1. Napie Spider meninggal dunia pada usia 51 tahun
Pemain gitar utama kumpulan Spider, Napie menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.54 pagi tadi di Hospital Sungai Buloh.
2. Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
Pelajar senior yang dipercayai terlibat dalam kes buli penuntut tahun dua Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga mangsa mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak, pada bulan lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.
3. Polis mengaku tidak bersalah curi barang kemas wanita meninggal dunia
Seorang anggota polis berpangkat lans koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mencuri barang kemas milik seorang wanita yang meninggal dunia akibat serangan jantung, pada bulan lalu.
4. Keputusan ICC keluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu tindakan wajar - PM
Tindakan badan kehakiman dunia itu adalah berlandaskan hukum, bukti tentang kezaliman, penindasan dan pembunuhan berterusan oleh rejim Zionis berkenaan.
5. Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
6. Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
Pihak SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
7. M Nasir terima Ijazah Kehormat UPSI
Penyanyi dan maestro muzik tersohor, Datuk M Nasir akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada Sabtu.
8. Berhati-hati sampaikan ucapan berkaitan Nabi Muhammad - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan terutamanya dalam perkara berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
9. Filem 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem Abang Adik memenangi Filem Terbaik di 10th Asian World Film Festival 2024 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat hari ini.
10. PDRM tawar pengurangan saman di semua balai polis bulan depan
Orang ramai yang berada jauh dari ibu kota dan tidak dapat menikmati pengurangan saman sehingga 60 peratus sempena Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM) tidak perlu bimbang apabila polis akan memperluaskan diskaun saman di balai-balai seluruh negara.