1. Dr Zaliha nafi buat kenyataan media berhubung titah adendum pengampunan Najib
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa menafikan dakwaan beliau mengeluarkan sebarang kenyataan media berhubung kewujudan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 berhubung pengampunan Datuk Seri Najib Razak.
2. Kes abai Zayn Rayyan: AGC tolak permohonan ibu bapa semak pertuduhan
Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi yang dikemukakan ibu bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin untuk menyemak semula pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.
3. Banjir: Peniaga digigit ular ketika sarung selipar
Satu kejadian berlaku ke atas seorang peniaga, Salahuddien Ayob, 49 tahun, dari Bandar Baru Jelawat di Bachok semalam, yang digigit ular jenis kadut belang pada hampir waktu Maghrib.
4. PU Azman mengaku salah lakukan kelucahan melampau, dipenjara 14 bulan
Pendakwah selebriti itu mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki, dua tahun lepas.
5. RCI Batu Puteh: Ini pengkhianatan besar terhadap negara - PM Anwar
Tegasnya, menjaga kedaulatan negara seharusnya menjadi keutamaan dan semua pihak diminta menghormati proses undang-undang yang akan berlaku.
6. Mak Cik Kemboja hina Melayu didenda RM40,000
Tertuduh Mariyah Yaakob dan Ezuan Hafsham Mohd Hisyam membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Azaraorni Abd Rahman.
7. Titah adendum: Anak Najib persoal mengapa perlu sembunyi kebenaran
Anak kepada bekas Perdana Menteri Datuk, Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd Nazifuddin Najib mempersoal mengapa perlu menyembunyikan kebenaran berkaitan titah adendum.
8. Rasuah berkait projek RM250 juta: Datuk, penjawat awam direman empat hari
Perintah reman sehingga 9 Disember ke atas suspek yang berusia 40 hingga 50-an itu dikeluarkan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan di Mahkamah Majistret Kuching, pada Khamis.
9. Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata dalam pindaan ini, kesalahan di bawah Seksyen 233 tidak lagi menjadikan satira dan parodi sebagai suatu jenayah secara automatik.
10. Banjir di tujuh negeri beransur pulih
Di Terengganu hanya lima orang daripada satu keluarga masih berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Rhu Sepuluh, Setiu, berbanding 1,052 orang yang direkodkan pada sebelah pagi.