KUALA LUMPUR: Etika kewartawanan dan usaha meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai penyebaran berita palsu, adalah antara isu yang akan diketengahkan pada sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023.
Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Roslan Ariffin berkata, ini kerana antara cabaran utama dihadapi wartawan kini adalah penyebaran maklumat tidak sahih oleh pengguna media sosial yang tidak terlatih serta tidak terikat dengan etika kewartawanan.
"Tak dinafikan, bukan semua pengguna di media sosial ini dalam kalangan mereka yang terlatih (celik media)... (pempengaruh) media sosial yang wujud menganggap diri mereka juga sebagai wartawan tetapi sebenarnya mereka tidak, kerana wartawan dilatih khas.
"Oleh itu, tanpa ada pengesahan dan kesahihan (maklumat) daripada sumber-sumber tidak rasmi dan tidak sahih, kemudian disiarkan di platform masing-masing dan ini menimbulkan kebimbangan apabila tersebarnya berita palsu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual bagi program HAWANA 2023: Media Bebas Tunjang Demokrasi disiarkan Bernama Radio hari ini.
Sementara itu, Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia dan Indonesia (ISWAMI) Malaysia, Datuk Mokhtar Hussain berkata, sambutan HAWANA memberi peluang kepada pengamal media di kedua-dua negara bertukar pandangan dan pengetahuan bagi menambah baik profesion kewartawanan.
Bekas ketua pegawai eksekutif Bernama itu berkata, beberapa pemimpin media dari Indonesia juga dijemput dan akan mengambil bahagian sebagai ahli panel forum bagi berkongsi pengalaman mengenai penubuhan Dewan Pres atau Majlis Media di republik itu, di samping mengukuhkan hubungan.
"Indonesia juga merancang, memikirkan cara mendapat peruntukan dana daripada tech giants (syarikat gergasi teknologi) untuk turut sama membayar yuran kepada media kerana tech giants juga menggunakan bahan-bahan kandungan berita oleh media tempatan.
"Jadi kita harap kehadiran mereka nanti mereka dapat kongsikan pengalaman ke arah itu," katanya ketika menjadi tetamu dalam program Jendela Fikir: Pena Penulisan Nusantara oleh Bernama Radio, hari ini.
Mokhtar berkata, Indonesia sedang memperhalusi pelaksanaan langkah tersebut memandangkan syarikat-syarikat berkenaan seharusnya menyalurkan sedikit pendapatan atas penggunaan kandungan media, seperti yang dilaksanakan di Australia.
Sambutan HAWANA 2023 bakal diadakan di Ipoh, Perak dari 27 hingga 29 Mei ini dengan mengangkat tema 'Media Bebas, Tunjang Demokrasi' untuk memberi penekanan semula terhadap isu kebebasan media dalam menjalankan tugas mereka.
Majlis Kemuncak HAWANA 2023 akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 28 Mei.
Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan pertama akhbar di Malaysia iaitu Utusan Melayu pada 29 Mei 1939, yang menjadi platform pertama media di negara ini. - BERNAMA
Bernama
Tue May 23 2023

Menurut Roslan Ariffin, antara cabaran utama dihadapi wartawan kini adalah penyebaran maklumat tidak sahih oleh pengguna media sosial yang tidak terlatih serta tidak terikat dengan etika kewartawanan. - Gambar BERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Analisis: Forum HAWANA tidak buahkan penyelesaian kukuh pecahkan monopoli media sosial
HAWANA 2023 gagal menghasilkan satu rangka kerja untuk meraih pendapatan daripada kandungan yang ditawarkan oleh organisasi media.

Tiga wartawan veteran Perak terima bantuan Tabung Kasih@HAWANA
Tiga wartawan veteran Perak menerima bantuan Tabung Kasih@HAWANA sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023.

HAWANA 2023: PM terima kad media, simbolik hargai sumbangan media
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima Kad Perakuan Media Jabatan Penerangan Malaysia kategori emas, bersempena kemuncak sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023.

Wartawan mengajar saya jadi manusia berani, bertanggungjawab - Datuk Lat
Menurut Datuk Lat, kerjaya wartawan disifatkan satu cabaran, kerana mereka perlu mengharungi bahaya termasuk merisikokan diri demi tugas.

HAWANA 2023: Media tradisional harus bekerjasama dengan pengiklan untuk cipta lebih banyak peluang
Media tradisional harus bekerjasama rapat dengan pengiklan untuk mencipta dan menginovasi lebih banyak peluang untuk meningkatkan kesedaran jenama sebagai salah satu alat pemasaran dalam era digital.

HAWANA 2023: Majlis Media perlu bebas daripada campur tangan kerajaan
Taufiqurrahman berkata badan itu penting dalam memastikan media negara berkenaan bebas daripada campur tangan kerajaan.

HAWANA 2023: Surat khabar masih punyai peranan penting - PM Anwar
Surat khabar tetap mempunyai peranan penting dalam menyalurkan maklumat dan berpotensi untuk bertahan jika mengekalkan mutu dan integritinya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

HAWANA 2023: Pandangan kritis, idea bernas media bantu tambah baik pentadbiran kerajaan
Media memainkan peranan penting sebagai medium untuk melontarkan pandangan kritis dan idea bernas bagi penambahbaikan dalam urusan pentadbiran kerajaan.

HAWANA 2023: Kerajaan bincang dengan platform media sosial isu plagiat laporan berita
Kerajaan sedang mengadakan siri perbincangan dengan syarikat-syarikat penyedia platform media sosial termasuk berkaitan isu hak cipta bahan berita yang diterbitkan.

Malaysia perlukan media yang bebas, berani untuk bersuara - Fahmi
Media bertujuan memastikan bahawa suara semua pihak dapat didengar dengan jelas dan diberi perhatian.