Jenazah tiba kira-kira jam 9 pagi tadi dan disambut ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan artis yang sudah berada lebih awal di surau berkenaan.
Sebelum itu, jenazah berada di rumahnya, tidak jauh daripada surau dan dibawa ke surau untuk urusan kafan dan solat jenazah.
Antara rakan artis dilihat hadir adalah penulis lirik, Datuk Chuari Selamat, Lukhman S, penyanyi, Datuk ND Lala dan juga pelakon, Rahim Jalani.
Turut hadir adalah dua bekas menteri, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang turut sama menyertai solat jenazah.
Solat jenazah dilaksanakan pada jam 9.57 pagi dan selesai kira-kira jam 10 pagi.
Selepas ini, jenazah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (Kuala Lumpur - Karak) untuk dikebumikan.