ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.


1. Hujan lebat berterusan dijangka bermula Ahad ini

Luruan monsun dijangka berlaku bermula Ahad sehingga 14 Disember ini yang berpotensi membawa hujan lebat berterusan di tujuh negeri.



2. AADK gerak #SkuadIhsanMadaniKDN bantu mangsa banjir

AADK meletakkan keutamaan bantuan pascabanjir kepada dua kawasan yang terjejas teruk iaitu di sekitar Pasir Mas, Kelantan dan Besut, Terengganu.


3. Polis siasat penyanyi dakwa dirakam penguat kuasa PBT ketika sedang diurut

Siasatan mendapati sebelum itu serbuan dijalankan pasukan Bahagian Operasi Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di lokasi berkenaan.


4. MA pukul doktor: KKM serah panel bebas, JKN Perak diarah siasat semula - Dr Dzulkefly

KKM menyerahkan kepada Pasukan Petugas Khas bebas diketuai oleh bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Borhan Dollah untuk menyiasat secara menyeluruh berhubung kes pembantu pegawai perubatan memukul doktor yang berlaku di Hospital Gerik, Perak.


5. Johor sah penganjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini mengesahkan Johor akan menganjurkan Sukan SEA 2027 bersama-sama Kuala Lumpur, Sarawak dan Pulau Pinang.


6. Universiti perlu beri ruang kepada industri, teroka disiplin berteknologi baharu - Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa universiti awam khususnya di wilayah utara untuk memberi ruang yang secukupnya kepada pihak industri agar dapat bekerjasama dalam meneroka disiplin ilmu baharu melibatkan industri berteknologi tinggi.


7. Banjir di Pahang, Terengganu pulih sepenuhnya

Banjir di Pahang pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Balai Raya Bandar Baru Pertanian, Maran ditutup secara rasminya pada Sabtu.


8. Gelombang kedua banjir diramal bermula esok, Pahang, Johor dijangka terjejas - Ahmad Zahid

MetMalaysia meramalkan gelombang kedua banjir dalam tempoh dua minggu bermula esok, dengan Pahang dan Johor antara negeri yang dijangka turut terjejas dengan bencana itu kali ini.


9. Vivy, suami percaya sistem keadilan, harap bersihkan nama

Pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar memaklumkan mereka akan terus memberi kerjasama dalam siasatan pertuduhan pecah amanah yang disabitkan terhadap mereka.


10. Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal

Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.