IPOH: Surat khabar tetap mempunyai peranan penting dalam menyalurkan maklumat dan berpotensi untuk bertahan jika mengekalkan mutu dan integritinya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata walaupun media sosial kini mengambil alih peranan akhbar fizikal, namun beliau masih berpandangan surat khabar mempunyai peranan yang lebih tinggi dan wajar berbanding media sosial.
"Saya masih mewakili fikiran lama, saya masih setiap hari selain melihat sedikit perkembangan di media sosial, saya masih wajib membaca surat khabar setiap hari," katanya ketika berucap merasmikan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan Timbalannya Teo Nie Ching.
Hadir sama Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak Mohd Azlan Helmi.
Bertemakan "Media Bebas Tunjang Demokrasi", kira-kira 1,000 pengamal media menghadiri majlis yang diadakan untuk mengiktiraf peranan media itu.
Dalam pada itu, Anwar berkata tugas seorang wartawan itu bukan sekadar perakam idea, sebaliknya pencetus idea yang berteraskan nilai.
"Bila berkata bicara negara ini MADANI, demokrasi, maknanya kita nak terapkan nilai, bukan fahaman sempit yang boleh melemah dan mematikan semangat atau pecah belahkan rakyat.
Jadi pembentukan nilai dan MADANI itu penting, ini (MADANI) istimewa dan unik kerana menekankan nilai dan akhlak itu mendasari pemikiran, pembangunan, kebebasan kewartawanan dan lain lain, jadi saya gesa rakan-rakan untuk sebarkan maklumat berdasarkan ilmu dan nilai," katanya.
Anwar juga berkata media negara ini perlu kekal bebas sepenuhnya dari sebarang bentuk pengaruh dan tekanan, bagaimanapun perlu mengelak daripada mengeluarkan unsur-unsur yang mengungkit permusuhan kaum dan agama.
Pada majlis hari ini juga, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan permulaan RM1 juta untuk Tabung Kasih@HAWANA yang diwujudkan sempena HAWANA 2023 bagi menyantuni pengamal media, bekas petugas media dan wartawan veteran yang memerlukan bantuan.
Tabung Kasih@HAWANA merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi dan Digital dan dilaksanakan menerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebagai usaha berterusan membantu komuniti media yang berdepan dengan kesukaran dan cabaran hidup.
Anwar turut menyampaikan sumbangan daripada tabung berkenaan kepada tiga wartawan veteran di Perak iaitu bekas pemberita bebas Ou So Ha @ Ou Kok Meng, 74, pemberita sambilan akhbar Tamil Malar V Maniam, 76 dan Editor portal berita Independent.my Haron Shafei, 65.
Terdahulu di bawah inisiatif sama Haslinda Ahmad, balu kepada jurukamera TV3 Perak, Allahyarham Rosli Abu Bakar, turut menerima sumbangan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap merasmikan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di Hotel Casuarina hari ini. - Foto Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Permukiman Jemaah Menteri: PM Anwar puji kesungguhan, akui ada ruang untuk penambahbaikan
Sidang penilaian prestasi ini berfungsi sebagai platform untuk menerima laporan dan teguran daripada pihak berkecuali, termasuk akademik dan penjawat awam.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.