ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.


1. Tiada unsur dera bayi lemas dalam selimut di rumah pengasuh - Polis

Siasatan awal polis mendapati tiada unsur penderaan dalam kes kematian bayi lelaki berusia enam bulan ketika dalam jagaan pengasuhnya pada pagi Isnin.



2. Sanusi lepas bebas satu kes hasut

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilepaskan dan dibebaskan (DAA) oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, berhubung satu kes menghasut yang menyentuh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu ceramah politik Julai tahun lalu.


3. Mayat reput ditemukan di Jalan Rawang Bypass disahkan lelaki tempatan

Polis mengesahkan mayat reput yang ditemukan di laluan susur keluar Rawang Bypass, di sini merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 48 tahun.


4. Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib

Beliau mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.


5. Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO

Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 1MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.


6. Penganggur didakwa bunuh ibu kandung

Muhammad Hariez Farhan Masrudin didakwa di Mahkamah Majistret Kluang hari ini atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya di sebuah rumah di Felda Ayer Hitam, minggu lepas.


7. RCI Batu Puteh: 'Kalau ada siasatan, saya sedia' - Tun Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad sedia memberi kerjasama jika siasatan jenayah terhadapnya mahu dimulakan susulan syor daripada Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.


8. Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB

Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana keputusan untuk menggantikan firma itu dibuat sendiri oleh Lembaga Pengarah 1MDB.


9. Malaysia rekod pelaburan RM254.7 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini - PM Anwar

Malaysia berjaya merekodkan jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi bernilai RM254.7 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.


10. Tiada kenaikan yuran tabika, taska Kemas tahun depan

Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) memaklumkan tidak berlaku kenaikan yuran Taman Bimbingan Kanak-Kanak (tabika) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (taska) kendalian jabatan itu bagi sesi persekolahan tahun depan.