1. Amaran hujan lebat tahap buruk, waspada di tujuh negeri hingga Rabu
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat tahap buruk dan waspada di tujuh negeri termasuk di Pantai Timur yang diramal berlaku hingga Rabu ini.
2. 'Kenaikan gaji minimum tahun depan dijangka rangsang sektor pengguna'
Kenaikan gaji minimum pada tahun hadapan dijangka memberi rangsangan kepada sektor pengguna tempatan.
3. Konvoi motosikal cari dana RM2 juta bina masjid
Demi membantu mencari dana bagi menyiapkan Masjid Klebang Putra di sini, kira-kira 500 penunggang motosikal bersatu dalam program Ride 2 Juta yang dianjurkan pada Sabtu.
4. 1MDB: 'Saya bukan tidak siuman untuk minta bukti dokumen jejas pembelaan' - Najib
Najib membuat kenyataan berkenaan sebagai merujuk bukti yang dipohon dari Mahkamah Eastern District New York melalui permohonan sepina terhadap Pengarah Urusan Goldman Sachs, Tim Leissner.
5. Kes Jahidah: Bekas suami dipenjara 10 tahun
Seorang peniaga dihukum penjara 10 tahun kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya, Jahidah Nordin sehingga koma, tiga tahun lalu.
6. Rasuah ADUN Sabah: SPRM rakam percakapan 15 individu termasuk pemberi maklumat
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata sesi merakam percakapan semua individu berkenaan telah selesai pada Sabtu lepas.
7. Ebit Lew cerita tentang layanan seks dimahukan - Saksi
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, pernah berbicara dengannya mengenai layanan seksual yang diinginkan oleh pendakwah itu.
8. 'Saya serahkan kepada peguam' - Fattah Amin terima surat saman dari Fazura
PELAKON dan penyanyi, Fattah Amin, mengesahkan sudah menerima notis tuntutan (LOD) daripada bekas isterinya, Nur Fazura berhubung kenyataan di mahkamah membabitkan isu kenderaan.
9. Khairul Aming belum pulih, dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut
Personaliti media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming, dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas keadaan kesihatannya tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan sejak pulang daripada Misi Bantuan Orang Baik di Kelantan baru-baru ini.
10. Mahkamah dengar rayuan berhubung Titah Adendum pada 6 Januari
Mahkamah Rayuan telah menetapkan 6 Jan depan untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak kebenaran semakan kehakiman dan notis usul yang difailkan bekas Perdana Menteri itu untuk mengemukakan keterangan tambahan berkaitan Titah Adendum.