IPOH: Pada sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 yang berlangsung di sini, hujung minggu lalu, media sosial adalah topik utama kebanyakan acara yang diadakan, sama ada selaku penyangak yang "mencuri" sumber pendapatan media tradisional atapun penyelamat dengan kaedah terbaik untuk kelangsungan dan pertumbuhan organisasi itu.
HAWANA tahun ini bertemakan "Media Bebas, Tunjang Demokrasi", mengupas tentang perlunya sektor media yang bebas tanpa campur tangan mana-mana pihak.
Namun, bidang kewartawanan kini diancam oleh media sosial, berdepan bukan sahaja kehilangan pembiayaan tetapi juga kedudukan selaku penyaring fakta dan keupayaan melaporkan kebenaran.
Sejak beberapa dekad yang lalu, media tradisional mengalami kemerosotan susulan kemunculan media sosial yang mengambil alih kedudukan sebagai platform utama pengiklanan menerusi keupayaannya menyediakan pengiklanan mengikut kesesuaian pengguna.
Medium itu juga menjadi pemacu utama maklumat dan berita, dengan isu yang dilaporkan lebih awal oleh media sosial meraih tumpuan dan respons orang awam.
Kehilangan pendapatan daripada pengiklanan bermakna banyak organisasi media di negara ini dan juga negara lain terpaksa mengurangkan kos termasuk memberhentikan wartawan, selain membataskan dana bagi kewartawanan penyiasatan. Banyak organisasi media gulung tikar.
Pakar media di forum media HAWANA di bawah slot "Kelangsungan Media Tradisional dalam Era Digital", bersetuju bahawa bagi membolehkan media tradisional bersaing dengan media sosial, organisasi berita perlu menghasilkan laporan yang mampu menarik perhatian umum.
"Kandungan adalah 'raja'. Jadi, apabila kita tidak ada kandungan yang bagus, pada akhirnya pengedaran juga terjejas," kata Nicholas Sagau, Ketua Pegawai Operasi Rev Media.
Beliau berkata, organisasi berita adalah pakar dalam menghasilkan kandungan, "namun, mereka perlu mengubah cara (mereka) menyampaikan kandungan itu."
"Anda perlu tarik pembaca bagi akhbar anda," kata Sheila Shanmugam, Ketua Pegawai Eksekutif Mindshare Group, yang bersetuju dengan pendapat Nicholas.
Walaupun terdapat banyak cadangan tentang bagaimana mahu menarik perhatian khalayak baharu dan sedia ada menerusi media sosial, HAWANA 2023 yang melabuhkan tirai pada Isnin, gagal menghasilkan satu rangka kerja untuk meraih pendapatan daripada kandungan yang ditawarkan oleh organisasi media.
Ramai wartawan dan pengamal media berpendapat jawapannya terletak pada Majlis Media Malaysia (MMM) yang menurut mereka amat penting bagi mengawal selia, menetapkan piawaian dan mengekalkan kebebasan organisasi media di negara ini.
Diutarakan pada 2018, penubuhan MMC sedang dikaji, demikian menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Beberapa hadirin memberitahu Bernama mereka berasa kecewa apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengumumkan penubuhan MMM atau perincian lanjut tentang majlis itu semasa pelancaran rasmi HAWANA 2023 pada Ahad.
"Saya ingatkan MMM akan diumum semasa HAWANA. Isu ini telah dibahaskan sejak sekian lama dan sudah tiba masanya MMM ditubuhkan," kata Dr Wan Hartini Wan Zainodin, Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.
Selain mengawal selia atau menetapkan piawaian, MMC juga boleh memainkan peranan memastikan wanita memenuhi 30 peratus jawatan utama dalam organisasi media.
Alasannya mudah, iaitu kajian dan data telah berulang kali menunjukkan bahawa syarikat yang mempunyai kepelbagaian di peringkat kepimpinan dan tenaga kerja adalah lebih berjaya dan berdaya maju.
Menurut laporan Institut Pengajian Kewartawanan Reuters 2023, kira-kira 22 peratus daripada 180 editor utama di 240 organisasi media di seluruh dunia adalah wanita, sekalipun 40 peratus wartawan di 12 pasaran yang dikaji adalah golongan hawa.
Laporan media 2020 oleh Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia dan Persekutuan Antarabangsa Wartawan Rantau Asia Pasifik mendapati kekurangan bilangan wanita di peringkat editor kanan mewujudkan kitaran "toksik yang berulang sendiri", iaitu hanya terdapat segelintir mentor di bilik berita sebagai pemimpin wanita pada masa depan.
Wan Hartini memberitahu Bernama bahawa MMM boleh memainkan peranan penting dalam memecahkan halangan yang tidak kelihatan bagi wanita dalam kewartawanan.
"Bukan sahaja majlis itu akan membantu mengimbangi peringkat pembuat keputusan, tetapi turut memberikan lebih suara kepada wartawan dan pengamal media wanita," katanya.
Sebagai seorang daripada sekumpulan kecil wanita berjawatan editor kanan dalam organisasi media Malaysia, Esther Ng, Ketua Pegawai Kandungan Star Media Group, memberitahu Bernama yang beliau terkejut apabila mengetahui beliau satu-satunya wanita dilantik ke jawatan utama semasa pelantikannya lima tahun lepas.
Tambah beliau,dalam tempoh itu juga tidak banyak yang berubah.
"Memalukan, kerana media memberi penekanan terhadap agenda 30 peratus pembuat keputusan adalah wanita, namun dalam industri kami sendiripun kami tidak dapat melaksanakannya," kata beliau.
"Kita hebat dalam memantau orang lain, (akan tetapi) bagaimana dengan kita sendiri?"
Pertarungan David dan Goliath
Pakar media berharap MMC akan membolehkan media menjadi lebih bebas.
Sekalipun Malaysia mengatasi semua negara Asia Tenggara lain dari segi kebebasan media - di tangga ke-73 dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2023 - wujud kebimbangan yang kebebasan itu hanya sekejap, bergantung pada siapa yang berkuasa.
"Media perlu beroperasi dalam masyarakat bebas tanpa sebarang campur tangan," kata M. Taufiqurrahman, Ketua Pengarang Jakarta Post yang memberi contoh Majlis Media Indonesia.
Meluaskan kebebasan media dan mengurangkan penapisan terhadap media tradisional juga akan membantu menarik audiens baharu, kata Sheila yang juga pakar media sosial.
"Ketua organisasi media dipandu oleh idea tertentu, tentang apa yang boleh kita kata dan apa yang tidak boleh, apa yang boleh dilaporkan dan apa yang tidak boleh, justeru, pelaporan menjadi sangat ketat. Media sosial pula ada kebebasan. Jadi, anda rasa yang mana pilihan orang awam?" kata beliau.
Beliau berkata, kebebasan tidak bermakna bebas sepenuhnya dan menambah perlu ada garis panduan tentang kenyataan bersifat kebencian dan perkauman.
Bagaimanapun, kejayaan menarik audiens baharu menjadi tidak bermakna jika tidak ada mekanisme bagi menghasilkan wang daripada kandungan yang dikongsikan di media sosial.
Beberapa tetamu HAWANA 2023 berharap MMM akan membantu dalam rundingan dengan Big Tech seperti yang dilakukan oleh Australia, Indonesia dan Taiwan, berhubung perkongsian pendapatan dengan organisasi media yang kekal sebagai penyedia kandungan utama bagi media sosial.
"Kerajaan wajar menimbang mekanisme atau model yang digunakan Australia dalam perbincangan dengan organisasi berita tempatan serta syarikat teknologi seperti Google dan META bagi kandungan tempatan, dan bagaimana bayaran boleh dibuat," kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia, Datuk Chamil Wariya.
Chamil juga berpendapat, tiada jawapan mudah diberikan oleh forum media HAWANA kepada organisasi berita yang ingin mengambil balik kerugian mereka atau menjana kewangan daripada kandungan yang dihasilkan mereka, menambah wartawan dan organisasi media harus terus memikirkan cara untuk meraih pendapatan dan membiayai kewartawanan yang baik.
Akan tetapi, dalam keghairahan menarik khalayak baharu melalui media sosial, sesetengah berasa bimbang pertubuhan berita mungkin terlalu bertumpu pada bentuk berita yang dimahukan oleh orang awam seperti gosip skandal berbanding berita yang mereka perlukan seperti kelulusan undang-undang baharu yang mempengaruhi kehidupan mereka.
Wan Hartini memberitahu Bernama, organisasi media perlu mengamalkan kewartawanan bertanggungjawab.
"Kita jangan menuruti membuta tuli. Kelangsungan dan etika harus bergerak seiring," katanya.
"Kuasa datang berserta tanggungjawab." - BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023
Fahmi Fadzil bersama timbalannya, Teo Nie Ching dan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Roslan Ariffin mendengar forum Kelangsungan Media Tradisional Dalam Era Digital sempena HAWANA 2023 di sebuah hotel di Ipoh, hujung minggu lalu. - Gambar BERNAMA
Mogok pekerja Starbucks merebak ke beberapa bandar di Amerika Syarikat
Pekerja Starbucks di Amerika Syarikat meluaskan mogok mereka ke Boston, Dallas dan Portland di tengah-tengah pertikaian buruh yang memuncak.
Aplikasi Files by Google terima integrasi Gemini untuk rumus fail PDF
Ciri ini memudahkan pengguna untuk berinteraksi dengan dokumen PDF tanpa perlu memuat naik fail ke dalam aplikasi Gemini.
Hampir seminggu hanyut, dua mangsa selamat kembali
Laporan bedah siasat dan dna guru sekolah, Istiqomah Ahmad Rozi sudah disiapkan dan diserah kepada pihak pendakwaan.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.
Institusi perubatan awam makin parah - Gerakan
Parti Gerakan menyifatkan institusi perubatan awam dalam negara menghadapi gelombang besar dan parah.
Hospital kerajaan terbeban jika M40 batal polisi insurans - Sim Tze Tzin
Hospital kerajaan akan menjadi terlalu padat akibat pertambahan pesakit daripada golongan M40 yang tidak lagi mampu membayar polisi insurans.
Gangguan seksual di UA perlu bukti, fakta diperoleh melalui kaedah tepat
Sebarang dakwaan berhubung gangguan seksual hendaklah berasaskan kepada bukti dan fakta yang diperoleh melalui kaedah tepat dan boleh dipercayai.
Perlis harap tempoh operasi pintu sempadan Padang Besar, Wang Kelian dilanjutkan
Kerajaan Negeri Perlis berharap operasi ICQS Padang Besar dilanjutkan kepada 12 tengah malam manakala di ICQS Wang Kelian pula beroperasi hingga 9 malam.
AWANI Ringkas: Hannah diarah bayar kos mahkamah RM40,000
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pesawat terhempas di Brazil, ahli perniagaan dan 9 ahli keluarga maut
Kesemua 10 orang di dalam sebuah pesawat kecil terbunuh apabila pesawat itu terhempas di bandar Gramado, selatan Brazil.
Prospek Pelaburan 2025: Lebih Cabaran & Peluang
Memasuki tahun 2025 tidak lama lagi, ekonomi global dilihat berada di persimpangan, dengan ketegangan geopolitik, cabaran struktur di China dan dasar perdagangan AS, menambah ketidaktentuan pasaran. Ulasan bersama Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan.
Analisis: Forum HAWANA tidak buahkan penyelesaian kukuh pecahkan monopoli media sosial
HAWANA 2023 gagal menghasilkan satu rangka kerja untuk meraih pendapatan daripada kandungan yang ditawarkan oleh organisasi media.
Tiga wartawan veteran Perak terima bantuan Tabung Kasih@HAWANA
Tiga wartawan veteran Perak menerima bantuan Tabung Kasih@HAWANA sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023.
HAWANA 2023: PM terima kad media, simbolik hargai sumbangan media
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima Kad Perakuan Media Jabatan Penerangan Malaysia kategori emas, bersempena kemuncak sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023.
Wartawan mengajar saya jadi manusia berani, bertanggungjawab - Datuk Lat
Menurut Datuk Lat, kerjaya wartawan disifatkan satu cabaran, kerana mereka perlu mengharungi bahaya termasuk merisikokan diri demi tugas.
HAWANA 2023: Media tradisional harus bekerjasama dengan pengiklan untuk cipta lebih banyak peluang
Media tradisional harus bekerjasama rapat dengan pengiklan untuk mencipta dan menginovasi lebih banyak peluang untuk meningkatkan kesedaran jenama sebagai salah satu alat pemasaran dalam era digital.
HAWANA 2023: Majlis Media perlu bebas daripada campur tangan kerajaan
Taufiqurrahman berkata badan itu penting dalam memastikan media negara berkenaan bebas daripada campur tangan kerajaan.
HAWANA 2023: Surat khabar masih punyai peranan penting - PM Anwar
Surat khabar tetap mempunyai peranan penting dalam menyalurkan maklumat dan berpotensi untuk bertahan jika mengekalkan mutu dan integritinya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
HAWANA 2023: Pandangan kritis, idea bernas media bantu tambah baik pentadbiran kerajaan
Media memainkan peranan penting sebagai medium untuk melontarkan pandangan kritis dan idea bernas bagi penambahbaikan dalam urusan pentadbiran kerajaan.
HAWANA 2023: Kerajaan bincang dengan platform media sosial isu plagiat laporan berita
Kerajaan sedang mengadakan siri perbincangan dengan syarikat-syarikat penyedia platform media sosial termasuk berkaitan isu hak cipta bahan berita yang diterbitkan.
Malaysia perlukan media yang bebas, berani untuk bersuara - Fahmi
Media bertujuan memastikan bahawa suara semua pihak dapat didengar dengan jelas dan diberi perhatian.