ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 25 Ogos 2024.


1. Banjir kilat di Indonesia ragut 11 nyawa

Banjir kilat yang dicetuskan oleh hujan lebat awal pagi Ahad mengakibatkan 11 kematian di daerah Rua, Ternate, Maluku Utara, menurut laporan media tempatan.



2. 8 hari jadi 8 bulan, 2 angkasawan terkandas dibawa pulang ke bumi tahun depan

NASA pada Sabtu memutuskan untuk membawa pulang kapal angkasa Boeing's Starliner ke bumi pada September, manakala dua angkasawan yang terkandas Butch Wilmore dan Sunita Williams akan kekal di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sehingga Februari, lapor Xinhua.


3. Jepun peringati satu tahun pelepasan air loji nuklear Fukushima

Jepun pada Sabtu memperingati tempoh satu tahun ia mula melepaskan air dirawat yang mengandungi tritium ke laut daripada Loji Tenaga Nuklear No. 1 Fukushima milik Tokyo Electric Power Company Holdings Inc., dengan negara itu masih menghadapi perjalanan panjang untuk menyelesaikan projek pelepasan itu.


4. Monyet di Zoo Kyoto dapat hidangan bersalut ais untuk atasi bahang musim panas

Sebuah zoo di Wilayah Kyoto telah memberikan monyet-monyet hidangan bersalut ais untuk membantu mereka menyejukkan badan semasa cuaca panas terik musim panas.


5. Polis jumpa senjata disyaki digunakan semasa serangan di Solingen dalam tong sampah

Polis telah menjumpai senjata yang disyaki digunakan dalam serangan maut di Bandar Solingen, barat Jerman dalam sebuah tong sampah di pusat bandar, menurut penyiasat pada Sabtu, lapor agensi berita Jerman (dpa).


6. Kapal mewah karam: Pendakwa Raya Itali buka kertas siasatan pembunuhan beramai-ramai

Seorang pendakwa raya Itali telah membuka penyiasatan pembunuhan beramai-ramai ke atas kematian taikun teknologi Britain, Mike Lynch dan enam yang lain dalam tragedi sebuah kapal layar mewah karam di perairan Sicily, awal minggu ini.


7. Pengasas, CEO Telegram ditahan di Perancis

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) aplikasi Telegram, Pavel Durov ditahan di Lapangan Terbang Borget di luar Paris, Perancis pada Sabtu.


8. Muzium Al-Quran Melayu Raya simpan khazanah warisan Melayu, al-Quran

Melihat ribuan manuskrip, naskhah al-Quran lama dan artifak berusia 1,000 tahun lalu yang dipamerkan di Muzium Al-Quran Melayu Raya di Madrasah al-Ahmadiah al-Islamiah di sini, membuatkan pengunjung seolah-olah berada di zaman Melayu silam.


9. Delegasi Hamas akan ke Mesir untuk dengar hasil rundingan gencatan senjata Gaza

Hamas pada Sabtu mengumumkan bahawa satu delegasi kumpulan itu akan tiba di Mesir pada waktu malam untuk "mendengar" hasil rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah, lapor Xinhua.


10. Serangan udara Israel sasar khemah perlindungan di tengah Gaza, ramai terkorban

Tentera Israel menyasarkan khemah yang menempatkan rakyat Palestin yang dipindahkan di Deir al-Balah, di tengah Gaza pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu (AA).