IPOH: Tiga wartawan veteran Perak menerima bantuan Tabung Kasih@HAWANA sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023, inisiatif yang bertujuan menyantuni pengamal media, bekas petugas media dan wartawan veteran yang memerlukan.
Mereka ialah bekas pemberita bebas Ou So Ha @ Ou Kok Meng, 74, pemberita sambilan akhbar Tamil Malar V. Maniam, 76, dan editor portal berita Independent.my, Haron Shafei, 65.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan bantuan berkenaan sempena perasmian HAWANA 2023 di sini hari ini.
Ou yang kini uzur, pernah menulis untuk beberapa akhbar berbahasa Cina seperti China Press dan Nanyang Siang Pau, manakala Maniam yang menghidap Parkinson pernah bekerja dengan Makkal Osai serta Malaysia Nanban.
Sementara itu, Haron yang merupakan bekas wartawan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan akhbar tabloid Bintang Timur, kini penulis bebas di sebuah portal, Independent.my.
Haron ketika ditemui Bernama berkata bantuan menerusi tabung Kasih@HAWANA yang diterima hari ini sedikit sebanyak dapat membantu dirinya yang kini tidak mempunyai pendapatan tetap.
"Ini (bantuan) merupakan satu usaha murni dan perlu diteruskan pada masa akan datang," katanya yang berkecimpung dalam bidang kewartawanan sejak 1978.
Tabung Kasih@HAWANA merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dan dilaksanakan menerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebagai usaha berterusan membantu komuniti media yang berdepan kesukaran dan cabaran hidup.
Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil telah menyampaikan sumbangan kepada bekas wartawan Utusan Melayu (M) Bhd, Muhammad Basir Abu Bakar yang menghidap penyakit jantung dan wartawan veteran, Mohd Sidek Salleh yang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas menjalani pembedahan akibat kanser usus.
Sumbangan turut diberikan kepada Haslinda Ahmad iaitu balu jurukamera TV3 Perak Allahyarham Rosli Abu Bakar yang meninggal dunia pada 9 Mei lepas akibat komplikasi kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan jantung.
Bantuan disumbangkan oleh KKD, Bank Rakyat Malaysia Berhad, Pusat Pakaian Hari-Hari, Mydin, Aeon Big dan MSM Malaysia Holdings Berhad.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan Tabung Kasih HAWANA kepada bekas Pemberita bebas untuk beberapa akhbar Cina Ou So Ha @ Ou Kok Meng (empat,kiri) pada kemuncak sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023. - BERNAMA
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

Tiga wartawan veteran Perak terima bantuan Tabung Kasih@HAWANA
Tiga wartawan veteran Perak menerima bantuan Tabung Kasih@HAWANA sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023.