Perkembangan tersebut dikongsi menerusi kemas kini ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Pencapaian berkenaan juga meletakkan pasangan suami isteri itu sebagai beregu campuran utama negara, sekali gus memintas rakan senegara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei yang sebelum ini berstatus ketiga dunia.
Sebagai rekod, Soon Huat-Shevon mara ke separuh akhir Terbuka Malaysia dan India Januari lalu, selain layak ke suku akhir Indonesia Masters 2025.
Perubahan ranking terbaru ini dilihat bakal menyuntik semangat buat Soon Huat-Shevon yang memburu kejuaraan pertama musim ini.
Kali terakhir mereka meraih gelaran juara ialah tahun 2024 pada Malaysia Masters 2024. - Sinar Harian
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)