ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Ogos 2024.


1. Pencemaran udara singkatkan jangka hayat di Bangladesh purata sebanyak 4.8 tahun - WHO

Kesemua 166.4 juta penduduk Bangladesh tinggal di kawasan yang mana paras purata tahunan pencemaran zarah halus melebihi garis panduan WHO.



2. Korban mpox di DR Congo lebih 610 orang

Kes yang disyaki dilaporkan di wilayah terjejas oleh konflik, yang menempatkan sebahagian besar daripada 7.3 juta penduduk yang kehilangan tempat tinggal di negara itu.


3. Arab Saudi kecam cadangan menteri Israel bina rumah ibadat Yahudi di Masjid al-Aqsa

Arab Saudi pada Selasa mengecam kenyataan Menteri Keselamatan Israel Itamar Ben-Gvir yang mencadangkan pembinaan sebuah synagogue (rumah ibadat Yahudi) di dalam kawasan Masjid Al-Aqsa.


4. Israel dedah video serangan di kampung didakwa struktur ketenteraan Hizbullah

Tentera Israel mendedahkan satu rakaman serangan di perkampungan Aadaysit Marjaayoun di selatan Lubnan yang didakwa struktur ketenteraan Hizbullah pada Selasa.


5. Ahli Lembaga Pengarah Intel letak jawatan kerana berbeza pendapat dengan CEO

Tan difahamkan tidak bersetuju dengan saiz tenaga kerja yang dianggap terlalu besar dan pendekatan Intel terhadap pembuatan kontrak.


6. Vietnam rombak Kabinet lagi

Vietnam menyaksikan perubahan berulang kali pucuk kepimpinan dalam tempoh dua tahun kebelakangan
ini.


7. Kamala Harris kumpul RM356.3 juta dana kempen pada Konvensyen Demokrat

Ini menjadikan jumlah dana kempen parti Demokrat kepada AS$540 juta atau RM2.35 bilion menjelang Pilihan Raya Presiden November ini.


8. Lapan cedera pada hari kedua karnival London

Dua daripada mereka yang ditikam berada dalam keadaan kritikal.


9. Kabinet Thailand lulus draf kerangka kerjasama CIQ di bawah IMT-GT

Draf kerangka kerjasama itu adalah kolaborasi antara kerajaan Indonesia, Malaysia dan Thailand untuk menggalakkan pembangunan ekonomi.


10. Angka kematian di Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,476, lebih 93,647 cedera

Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Okt meningkat kepada 40,476 kematian yang dilaporkan, dengan tambahan 93,647 individu mengalami kecederaan.