ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.


1. Negara-negara Arab sambut baik perkembangan di Syria selepas Assad digulingkan

Beberapa negara Arab menyambut baik perkembangan terkini di Syria yang menyaksikan tampuk pimpinan Bashar al-Assad digulingkan, sambil menyeru langkah-langkah untuk memastikan kestabilan, pembangunan dan mengelakkan huru-hara yang berterusan, lapor Agensi Anadolu.



2. Kejatuhan rejim Assad kemenangan bagi negara Islam - Abu Mohammed al-Jolani

Pemimpin utama di sebalik kumpulan pembebas Syria, Abu Mohammed al-Jolani menyifatkan penggulingan Presiden Bashar al-Assad sebagai "kemenangan bagi seluruh negara Islam" dalam kenyataan umum pertamanya sejak menawan kota ini.


3. Kenali Abu Mohammed al-Jolani, individu penting di sebalik kejatuhan rejim Assad

Konflik berpanjangan yang berakhir pada Ahad menumbangkan rejim kekuasaan keluarga Bashar al-Asaad selama lebih enam dekad di Syria.


4. Bendera pemberontak Syria digantung di bangunan konsulat di Moscow

Bendera pemberontak Syria digantung di luar konsulat negara itu di St. Petersburg, Moscow pada Ahad.


5. Amerika Syarikat, Turkiye bincang situasi di Syria

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin berkata, beliau telah berbincang dengan rakan sejawatannya dari Turkiye, Yasar Guler mengenai situasi di Syria ketika ini.


6. Biden ulangi ikrar bawa pulang wartawan Austin Tice yang ditahan di Syria sejak 2012

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengulangi komitmennya untuk membawa pulang wartawan Austin Tice susulan kejatuhan rejim Bashar al-Assad.


7. FBI perbaharui tawaran 1 juta dolar kepada pemberi maklumat mengenai wartawan Austin Tice

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) masih menawarkan ganjaran sehingga AS$1 juta (RM4.4 juta) untuk maklumat yang boleh membawa wartawan Austin Tice kembali ke pangkuan keluarganya susulan kejatuhan rejim Bashar al-Assad di Syria.


8. Trump janji usaha 'pengusiran jutaan migran' hari pertama sebagai presiden

Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump merancang untuk melancarkan usaha mengusir jutaan pendatang haram dan mengenakan tarif ke atas negara asing yang menjalankan perniagaan dengan negara itu.


9. Ketua PPP Korea Selatan ikrar minimumkan kekacauan dengan 'pengunduran awal' Yoon

Ketua Parti Kuasa Rakyat (PPP) Korea Selatan, Han Dong-hoon, berikrar pada Ahad untuk meminimumkan kesan daripada pengisytiharan undang-undang tentera Presiden Yoon Suk Yeol yang kontroversi dengan memastikan pengunduran presiden dilakukan secara "awal" dan "teratur," lapor Yonhap.


10. Resepsi bertemakan perkahwinan tradisional Melayu mulakan kepengerusian ASEAN 2025 Malaysia dengan meriah

Perwakilan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memulakan Kepengerusian ASEAN 2025 dengan penuh warna-warni menerusi majlis resepsi unik bertemakan perkahwinan tradisional Melayu yang menggabungkan warisan budaya dan kepentingan diplomatik.