ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 27 Ogos 2024.


1. Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut

Muhyiddin membuat pengakuan terbabit selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.



2. Remaja 17 tahun didakwa bunuh Nuraina Humaira

Tertuduh mengangguk faham apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan.


3. Ibu kandung, bapa tiri dituduh bunuh anak lapan tahun

Tiada pengakuan direkodkan daripada pasangan suami isteri berkenaan kerana kes itu berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.


4. Pendakwaan mohon Daim jalani penilaian kesihatan mental

Kesihatan mental terkini tertuduh perlu diperiksa untuk memastikan sama ada beliau boleh memberikan arahan dan memahami pertuduhan dihadapinya.


5. Mahkamah tetapkan tarikh baharu sebutan kes cerai Syamsul Yusof-Ira Kazar pada 25 Sept

Peguam mewakili Syamsul iaitu Azmi Mohd Rais berkata kedua-dua pihak perlu hadir pada tarikh yang ditetapkan oleh hakim syarie, Maizatul Aliza Chee Din.


6. Tanah jerlus Masjid India: Pasukan SAR guna teknik hantar botol ke titik terakhir - KPN

Razarudin berkata, hasil ujian yang dilakukan pasukan SAR mendapati objek berkenaan mampu sampai ke lokasi berkenaan dalam tempoh empat jam.


7. Tanah jerlus Masjid India: Dr Zaliha nafi tidak turun padang 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa menafikan dakwaan beliau tidak turun padang ke lokasi wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.


8. Longkang runtuh di Kampung Kerinchi: DBKL ambil langkah awal 

Satu kejadian longkang runtuh sehingga membentuk lubang besar dikesan di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur, pada Isnin.


9. Cerun runtuh, penduduk taman perumahan di Port Dickson tak lena tidur

Seramai 117 penduduk membabitkan 20 rumah di Taman Desa Rusa di sini bimbang susulan cerun runtuh di belakang kediaman mereka berulang kembali.


10. Saksi tidak pasti jika ada hantar gambar lucah kepada Ebit Lew

Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau tidak pasti sekiranya pernah menghantar gambar lucah kepada Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew berhubung dakwaan gangguan seksual yang dihadapi pendakwah itu.