ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 2 November 2024.


1. PDRM mula siasatan kes buli, dera pegawai kadet UPNM

Rakaman percakapan mangsa telah diambil di IPD Cheras dan mangsa turut diminta membuat rawatan di hospital bagi mengesahkan jenis kecederaannya.



2. Malaysia raikan pelantikan bersejarah kepimpinan dalam pencegahan rasuah

Pelantikan berprestij itu, yang pertama buat negara, dilihat sebagai bukti pengaruh dan komitmen Malaysia semakin meningkat dalam memerangi rasuah.


3. Jamal bakal bawa fenomena 'Zack' dalam konsert Februari depan

Jamal berkata panggilan 'Zack' masih melekat pada dirinya hingga sekarang, terutama ketika membuat persembahan.


4. PM arah Khazanah laksana audit dalaman kerugian pelaburan RM43.9 juta

Perdana Menteri mengarahkan Khazanah Nasional Berhad melakukan audit dalaman bagi menyiasat permasalahan terkait kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta,  baru-baru ini.


5. Polis rakam keterangan suspek kes buli, dera pegawai kadet UPNM

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata polis juga akan merakam percakapan rakan sebilik mangsa petang Sabtu.


6. Siasatan pelaburan Khazanah dalam perniagaan fesyen dalam talian dijalankan secara adil - SPRM

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata siasatan itu penting kerana ia melibatkan penggunaan dana awam dan menjadi isu berkepentingan awam.


7. MAIWP gesa semua pihak hormati usaha kerajaan gubal RUU Mufti

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menggesa semua pihak agar menghormati usaha kerajaan menggubal Rang Undang-Undang Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024.


8. Penjaja, peniaga kecil disaran carum Perkeso

Penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara disaran mencarum dalam Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi membolehkan mereka mendapat perlindungan sekiranya berlaku sebarang kemalangan ketika bekerja.


9. MotoGP: Khairul Idham Pawi patah tangan kiri, terlepas perlumbaan sebenar esok

Nasib malang menimpa pelumba wildcard negara Khairul Idham Pawi dan Helmi Azman selepas kedua-dua pelumba itu terlibat dalam kemalangan pada penghujung perlumbaan pusingan kelayakan 1 bagi kelas Moto2 di MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, di sini hari ini.


10. Kerjasama PH-BN wajar diteruskan pada pilihan raya akan datang - PM Anwar

Kerjasama di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) wajar diteruskan pada pilihanraya akan datang berikutan kestabilan politik yang dinikmati negara ketika ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.