ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 22Ogos 2024.


1. Kapal mewah karam: Empat mayat ditemui

Empat mayat ditemui dari bangkai kapal mewah milik isteri taikun teknologi Britain, Mike Lynch, pada Rabu.



2. Kapal mewah karam: Anak perempuan taikun Mike Lynch masih hilang - Sumber

Anak perempuan hartawan teknologi Britain, Mike Lynch, dikhuatiri hilang selepas kapal layar mewah terbalik dan karam akibat hujan lebat dan ribut, di timur Palermo, selatan Itali.


3. #PeringatanDarurat: 'Ini bukan negara milik keluarga tertentu' - Aktor Indonesia Reza Rahadian ikut protes jalanan

Aktor Indonesia terkenal, Reza Rahadian hari ini telah keluar ke jalanan untuk bersama-sama ribuan masyarakat republik itu berkenaan keputusan Mahkamah Konstitusi (MK) di hadapan Gedung Dewan Perwakilan Rakyat (MPR) di tengah bandar raya Jakarta.


4. Israel bunuh 50 rakyat Palestin dalam tempoh 24 jam lalu

Serangan udara Israel di seluruh Gaza membunuh sekurang-kurangnya 50 rakyat Palestin dalam tempoh 24 jam lalu.


5. Kemalangan Ebrahim Raisi disebabkan cuaca - Laporan

Faktor cuaca dan ketidakupayaan menampung berat yang dibawanya menjadi punca helikopter dinaiki Presiden Iran, Ebrahim Raisi terhempas pada Mei lalu.


6. Jutaan terjejas banjir landa wilayah Noakhali, Bangladesh

Banjir di wilayah Noakhali, tenggara Bangladesh menjejaskan jutaan orang dan menyebabkan puluhan ribu penduduknya hilang tempat tinggal.


7. Thailand kesan mpox dari lelaki Eropah yang tiba dari Afrika

Thailand mengesan kes cacar monyet atau mpox melibatkan seorang lelaki Eropah yang tiba dari Afrika minggu lalu dan sedang menunggu keputusan ujian untuk menentukan mutasi.


8. Kilang farmaseutikal di India meletup, 15 terbunuh

Sekurang-kurangnya 15 terbunuh dalam satu letupan pada Rabu di sebuah kilang pembuatan farmaseutikal di Andhra Pradesh, selatan India.


9. Dua peniaga durian mati ditembak kumpulan bersenjata di Yala

Dua peniaga durian maut ditembak oleh kumpulan bersenjata dalam satu kejadian di Yala, wilayah selatan Thailand malam tadi.


10. Kennedy Jr dijadual berucap di tengah spekulasi tarik diri pilihan raya presiden AS

Calon bebas pilihan raya Presiden Amerika Syarikat Robert F. Kennedy Jr dijadual menyampaikan ucapan pada Jumaat di tengah spekulasi yang semakin memuncak bahawa beliau mungkin menarik diri daripada pilihan raya itu.