BATU GAJAH: Peluang memegang pen dan buku nota sebagai wartawan meja jenayah nyata memberi kesan besar kepada kartunis tersohor yang diumumkan sebagai penerima Anugerah Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 hari ini, Datuk Lat atau nama sebenarnya Datuk Mohammad Nor Khalid.
Namun 'kuasa' dan kelebihan memiliki kad perakuan media bukan tiket untuk bapa kepada empat cahaya mata itu menggunakan peluang berkenaan sewenang-wenangnya, sebaliknya ia adalah ruang bagi menjadikan diri manusia lebih berani dan bertanggungjawab.
"Bagaimana kerjaya wartawan mendidik saya? Daripada seorang pemalu, tidak berani bertanya, saya perlu menjadi seorang yang yakin diri kerana saya perlu bertanya soalan pada pegawai-pegawai atasan polis termasuk Ketua Polis Negara dan juga menteri serta pelbagai lapisan masyarakat, saya jadi seorang yang 'confident' dan berani.
"Ia juga mendidik saya menjadi manusia bertanggungjawab, mempunyai empati yang tinggi kerana perlu berdepan dengan situasi 'jiwa-jiwa tergangggu' kerana kehilangan keluarga tersayang dalam bencana seperti kemalangan dan kebakaran," katanya ketika ditemui Bernama di Rumah Lat dan Galeri di sini, baru-baru ini.
Mengimbau kembali perjalanan sebagai orang media, Lat berkata sebelum bergelar kartunis secara profesional, beliau memulakan kerjaya sebagai wartawan di akhbar Berita Harian pada 1970 sebelum bertugas sebagai wartawan meja jenayah di akhbar New Straits Times (NST) pada 1973.
Berkongsi lanjut, Lat,72, yang dilahirkan di Kampung Lalang, Gopeng, Perak kerjaya wartawan disifatkan satu cabaran, kerana mereka perlu mengharungi bahaya termasuk merisikokan diri demi tugas selain perlu memastikan informasi disalur adalah benar dan berkualiti demi menyatukan serta membangunkan masyarakat.
"Saya masih ingat jika ada sesuatu isu yang kita dapat, kita kena pastikan setiap sudut dan aspek perlu dicerakinkan melibatkan semua pihak yang terlibat dan bukannya menyajikan berita sebelah pihak sahaja. Semua pihak perlu diberi ruang yang adil untuk memberi penjelasan," katanya.
Ditanya antara pengalaman manis sepanjang menjadi wartawan, Lat berkata paling menjadi kenangan adalah hasrat bertemu seniman agung negara Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, tercapai di kediamannya.
Lat juga tidak menafikan selepas meninggalkan dunia kewartawanan dan menumpukan kerjaya sebagai kartunis, media dan akhbar merupakan medium utama menjadi jambatan menyampaikan mesej kepada masyarakat berbilang kaum melalui komik lukisannya.
"Jika tiada akhbar, saya pun tidak ke mana-mana, bukan siapa-siapa, media memainkan peranan sangat penting dalam membantu melakar kejayaan saya dalam bidang melukis komik. Tiga saat jika ada pembaca ketawa melihat kartun saya di dada akhbar, itulah kepuasan sebenar saya," luahnya.
Penerima Anugerah HAWANA 2023 itu mula melukis kartun pada usia 13 tahun dengan karya pertamanya adalah siri 'Tiga Sekawan'.
Pada 1968, ketika berusia 16 tahun, siri komik beliau 'Keluarga Si Mamat' diterima oleh Tan Sri A. Samad Ismail (ketika itu Pengarang Berita Harian) untuk disiarkan dalam akhbar Berita Minggu setiap minggu dan berlanjutan selama 26 tahun.
Karya humor memaparkan majlis tradisional orang Melayu Islam itu mendapat sambutan hangat sehingga Ketua Editor NST ketika itu, Lee Siew Yee dan A. Samad menawarkan Lat jawatan pelukis kartun tetap di akhbar berkenaan dengan tugas pertama ialah merakam kebudayaan Malaysia dalam siri kartun 'Scenes of Malaysian Life'.
Karya lain yang mengangkat nama Lat ialah 'Lots of Lat"; 'Lats Lot'; Kampung Boy; Mat Som dan Dr Who?.
Sepanjang kerjayanya, Lat telah menerima pelbagai anugerah termasuk Hadiah Kebudayaan Asia Fukuoka pada 2002 yang mengiktiraf hasil kerja individu dan organisasi yang terlibat dalam memelihara kebudayaan dan kesenian.
Anugerah HAWANA diberikan bagi mengiktiraf jasa, sumbangan dan kecemerlangan individu atau institusi yang telah memperkasa dan membangunkan industri media dan profesion kewartawanan dalam negara.
Pemilihan Lat dibuat berdasarkan sumbangan beliau dalam menyampaikan maklumat serta mendidik masyarakat dalam pelbagai isu menerusi karikatur yang digarap dengan lucu dan berhemah serta tidak kurang dengan sindiran, sekali gus membolehkan beliau menerima wang tunai RM10,000, trofi serta sijil penghargaan.
Sementara itu Lat ketika ditemui media selepas kemuncak sambutan berkata, anugerah yang diterima itu membawanya mengimbau kenangan manis bersama pengamal media pada 1972.
Beliau mengakui ketika itu masih 'mentah' dalam bidang kewartawanan dan rakan setugas yang banyak memberi tunjuk ajar dalam membentuk dirinya menjadi berani dan bertanggungjawab.
"Senior saya ketika di Berita Harian banyak membantu, kita tidak tahu apa-apa dan baru keluar sekolah, walaupun kita bersaing, tapi mereka bagi tips untuk mencari berita," katanya.
Beliau juga memberi nasihat kepada anak muda yang sudah memilih kewartawanan sebagai kerjaya untuk bersatu dengan wartawan lain apabila sudah habis waktu kerja.
"Kita masing-masing bekerja dengan surat khabar, penerbit kita, syarikat kita.. tetapi selepas waktu kerja kita perlu bergaul dengan 'orang media', kita (petugas media) boleh berjumpa dan bincang mengenai berita yang ditulis," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2023

Kartunis, Datuk Lat atau nama sebenarnya Mohd Nor Khalid bergambar ketika ditemui BERNAMA pada sesi temubual khas sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di Rumah Lat dan Galeri baru-baru ini. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Anugerah Seniman Negara penghargaan kepada pelukis komik - Lat
Lat sifatkan Anugerah Seniman Negara yang diterima beliau bukti pelukis komik turut diiktiraf setaraf dengan penggiat seni dan budaya lain.

Datuk Lat terima Anugerah Seniman Negara 2024
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menyampaikan Anugerah Seniman Negara kesembilan kepada Datuk Lat pada Majlis Anugerah Seni Negara (ASN) 2024 malam ini.

Mufti Perak dahului penerima darjah kebesaran, Lat dikurnia watikah gelaran Seniman Diraja
Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan mengurniakan Watikah Gelaran Seniman Diraja kepada kartunis tersohor negara, Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat.

Datuk Lat syukur terima gelaran Seniman Diraja
Datuk Lat menjadi individu pertama di Perak yang mendapat gelaran Seniman Diraja daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Sultan Perak berkenan rasmi Galeri Rumah Lat
Galeri di Jalan Bemban, Batu Gajah itu menempatkan kesemua hasil karya seni yang dihasilkan Datuk Lat pada sepanjang tempoh kariernya sejak dari tahun 1962.

Wartawan mengajar saya jadi manusia berani, bertanggungjawab - Datuk Lat
Menurut Datuk Lat, kerjaya wartawan disifatkan satu cabaran, kerana mereka perlu mengharungi bahaya termasuk merisikokan diri demi tugas.

'Kalau dia pegang gitar, jadilah lagu' - Lat kongsi kehebatan Mamat Khalid
Kartunis negara, Datuk Mohammad Nor Khalid mengambarkan adiknya, Allahyarham Mamat Khalid sebagai seorang yang cukup berbakat.

Keluar album bantu cari dana pusat tahfiz
Pusat Tahfiz Al-Ulya melancarkan sebuah album mini 'Bismillah' sebagai inisiatif pencarian dana bagi menampung keperluan tahfiz berkenaan.

Perpecahan umat Islam merunsingkan - Tokoh Maal Hijrah Perak
Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak 1400H, Ahmad Awang menyifatkan perpecahan di kalangan umat Islam, termasuk di Malaysia sekarang ini sebagai merunsingkan.

Galak anak-anak untuk terus bergaul, ambil kebaikan dari setiap kaum - Datuk Lat
Ibu bapa harus menggalakkan anak-anak mereka untuk terus bergaul di antara satu sama lain untuk terus memupuk semangat perpaduan di dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.