ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 Disember 2024.


1. Amnesty International tuduh Israel lakukan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza

Amnesty International pada Khamis menuduh Israel melakukan genosid terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, dengan mendakwa tentera Israel sengaja melakukan jenayah perang, lapor agensi berita Jerman (dpa).



2. Trump mahu gencatan senjata Gaza dilaksana sebelum mulakan tugas - PM Qatar

Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al-Thanipada Rabu menyatakan bahawa Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mahu gencatan senjata di Gaza dilaksanakan sebelum majlis pelantikannya pada 20 Januari, lapor Agensi Anadolu (AA).


3. Polis Korea Selatan lancar siasatan terhadap tuduhan khianat Presiden Yoon

Polis Korea Selatan pada Khamis melancarkan siasatan berhubung kes tuduhan pengkhianatan terhadap Presiden Yoon Suk Yeol, menurut pelbagai laporan media, lapor Xinhua.


4. Presiden Yoon terima peletakan jawatan Menteri Pertahanan Korea

Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol menerima peletakan jawatan Menteri Pertahanan Kim Yong-hyun, menurut Pejabat Presiden pada Khamis susulan kontroversi berhubung peranannya dalam pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon yang kemudiannya dibatalkan.


5. Penunjuk perasaan anti-Yoon anjur perhimpunan menyalakan lilin di seluruh negara

Kumpulan sivil dan buruh mengadakan perhimpunan menyalakan lilin atau protes di seluruh negara pada Rabu untuk menuntut peletakan jawatan Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang kontroversial, lapor agensi berita Yonhap.


6. Parti pembangkang Korea Selatan tuntut Presiden Yoon letak jawatan

Parti Demokratik (DP), parti pembangkang utama Korea Selatan pada Rabu menuntut agar Presiden Yoon Suk Yeol segera meletakkan jawatan selepas pengisytiharan mengejut undang-undang tentera yang dimansuhkan sejurus selepas Dewan Negara menolak pengisytiharan itu.


7. Michel Barner disingkir sebagai PM Perancis dalam undi tidak percaya

Perdana Menteri Perancis Michel Barnier terpaksa meletak jawatan hanya tiga bulan selepas dilantik susulan ditolak oleh Ahli Parlimen yang bersatu menyokong usul tidak percaya terhadap beliau.


8. Vietnam perketat pemantauan kesihatan susulan empat kematian berkaitan influenza

Kementerian Kesihatan Vietnam mengarahkan wilayah Binh Dinh di selatan negara itu untuk mengawal jangkitan silang di kemudahan kesihatan selepas wilayah itu melaporkan empat kematian akibat influenza A/H1N1pdm, lapor Xinhua pada Khamis memetik media tempatan.


9. Polis Thailand banteras 'Shell Company' dikaitkan dengan rangkaian jenayah siber

Polis Thailand membongkar operasi jenayah siber besar melibatkan aktiviti haram bernilai 3.6 bilion baht (100 baht = RM12.97), yang dijalankan melalui syarikat yang hanya wujud di atas kertas atau shell company dan akaun penama.


10. Tomyan Kung Thailand tersenarai dalam Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO

Hidangan terkenal Thailand, Tomyam Kung kini tersenarai dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).