Mencipta sensasi menumbangkan beregu pilihan kedua tuan rumah, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, dalam suku akhir, mereka tidak berdepan masalah untuk ke separuh akhir apabila menyingkirkan Chen Cheng Kuan-Hsu Yin-Hui dari Chinese Taipei dalam tempoh 31 minit.
Turun ke gelanggang dalam aksi kedua, Pang Ron-Su Yin bertemu wakil Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet, yang merupakan pemain yang di bawah bimbingan Wong Choong Hann dan Flandy Limpele, jurulatih yang tidak asing dalam badminton Malaysia.
Cemerlang mengorak langkah dalam set pertama, menyaksikan mereka menang 21-14 sebelum lawan berjaya mengheret permainan ke set penentuan menerusi kemenangan 21-17.
Aksi yang cukup sengit ditampilkan kedua-dua beregu itu yang melewati 65 minit berakhir memihak pasangan negara, menerusi kemenangan 21-19 sekali gus membawa perhitungan final berdepan pasangan pilihan pertama kejohanan, Huang Dongping-Feng Yan Zhe.