ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 November 2023.


1. ‘Brain drain’: Biar mereka timba pengalaman, kemudian baliklah ke Malaysia - PM

Graduan atau lepasan pelajar Malaysia di luar negara wajar untuk menimbang pengalaman sebelum pulang ke tanah air.



2. Tiket mahal tidak seharusnya padam semangat patriotik - Legenda bola sepak

Legenda bola sepak negara Azman Adnan menegaskan semangat cintakan negara sepatutnya melebihi keresahan mengenai harga tiket.


3. Ahli Parlimen Labuan nafi wujud paksaan, ugut, sogokan untuk sokong Perdana Menteri

Suhaili menafikan sekeras-kerasnya wujud paksaan, ugutan dan sogokan keatas empat Ahli Parlimen Bersatu untuk menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


4. Meritokrasi: Langkah afirmatif tidak seharusnya berasaskan kaum - PM Anwar

Tindakan afirmatif adalah perlu bagi memastikan golongan miskin dan terpinggir mendapat peluang sama rata, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


5. Anthony Loke dukacita MRT laluan Putrajaya alami gangguan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menzahirkan perasaan dukacita susulan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya mengalami gangguan bekalan kuasa.


6. Lelaki rogol anak tiri baru kematian ibu hingga lahirkan bayi dipenjara, sebat

Seorang warga Bangladesh dijatuhi hukuman penjara 22 tahun dan 15 kali sebatan oleh mahkamah selepas didapati bersalah melakukan sumbang mahram terhadap anak tiri perempuannya berusia 13 tahun.


7. Abdul Hadi kekal Ahli Parlimen Marang

Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pada Rabu memutuskan Tan Sri Abdul Hadi Awang kekal sebagai Ahli Parlimen Marang.


8. SPRM buat laporan polis tuduhan ahli Bersatu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan polis berkaitan tuduhan yang dipercayai dikeluarkan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris.


9. ‘Saya tak sebut nama Kepala Batas, jangan perasan!’ - Rayer

Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer ketika berbahas di Dewan Rakyat pada Rabu, meluahkan kebimbangan bahawa kenyataan seorang Ahli Parlimen yang memetik nama Lee Kuan Yew baru-baru ini mungkin menjejaskan hubungan Malaysia dan Singapura.


10. Mohd Hatta gagal kembalikan saman berhubung tuntutan Batu Puteh

Mohd Hatta Sanuri gagal dalam usaha mengembalikan semula samannya berhubung penarikan balik permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung tuntutan Batu Puteh.