BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meneruskan momentum kemenangan selepas menewaskan Liu Kuang Heng-Jheng Yu Chieh, 21-19 21-14, dalam pusingan 32 saingan Terbuka Jepun BWF di Arena Yokohama, hari ini.

Walaupun set pertama lawan dari Taiwan itu memberikan saingan sengit kepada wakil negara yang merupakan pilihan ketujuh kejohanan, tetapi Tang Jie-Ee Wei, memastikan mereka menang 21-19.

Set kedua pula menyaksikan wakil negara mendominasi aksi untuk meninggalkan Kuang Heng-Yu Chieh dengan jurang 10 mata dan meraih kemenangan 21-14 dalam tempoh 31 minit secara keseluruhannya.



Dalam pada itu, wakil perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, menewaskan wakil tuan rumah, Takuma Obayashi, dalam aksi straight set 21-15, 21-17 dalam masa 46 minit untuk mara ke pusingan 16 terbaik, esok.



*Stadium Astro