ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 Julai 2023.
1. Sanusi ditahan polis 3 pagi
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah ditahan oleh polis sekitar pukul 3 pagi tadi di sebuah hotel di ibu negara untuk menghadapi pertuduhan di mahkamah mengikut Akta Hasutan.
2. Hospital Melaka siasat dakwaan tangan bayi bengkak, bernanah ketika terima rawatan
Hospital Melaka diarah menyiasat dakwaan seorang lelaki berhubung kejadian tangan seorang bayi berusia dua bulan yang mengalami bengkak dan bernanah ketika menerima rawatan demam campak di hospital berkenaan.
3. Peguam dedah rahsia wanita bersuami dua
Seorang wanita sanggup bersuamikan dua lelaki kerana mahu terus bersama atas dasar sayang biarpun perbuatan tersebut salah di sisi Islam.
4. PRN: Anwar umum Amirudin kekal calon MB Selangor
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Datuk Seri Amirudin Shari akan dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor jika parti itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos nanti.
5. Sanusi didakwa: PM Anwar gesa semua pihak hormat proses mahkamah
Beliau menegaskan, semua pihak perlu menghormati proses undang-undang susulan pendakwaan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Mahkamah Sesyen Selayang pada Selasa.
6. "Perasaan hiba dan sayang buat Abdullah Abbas" - Neelofa umum nama anak kedua
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, Neelofa juga turut memberitahu sebab memilih nama tersebut.
7. Wanita didakwa abai anak, kekasih dituduh membunuh
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian anak kekasihnya dua minggu lalu.
8. Tun Mahathir mengulas tentang isu 3R
Rakyat diberitahu tajuk 3R (Race, Religion and Royalty) tidak boleh disentuh.
9. Sanusi tidak jawab panggilan telefon - Ketua Polis Negara
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata cubaan pihaknya menghubungi Muhammad Sanusi untuk memaklumkan supaya hadir ke Mahkamah Selayang hari ini gagal.
10. PM buat pemeriksaan mengejut di dua sekolah di Sekinchan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan pemeriksaan mengejut di dua buah sekolah hari ini semasa menghadiri program di Sekinchan, Selangor.
Astro Awani
Tue Jul 18 2023
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 Julai 2023.
Jenazah Ahmad Nawab selesai disolatkan, akan dikebumi sebelum tengah hari
Jenazah tiba kira-kira jam 9 pagi tadi dan disambut ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan artis.
Jiwa SME: Merintis perniagaan sepenuhnya milik rakyat Malaysia di Korea Selatan
Ikuti cerita Kim Seri dan Aira Saraan yang menjadi perintis kepada peniagaan sepenuhnya milik rakyat Malaysia di Korea Selatan.
Kontrak niaga hadapan MSM dijangka meningkat minggu ini
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam kecenderungan meningkat minggu ini, didorong oleh aktiviti pembelian semasa harga murah selepas penjualan menurun baru-baru ini. Peniaga minyak sawit David Ng menjangkakan harga akan meningkat antara RM4,600 dan RM4,900 setiap tan minggu ini.
Letak jawatan jurulatih Kedah, Nafuzi Zain semakin hampir ke skuad B-23 negara?
Nafuzi Zain secara rasminya mengumumkan peletakan jawatan selaku pengendali utama Sang Kenari yang berkuat kuasa serta merta.
Kripto, Emas, dan Minyak dalam Portfolio Pelaburan
Pergerakan mendatar indeks global disusuli lonjakan kripto dan pemulihan harga emas serta minyak. Jadi bagaimana aset alternatifseperti kripto, emas dan minyak boleh memainkan peranan dalam mengoptimumkan keseimbangan risiko-pulangan portfolio?
Bursa Malaysia Dijangka Stabil dalam Julat 1,600-1,610 Minggu Ini
Bursa Malaysia dijangka menyaksikan dagangan dalam julat kecil antara 1,600 hingga 1,610 minggu ini, mencerminkan latar belakang ekonomi Malaysia yang kukuh. Ketua Penyelidik Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan, menyatakan asas-asas ekonomi Malaysia kekal memberangsangkan, walaupun momentum pasaran masih bergantung kepada faktor luaran.
Urus niaga ringgit dijangka stabil minggu ini
Urus niaga ringgit dijangka bergerak dalam julat kecil antara RM4.46 dan RM4.48 minggu ini. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, menyatakan peniaga akan memantau data perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan minggu ini, yang merupakan tolok inflasi pilihan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika untuk Oktober.
Inflasi Oktober: Cabaran Kos Sara Hidup dan Penyelesaian Masa Depan
Perbincangan pelbagai isu ekonomi termasuk kenaikan harga makanan, kos pengangkutan, dan impak terhadap sektor F&B, serta langkah kerajaan dan sektor swasta untuk mengurangkan beban inflasi. Kupasan bersama Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab ni tak tahu letih, tak tahu penat - Datuk Wah Idris
Datuk Wah Idris memberitahu perjuangan Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab dalam dunia muzik memang tidak boleh dinafikan dan semangat jitu sentiasa berada dalam hati beliau. Saya pun terikut-ikut dari segi konsep beliau dalam berkarya dan saya rasa amat terharu dengan pemergian beliau.
#AWANInews
#AWANInews
"Saya selalu dengar lagu-lagu dan tiupan saksofon beliau" - Datuk Wah Idris
Komposer Datuk Wah Idris memberitahu Allahyarham adalah seorang hebat dalam mencipta, menggubah lagu karya beliau. Setiap kali adanya idea, beliau terus buat yang terbaik. Masa mudanya sering mendengar lagu-lagu juga tiupan saksofon dari seorang legen dan seorang tokoh iaitu Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab.
#AWANInews
#AWANInews
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 20 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 17 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 13 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 12 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 10 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 9 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 7 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 6 November 2024.