ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Ogos 2024.


1. Malaysia, Iran, Hamas sokong sidang OIC tuntut Israel henti kekejaman

Menurut Perdana Menteri, sidang ini bertujuan menyelaras tindakan dan meningkatkan tekanan terhadap Amerika Syarikat (AS) serta sekutunya.



2. Isu 3R: Rakaman keterangan Muhyiddin ditangguh

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan, ini berikutan peguam Muhyidddin masih berada di Thailand.


3. Keluarga Istiqomah mahu tuntut keadilan

Suami mangsa pembunuhan kejam itu, Mohd Yusof Mokhtar, melahirkan harapan agar keadilan ditegakkan untuk arwah isterinya.


4. Najib tarik balik rayuan gugur Hakim Sequerah dengar prosiding kes 1MDB

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib memberitahu mahkamah bahawa beliau telah mendapat arahan daripada anak guamnya untuk menarik balik rayuan pada hari ini.


5. Hubungan Malaysia-India terus diperkukuh, meterai lapan MoU

Majlis yang diadakan di Hyderabad House itu disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri India, Narendra Modi.


6. Mayat ketiga dipercayai mangsa kelar ditemui di Pantai Leman

Mayat mangsa ditemui terdampar oleh orang awam yang berada di pantai itu kira-kira pukul 12 tengah hari Selasa.


7. Bawa masuk warga asing, 12 termasuk lima penguat kuasa ditahan SPRM

Seramai 12 individu termasuk lima penguat kuasa yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket membawa masuk warga asing melalui pintu masuk negara dipercayai tanpa pemeriksaan pihak berkuasa.


8. PN Pahang sokong Muhyiddin disiasat

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) negeri ini menyokong penuh titah Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah supaya satu siasatan yang adil dilakukan ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung ucapannya semasa berkempen di Nenggiri baru-baru ini.


9. Suspek kelar isteri dan anak minta izin tidur di masjid - Imam

Suspek yang direman bagi membantu siasatan kes pembunuhan isteri dan anak perempuannya telah memohon untuk menumpang tidur di Masjid Al Hidayah, Bukit Pinang pada malam Isnin.


10. Bekas Ketua Staf ESSCOM saman PDRM, tuntut RM100 juta

Bekas pegawai Ketua Staf Perisikan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Senior Asisten Komisioner (B) Datuk Mat Zaki Md Zain bersama tiga anggota lain telah memfailkan writ saman dan tuntutan ganti rugi bernilai RM100 juta kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).