ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.


1. PBB beri amaran lebih 2 juta nyawa penduduk Gaza terancam akibat sekatan berterusan

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza, dengan lebih dua juta nyawa rakyat Palestin kini terancam akibat gangguan serius dalam penghantaran bantuan penting susulan sekatan dan serangan berterusan oleh Israel.



2. Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut

Pasukan penyelidik Jepun telah mencipta sejenis plastik yang boleh terurai dalam air laut sebagai usaha mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pengumpulan plastik di lautan, menurut jurnal akademik Amerika Syarikat (AS), Science edisi Jumaat.


3. Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan

Sebuah mahkamah dalam prosiding sivil pada Khamis memutuskan bahawa seorang lelaki Taiwan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada Januari 2024 kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar lebih NT$6 juta (AS$196,020) sebagai pampasan kepada keluarga mangsa.


4. NRES jawab isu dibangkitkan Rimbawatch berkaitan COP29

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) ingin merujuk kepada siaran media oleh Rimbawatch yang menyentuh beberapa aspek berkenaan penyertaan Malaysia semasa Persidangan Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC COP29) yang baru-baru ini diadakan di Baku, Azerbaijan.


5. Keputusan ICC keluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu tindakan wajar - PM Anwar

Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant atas dakwaan
jenayah perang di Gaza adalah wajar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


6. Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara

Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis mengumumkan bahawa beliau telah memilih Pam Bondi, bekas peguam negara negeri Florida, sebagai Peguam Negara AS yang baharu, menggantikan Matt Gaetz yang menarik diri daripada pertimbangan.


7. Konflik Rusia-Ukraine: Eropah siap siaga hadapi Perang Dunia Ketiga

Negara-negara Eropah sedang siap siaga untuk menghadapi peperangan lebih besar selepas Ukraine melancarkan misil jarak jauh buatan Amerika Syarikat (AS) ke atas Rusia yang telah mencetuskan kemarahan Moscow hingga ia mempertimbangkan serangan balas nuklear.


8. Dakwaan rasuah: Adani Group hilang projek lapangan terbang, tenaga di Kenya

Adani Group dari India telah kehilangan projek pembesaran lapangan terbang dan tenaga di Kenya selepas pengasas dan pengerusinya, Gautam Adani serta beberapa eksekutif lain didakwa di Amerika Syarikat (AS) atas tuduhan rasuah dan penipuan.


9. Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta

Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak GBP72 juta (hampir RM424 juta).


10. Duta Malaysia seru konservasi berteraskan komuniti di Forum Datuk Bandar Asia di Iran

Duta Besar Malaysia ke Iran Khairi Omar, pada Khamis menekankan kepentingan konservasi berteraskan komuniti dalam menangani cabaran alam sekitar global, dengan merujuk kepada model kejayaan konservasi di Malaysia.