IPOH:Pusat Tahfiz Al-Ulya di sini pada Sabtu melancarkan sebuah album mini 'Bismillah' sebagai inisiatif pencarian dana bagi menampung keperluan tahfiz berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Tahfiz Al-Ulya, Azhar Latif berkata album yang mengandungi lima lagu itu dihasilkannya sendiri bersama beberapa rakan.
"Syukur kepada Allah kerana album yang mengambil masa selama dua tahun ini berjaya dihasilkan dengan bantuan pemuzik seruling Mohardiman dan pemain gitar Along Exist.
Saya berharap agar album ini mendapat sokongan daripada semua pihak dan tunjuk ajar memandangkan saya sendiri masih baru di dalam industri muzik tanah air," katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Album Mini 'Bismillah' di sini.
Majlis dilancarkan Tokoh Kartunis Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk Lat.
Azhar berkata lagu-lagu yang dihasilkan antaranya merupakan luahan hati beliau sebagai bapa kepada anak autisme untuk menzahirkan rasa kesyukuran kepada Allah selain terdapat lagu-lagu yang memupuk perasaan cintakan alam sekeliling dan nasihat kepada golongan muda supaya tidak mudah berputus asa.
Orang ramai boleh memperoleh sebanyak 300 set yang dikeluarkan bagi pengeluaran pertama album mini itu.
Katanya penjualan album mini itu diharapkan dapat membantu keperluan pusat tahfiz itu yang kekurangan dana bagi menampung penyediaan keperluan pelajar, penyelenggaraan pusat tahfiz dan bayaran gaji guru.
"Pendapatan utama pusat tahfiz ini adalah yuran bulanan yang dibayar ibu bapa kepada 54 pelajar lelaki dan enam pelajar perempuan di sini yang mana masih tidak mencukupi untuk menanggung kos bulanan urusan pembelajaran di sini," katanya.
Sesiapa yang berminat untuk membeli album mini Bismillah untuk menyumbang kepada dana pusat tahfiz ini boleh mendapatkan maklumat di laman sosial facebook Tahfiz Al-Ulya atau menghubungi talian 017-4819629.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 10 2020

Pengerusi Jawatankuasa Tahfiz Al-Ulya, Azhar Latif (kanan) dan pemuzik seruling, Mohardiman Ismail (kiri) bergambar bersama selepas melancarkan mini album berjudul Bismillah di restoran Dapur Al-Ulya. - BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Keluar album bantu cari dana pusat tahfiz
Pusat Tahfiz Al-Ulya melancarkan sebuah album mini 'Bismillah' sebagai inisiatif pencarian dana bagi menampung keperluan tahfiz berkenaan.