ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 31 Disember 2023.
1. Pas gesa PM tegur DAP jangan sentuh sensitiviti Islam
Pas menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih tegas menegur DAP supaya menghentikan tindakan yang menyentuh sensitiviti umat Islam.
2. Penjenayah mati berbalas tembakan dengan polis
Seorang lelaki yang mempunyai 16 rekod jenayah lampau ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan polis dalam kejadian di Machang Bubok, Bukit Mertajam, awal pagi ini.
3. PADU kenal pasti rakyat benar-benar layak untuk subsidi bersasar - Armizan
Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang akan dilancarkan Selasa ini membolehkan kerajaan mengenal pasti rakyat yang benar-benar layak untuk menerima subsidi bersasar, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.
4. Isu Ashabul Kahfi: Boleh kupas tapi jangan cerca, hina, kutuk - PM Anwar
Perdana Menteri mengkritik tindakan sesetengah pendakwah dan ulama yang mencaci dan mencemuhnya ketika mengupas kisah tujuh pemuda Ashabul Kahfi yang diungkapkan beliau sebelum ini.
5. Banjir: Jumlah mangsa di 3 negeri terus menurun, Terengganu pulih sepenuhnya - Nadma
Jumlah mangsa banjir di tiga negeri menurun lagi kepada 3,681 orang di 20 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 4 petang ini sementara Terengganu pula telah pulih sepenuhnya daripada bencana itu.
6. Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Tahun Baharu 2024
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2024 serta mendoakan kesejahteraan seluruh rakyat dan negara.
7. Jumlah mangsa banjir di tiga negeri menurun kepada 1,675 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir di tiga negeri semakin menurun kepada 1,675 orang di 16 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam ini berbanding 3,681 orang di 20 PPS petang tadi.
8. Terimalah hakikat, Malaysia perlu lebih gagah dan hebat - PM Anwar
Negara dapat beralih daripada masalah remeh yang tiada kesudahan sekiranya semua pihak menumpukan usaha untuk meningkatkan semangat perpaduan bersama.
9. 'Penolakan terhadap Israel, AS tetap berterusan meskipun kita berpecah parti' - Tun Mahathir
Kerajaan disaran untuk mengambil tindakan lebih tegas terhadap Amerika Syarikat, yang dilihat menyokong Israel, meskipun Malaysia perlu ada hubungan dagangan dengan negara itu.
10. Kejayaan sebenar terletak pada kesejahteraan rakyat - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui ukuran sebenar kejayaan negara terletak pada kemaslahatan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
Astro Awani
Sun Dec 31 2023
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 31 Disember 2023.
Wanita racun lima orang sebelum bunuh diri dengan sianida - Polis Bangkok
Polis percaya seorang daripada enam pelancong, dua daripadanya juga memegang pasport Amerika Syarikat, adalah dalang di sebalik tragedi itu.
Tiada dokumen buktikan Guan Eng batal pengecualian cukai Yayasan Albukhary - Saksi
Tiada dokumen yang menunjukkan bahawa Lim Guan Eng telah membatalkan pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary semasa beliau memegang jawatan Menteri Kewangan.
Kes bunuh Nur Farah Kartini: 26 saksi dirakam keterangan - KP Selangor
Datuk Hussein Omar Khan berkata antara saksi yang dirakam keterangan mereka termasuklah rakan Allahyarham Nur Farah Kartini, rakan sekerja suspek dan saksi awam.
27 anjing mati disyaki diracun, JPV kesal tiada aduan awal
Tiada tindakan lanjut dapat diambil termasuk siasatan punca kematian haiwan berkenaan kerana kelewatan melaporkan insiden itu.
Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan
Biden sebelum ini berkata keadaan kesihatannya tidak memerlukan pemeriksaan tambahan, tetapi beliau bersedia jika doktor memintanya.
Perundangan baharu diperkenal kawal selia Badan Berkanun Persekutuan - Pejabat PM
Satu perundangan baharu akan diperkenalkan bertujuan mengawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) serta syarikat-syarikat di bawahnya.
MCMC siasat empat lagi individu, didakwa buat komen jelik dan provokatif
Secara keseluruhan enam suspek disiasat berhubung komen jelik dan provokatif menerusi siaran ulangan sesi Parlimen di platform media sosial
Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
38 makmal dianugerah status BNP Labs, usaha perkasa usahawan dan keupayaan inovasi
38 buah makmal dianugerahkan status Bionexus Partners Laboratories (BNP Labs) ke arah memperkasakan keusahawanan dan keupayaan inovasi dalam industri bioteknologi dan berasaskan bio di Malaysia.
Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis
Polis percaya kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di sini adalah lokasi Nur Farah Kartini Abdullah, dipercayai dibunuh.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 Julai 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 9 Julai 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 5 Julai 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 3 Julai 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 1 Julai 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 30 Jun 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 28 Jun 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 27 Jun 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 Jun 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Jun 2024.