1. Vivy Yusof, suami mengaku tidak bersalah pecah amanah RM8 juta
Pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di Kuala Lumpur, atas pertuduhan pecah amanah pelaburan Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad bernilai RM8 juta, enam tahun lalu.
2. Suami tidak mengaku salah cederakan Zahnita
Suami kepada bekas pelakon dan peragawati terkenal, Zahnita Wilson dihadapkan di Mahkamah Majistret di Kuantan hari ini atas dua pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap isterinya dan menggunakan dadah.
3. Lan Zailan disahkan ada kanser tahap 4
Pelakon Lan Zailan yang mula dikenali menerusi filem 'Suami, Isteri dan.....?' disahkan menghidap kanser pankreas tahap empat.
4. Dewan Rakyat kecoh, Ahli Parlimen Pendang digantung 10 hari
Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim diarah keluar Dewan Rakyat dan digantung 10 hari bermula hari ini kerana mengeluarkan dakwaan negatif terhadap Speaker, Tan Sri Johari Abdul menerusi aplikasi TikTok 18 Julai lalu.
5. Bas ekspres bawa 20 penumpang terbabas, terbalik di Lebuhraya PLUS
Seramai 20 penumpang bas ekspres berdepan detik cemas selepas bas dinaiki mereka terbabas lalu terbalik di Kilometer 427.1 Lebuhraya Utara Selatan di Hulu Selangor pada Rabu.
6. Kes 'Kutty': Tun Mahathir tunjuk salinan asal kad pengenalan, dokumen keluarga kepada wartawan
Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan beberapa salinan dokumen termasuk kad pengenalan lama miliknya, isteri dan empat anaknya berserta surat beranak asal bagi membuktikan nama sebenarnya.
7. RCI Batu Puteh syor siasatan jenayah terhadap Dr Mahathir
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
8. Saya secara palsu dikaitkan dengan perbuatan salah laku Jho Low - Najib
Najib berhujah bahawa dakwaan terhadapnya hanya berdasarkan kehadiran Jho Low di kediamannya dan hubungan mereka dikatakan rapat yang disensasikan.
9. Hakim baharu dengar bicara bela diri kes rasuah Bung Moktar, isteri 9 April 2025
Hakim Rosli Ahmad menetapkan 9 hingga 11 April, 14 dan 15 April serta 5 dan 6 Mei 2025 untuk perbicaraan kes itu.
10. Bunuh pelajar kolej vokasional: Mangsa mengaku curi wang - Saksi
Seramai 13 pelajar kolej didakwa secara bersama membunuh Mohamad Nazmie Aizzat, 17, di bilik asrama Kolej Vokasional Lahad Datu Mac lalu.