Ringkasan AI
- Tiada kes baharu cacar monyet (Mpox) dikesan sejak kes terakhir pada 16 September, menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
- Kementerian Kesihatan (KKM) telah menyaring 22.8 juta pelancong di pintu masuk negara untuk mengawal penyebaran virus.
- Sejak 26 Julai 2023, terdapat 10 kes cacar monyet yang dilaporkan, dengan varian clade II yang mempunyai kadar kematian lebih rendah berbanding clade I.
Beliau berkata keputusan itu dicapai selepas Kementerian Kesihatan (KKM) menyaring 22.8 juta pelancong di pintu masuk negara.
"Setakat ini yang kita tahu, tiada kes baharu dan kes sikit dahulu hanya satu," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Jubli Perak Perkhidmatan Transplan Sel Stem/Sumsum Tulang KKM di Hospital Ampang, di sini hari ini.
Pada 16 Sept lepas, KKM mengesahkan satu kes positif cacar monyet dalam varian clade II dikesan, menjadikan semua 10 kes sejak 26 Julai 2023.
Virus Mpox clade I dikategorikan sebagai mudah berjangkit dan mempunyai kadar kematian 10 peratus, manakala clade II mempunyai kadar kematian lebih rendah.
-- BERNAMA