ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Ogos 2024.


1. Satu lagi mendapan baharu dikesan di Jalan Masjid India

Mendapan baharu yang muncul malam tadi itu dianggarkan sebesar dua kaki, terbentuk kira-kira 50 meter dari lokasi insiden minggu lalu.



2. Mpox: 2.64 juta pengembara disaring, tiada kes disyaki - KKM

Sebanyak 33 kes disyaki mpox dilaporkan di fasiliti kesihatan iaitu 32 kes disahkan negatif dan satu kes masih menunggu keputusan makmal.


3. Jebat syukur kebenaran terbukti, tiada niat bolot harta arwah Jins Shamsuddin

Jebat berdepan dakwaan memalsukan dokumen Surat Wakil Kuasa membabitkan sebidang tanah seluas 0.265 hektar di Kampong Pasir, Gombak.


4. 635 pengarah syarikat dihalang keluar Malaysia akibat tunggakan caruman KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengemukakan 635 nama pengarah syarikat kepada Jabatan Imigresen antara Januari dan Jun 2024 untuk menghalang mereka meninggalkan Malaysia selagi belum menjelaskan terlebih dahulu tunggakan caruman.


5. Kerajaan arah bayar balik pelanggan jika penerbangan lewat lebih lima jam

Syarikat penerbangan kini dikehendaki menawarkan pengguna pilihan bayaran balik sepenuhnya dalam cara pembayaran asal sekiranya mengalami kelewatan penerbangan lima jam dan lebih, berkuat kuasa Isnin depan.



6. Nik Nazmi, Fahmi tarik diri bertanding jawatan Presiden KLFA

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA).



7. Tanah jerlus Masjid India: Audit integriti elak tragedi berulang - Fadillah

Kerajaan akan melaksanakan audit integriti bagi mencari punca tanah mendap dan jerlus di sekitar kawasan Masjid India.



8. Kos baik pulih pasca bencana boleh cecah 10 kali ganda berbanding kos pencegahan - Pakar

Kos baik pulih pasca bencana boleh mencecah tujuh hingga 10 kali ganda berbanding kos pencegahan.



9. UiTM berperanan majukan orang Melayu, bumiputera sehingga dapat berdiri sendiri - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peranan yang dimainkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam memajukan pendidikan orang Melayu dan bumiputera telah membolehkan mereka berdikari.


10. Kelulusan projek pembangunan baharu di KL ditangguhkan sementara - Dr Zaliha

Semua kelulusan projek pembangunan baharu di Kuala Lumpur ditangguhkan buat sementara waktu.