutan Kumpulan Sulu yang mendakwa mereka bebas untuk mengambil tindakan terhadap Sabah, disifatkan sebagai tidak masuk akal.
Takiyuddin tuntut Azalina perjelas berkaitan Lembaga Pengampunan
Takiyuddin menuntut Azalina membuat penjelasan di Dewan Rakyat berhubung kenyataan mengelirukan mengenai sekretariat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan
Tuntutan Sulu: Mahkamah Agung Perancis umum keputusan bermakna buat kedaulatan Malaysia - Azalina
Mahkamah Agung Perancis hari ini menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan oleh kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu.
Malaysia raikan pelantikan bersejarah kepimpinan dalam pencegahan rasuah
Azam Baki berkata pelantikan berprestij itu dilihat sebagai bukti komitmen Malaysia semakin meningkat dalam memerangi rasuah.
Parlimen: Kajian empirikal asing peranan AG, Pendakwa Raya akan ambil masa - Azalina
Azalina berharap satu laporan interim berkaitan status pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dapat dimasukkan dalam kajian empirikal berkaitan perkara itu pada tahun depan.
Menteri Kabinet sambut baik pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung kewarganegaraan
Pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan disifatkan satu detik bersejarah buat negara.
Tiga kertas kerja berkaitan GISB dibentangkan di Parlimen minggu depan - Azalina
Tiga kertas kertas kerja berkaitan GISB akan dibentangkan pada hari kedua Persidangan Dewan Rakyat yang bermula Isnin ini.
Kes Lahad Datu: Keputusan mahkamah setimpal dengan sifat, kezaliman tertuduh - Azalina
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ia juga satu keputusan yang positif kepada negara.
Azalina terima anugerah GIFA, peranan dalam agenda reformasi timbang tara diiktiraf
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dinobatkan sebagai penerima anugerah 'Global Islamic Finance Awards (GIFA) Special Award 2024'.