PUTRAJAYA: Inisiatif pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan dilaksana secara berfasa selama dua tahun melalui kajian empirikal di tiga negara iaitu Kanada, Australia serta United Kingdom.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pelaksanaan kajian itu dipersetujui Jemaah Menteri pada 31 Jan lepas dengan kajian empirikal yang pertama akan dilaksana di Kanada pada Mei tahun ini.
Kajian itu antara lain melibatkan perjumpaan dengan Menteri Keadilan dan Peguam Negara Kanada iaitu Arif Virani, Jawatankuasa Pilihan Khas serta Ketua Pengarah Pendakwa Kanada.
Selain itu, perbincangan meja bulat dijangka diadakan di Universiti Ottawa dengan penyertaan dan kerjasama Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya bersama pakar perundangan yang berkenaan.
"Perbincangan di Kanada akan memfokus kepada kajian empirikal secara terperinci dan mendapatkan keterangan secara terus mengenai model pengasingan terbaik yang diamalkan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Azalina berkata parameter kajian itu mencakupi beberapa aspek termasuk perlindungan institusi terhadap pelantikan dan pemecatan Pendakwa Raya serta aspek akauntabiliti khususnya mengenai keperluan melaporkan kepada mana-mana badan sebagai mekanisme semak dan imbang.
Aspek lain ialah takat campur tangan Peguam Negara berkaitan penetapan dasar keadilan jenayah dan kuasa untuk menghentikan pendakwaan jika dimulakan oleh Pendakwa Raya serta struktur perkhidmatan, struktur organisasi dan operasi pejabat Pendakwa Raya di luar negara.
"Pelaksanaan kajian ini memperlihatkan bahawa kerajaan MADANI akan terus kekal komited dalam agenda reformasi institusi yang akan memastikan tadbir urus negara yang lebih demokratik dipertingkat selaras dengan pentadbiran, sistem perundangan dan tatakelola yang baik," katanya.
Beliau juga berkata kajian itu akan dipantau oleh dua jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Kajian Komparatif dan Jawatankuasa Teknikal.
Keanggotaan Jawatankuasa Kajian Komparatif melibatkan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihanraya dan Reformasi Institusi, seorang wakil Ahli Dewan Rakyat, masing- masing daripada blok kerajaan dan pembangkang serta agensi pusat seperti Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam.
Azalina berkata Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dan Jabatan Peguam Negara akan menjadi urus setia bersama bagi kedua-dua jawatankuasa.
"Kedua-dua jawatankuasa ini akan memastikan kajian empirikal dapat dilaksanakan secara menyeluruh dengan mengambil kira pelaksanaan pengasingan di negara lain serta pandangan pihak berkepentingan di dalam negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 02 2024

Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pelaksanaan kajian itu dipersetujui Jemaah Menteri pada 31 Jan lepas dengan kajian empirikal yang pertama akan dilaksana di Kanada pada Mei tahun ini. - Gambar fail/Astro AWANI

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya dilaksana di tiga negara - Azalina
Inisiatif pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan dilaksana secara berfasa selama dua tahun melalui kajian empirikal di tiga negara iaitu Kanada, Australia serta United Kingdom.