IPOH: Majlis Media Malaysia yang sedang dirancang penubuhannya, perlu bebas daripada campur tangan mahupun pergantungan kepada kerajaan, dan ia perlu kekal bebas walaupun jika berlaku pertukaran dalam kepimpinan kerajaan, kata ahli panel Forum Media Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023.
Bercakap dalam Forum Media yang bertajuk Kelangsungan Media Tradisional Dalam Era Digital hari ini, Ketua Pengarang Jakarta Post Taufiqurrahman, Penasihat Kanan Persatuan Pengiklan Malaysia Mohammad Kadri Talib, Ketua Pegawai Operasi Rev Media Group Nicholas Sagau, dan Ketua Pegawai Eksekutif Mindshare Group Sheila Shanmugam, senada menyokong penubuhan majlis media itu di Malaysia.
Dengan mengambil Majlis Media Indonesia sebagai contoh, Taufiqurrahman berkata badan itu penting dalam memastikan media negara berkenaan bebas daripada campur tangan kerajaan.
Beliau berkata majlis media dianggotai enam ahli itu mengendalikan sebarang bentuk fitnah atau aduan daripada orang ramai, di samping menyediakan latihan serta pendidikan kepada wartawan dan badan media.
"Ia adalah satu cara bagi mewujudkan kawalan kendiri antara kita, tanpa melibatkan campur tangan politik daripada kerajaan atau pihak perniagaan," katanya.
Sehubungan itu beliau berkata ahli majlis media di Malaysia harus dipilih, dan bukannya dilantik oleh kerajaan.
Beberapa ahli panel forum itu berpandangan dalam mewujudkan Majlis Media Malaysia, ada isu-isu tertentu yang mesti ditangani terlebih dahulu, seperti skop, objektif dan agendanya.
"Adakah kita mahu mewujudkan garis panduan atau mengenakan peraturan? Apa yang perlu kita tangani dan apakah pergantungan itu? Kebergantungan pada badan yang mana? Adakah ia mengenai peraturan? Adakah ia mengenai penciptaan kandungan? Adakah ia mengenai bakat?" kata Sheila pula.
Beliau berkata menentukan butiran ini akan membantu dalam mendapatkan ahli yang benar-benar berkelayakan menduduki tempat yang tepat.
Semasa ahli panel forum itu bersetuju bahawa majlis media yang dicadangkan itu harus kekal sebebas mungkin, ada juga yang berpendapat masih perlu ada ruang untuk kerajaan bersuara dalam hal ehwal media.
Ahli panel itu turut berbincang sama ada kerajaan harus mengikuti contoh Australia, Indonesia dan Taiwan dalam mewajibkan organisasi berita berbayar Big Tech untuk menggunakan kandungan mereka pada platform masing-masing.
Taufiqurrahman berkata Indonesia sedang merangka undang-undang yang memerlukan platform media sosial untuk membuat perjanjian perniagaan dengan organisasi berita.
"Saya rasa ini adalah satu-satunya cara yang kita ada untuk kita memiliki masa depan yang mampan bagi menampilkan peluang sama rata buat semua pihak media. Jika tidak, ia akan menjadi persaingan yang sangat sengit, bebas disertai semua, dan jika anda di pihak yang kerdil, anda langsung tiada peluang," katanya.
Bagaimanapun tidak semua bersetuju campur tangan sebegini akan berjaya.
"Saya rasa amat sukar untuk mewujudkan peluang sama rata dalam pasaran. Walaupun kita mengubah diri kita, syarikat-syarikat besar seperti Meta (syarikat induk Facebook) dan Google, akan sentiasa berada di sana untuk bersaing," kata Nicholas.
Beliau berkata terdapat beberapa model perkongsian pendapatan untuk organisasi berita dan Big Tech, termasuk bekerja dengan platform media sosial, atau meminta Big Tech membayar cukai kepada kerajaan, yang akan disebarkan kepada organisasi berita.
Forum media anjuran bersama BERNAMA dan Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abd Razak itu dihadiri oleh wartawan dan ahli akademik dari Singapura, Vietnam, Indonesia, Filipina, China, Jepun dan Kuwait.
HAWANA disambut setiap tahun pada 29 Mei bagi meraikan wartawan di Malaysia sejak 2018, dengan tarikh 29 Mei dipilih sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2023
![HAWANA 2023: Majlis Media perlu bebas daripada campur tangan kerajaan HAWANA 2023: Majlis Media perlu bebas daripada campur tangan kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685266482_TBHawana.jpg)
Ketua Editor The Jakarta Post M Taufiqurrahman bercakap ketika slot Kelangsungan Media Tradisional Dalam Era Digital pada sesi Forum Media bertajuk Masa Depan Media sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di sebuah hotel hari ini. - BERNAMA
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Analisis: Forum HAWANA tidak buahkan penyelesaian kukuh pecahkan monopoli media sosial Analisis: Forum HAWANA tidak buahkan penyelesaian kukuh pecahkan monopoli media sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61685497545_ForumMediaHAWANA.jpg)
Analisis: Forum HAWANA tidak buahkan penyelesaian kukuh pecahkan monopoli media sosial
HAWANA 2023 gagal menghasilkan satu rangka kerja untuk meraih pendapatan daripada kandungan yang ditawarkan oleh organisasi media.
![Tiga wartawan veteran Perak terima bantuan Tabung Kasih@HAWANA Tiga wartawan veteran Perak terima bantuan Tabung Kasih@HAWANA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685278118_TBANWARTABUNGKASIH.jpg)
Tiga wartawan veteran Perak terima bantuan Tabung Kasih@HAWANA
Tiga wartawan veteran Perak menerima bantuan Tabung Kasih@HAWANA sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023.
![HAWANA 2023: PM terima kad media, simbolik hargai sumbangan media HAWANA 2023: PM terima kad media, simbolik hargai sumbangan media](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71685276384_TBANWARHAWANA.jpg)
HAWANA 2023: PM terima kad media, simbolik hargai sumbangan media
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima Kad Perakuan Media Jabatan Penerangan Malaysia kategori emas, bersempena kemuncak sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023.
![Wartawan mengajar saya jadi manusia berani, bertanggungjawab - Datuk Lat Wartawan mengajar saya jadi manusia berani, bertanggungjawab - Datuk Lat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81685265520_TBDatukLat.jpg)
Wartawan mengajar saya jadi manusia berani, bertanggungjawab - Datuk Lat
Menurut Datuk Lat, kerjaya wartawan disifatkan satu cabaran, kerana mereka perlu mengharungi bahaya termasuk merisikokan diri demi tugas.
![HAWANA 2023: Media tradisional harus bekerjasama dengan pengiklan untuk cipta lebih banyak peluang HAWANA 2023: Media tradisional harus bekerjasama dengan pengiklan untuk cipta lebih banyak peluang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81685266416_TBHawana.jpg)
HAWANA 2023: Media tradisional harus bekerjasama dengan pengiklan untuk cipta lebih banyak peluang
Media tradisional harus bekerjasama rapat dengan pengiklan untuk mencipta dan menginovasi lebih banyak peluang untuk meningkatkan kesedaran jenama sebagai salah satu alat pemasaran dalam era digital.
![HAWANA 2023: Majlis Media perlu bebas daripada campur tangan kerajaan HAWANA 2023: Majlis Media perlu bebas daripada campur tangan kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685266482_TBHawana.jpg)
HAWANA 2023: Majlis Media perlu bebas daripada campur tangan kerajaan
Taufiqurrahman berkata badan itu penting dalam memastikan media negara berkenaan bebas daripada campur tangan kerajaan.
![HAWANA 2023: Surat khabar masih punyai peranan penting - PM Anwar HAWANA 2023: Surat khabar masih punyai peranan penting - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685268457_TBAnwarIbrahim.jpg)
HAWANA 2023: Surat khabar masih punyai peranan penting - PM Anwar
Surat khabar tetap mempunyai peranan penting dalam menyalurkan maklumat dan berpotensi untuk bertahan jika mengekalkan mutu dan integritinya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![HAWANA 2023: Pandangan kritis, idea bernas media bantu tambah baik pentadbiran kerajaan HAWANA 2023: Pandangan kritis, idea bernas media bantu tambah baik pentadbiran kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71685266279_TBHawana.jpg)
HAWANA 2023: Pandangan kritis, idea bernas media bantu tambah baik pentadbiran kerajaan
Media memainkan peranan penting sebagai medium untuk melontarkan pandangan kritis dan idea bernas bagi penambahbaikan dalam urusan pentadbiran kerajaan.
![HAWANA 2023: Kerajaan bincang dengan platform media sosial isu plagiat laporan berita HAWANA 2023: Kerajaan bincang dengan platform media sosial isu plagiat laporan berita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81685252622_TBFAHMIHARWARTAWAN.jpg)
HAWANA 2023: Kerajaan bincang dengan platform media sosial isu plagiat laporan berita
Kerajaan sedang mengadakan siri perbincangan dengan syarikat-syarikat penyedia platform media sosial termasuk berkaitan isu hak cipta bahan berita yang diterbitkan.
![Malaysia perlukan media yang bebas, berani untuk bersuara - Fahmi Malaysia perlukan media yang bebas, berani untuk bersuara - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61685244281_FahmiFadzil.jpg)
Malaysia perlukan media yang bebas, berani untuk bersuara - Fahmi
Media bertujuan memastikan bahawa suara semua pihak dapat didengar dengan jelas dan diberi perhatian.